Rabu, 15 September 2010

aku tetap aku. kau yang serupa aku.

rasa kelakar bila terfikirkan satu jenis manusia ini. yang selalu fikir dirinya adalah manusia yang paling bijak, paling pandai, paling chantik, paling baik, dan paling segala. kalau boleh mahu segala sifat mahmudah itu adalah dia. tapi kesian. setiap kali patah katanya yang menjeritkan akan sikapnya yang mahmudah2 itu sebenarnya sedang lolongkan pada masyarakat bahawa dialah manusia paling punya sifat mazmumah. aku sebenarnya sudah penat mahu menuding jari. katakan pada orang2, bahawa si dia itu begitu. si dia itu begini. cukuplah, aku sudah penat.

sudah terlalu banyak dosa ku kira. jadi tak perlulah aku tambahkan nya lagi dengan bercakap soal tak elok pasal kau. ok aku cuma annoying. mungkin sedikit jeles. ah persetankan itu semua. aku tahu aku apa. aku tahu aku siapa. tak perlu nak banding2kan aku dan kau. sebab nyatanya, memang aku dan kau takkan sama. takkan. kalau tidak, cuma sorang diantara kita yang perlu ada di dunia ini. aku atau kau. atau.

dulu kau kata aku begini.
dan sekarang kau juga begini.
dulu kau kata aku begitu.
dan sekarang kau juga begitu.

aku rasa mahu tergelak besar tahu?

eh tapi kau kan bijak pandai, takkan kau tak sedar sikap kau sudah serupa aku?
aku yang kau maki dulu.
aku yang kau perli dulu.
aku yang kau hina dulu.

jadi siapa sebenarnya yang tak punya pendirian?
aku atau kau?

kejadian begini sebenarnya sudah banyak kali berlaku.
bukan pada kita2 saja. pada sekeliling lagi lah melambak.

contohnya, yun dan duan kapel. minah kawan yun. selalu saja mengutuk yun sebab yun selalu berkepit dengan duan. ok. situasinya sekarang. minah tengah single, jadi dia fikir kapel itu sangat annoying. berkepit sana- sini. mesej2 selalu sampai masih pejam mata, jari masih bergerak di keypad phone. tapi bila minah sudah kapel sama joni. dia juga berbuat yang sama seperti pasangan yun-duan tadi. berkepit sana- sini. mesej sampai lelap mata.

jadi. kesimpulan trajedi tadi. kalau kau memang bukan tengah buat sesuatu benda itu, memang kau kata segalanya buruk. dan kau kutuk habis2 an. dan bilamana kau juga terlibat sama, terus saja kau katakan segalanya baik belaka.

aku mahu muntah.

macam itu juga, bila kau kata.
1. "kau ni selalu saja duduk depan laptop ngadap fesbuk"
2. "kau ni tak habis2 keluar malam"
3. "kau ni asyik nak upload gambar letak kat fesbuk, dosa tau"
4. "kau ni pergilah belajar masak"
5. "kau ni...

dan macam2 lagi kau hambur. sebab apa?
sebab semuanya kau tak buat.
jadi apa yang aku buat, kau nampak buruk.

1. kau tak ada laptop jadi kau tak bolehlah ngadap fesbuk macam aku.
2. kau tak ada moto/keta jadi kau tak bolehlah nak selalu keluar macam aku.
3. dah memang tadi kau tak ada laptop, memang for sure la kau tak boleh nak upload gambar dalam fesbuk. haih.
4. ok. kau pandai masak. bila aku jadi kayu kat dapur, memang lah mulut kau pon macam cipan kan.

dan sebagainya.

dan. bilamana kau sudah ada laptop. sudah punya moto/kereta. wajib kau akan buat sepertimana yang aku selalu buat. itu aku. sudah memangnya aku. perangai aku, konfem aku arif yang amat. jadi bilamana kau sudah dikit2 jadi seperti aku, aku tahu. cukup tahu. jadi tak usahlah kata akal aku tahap sekolah rendah. tak bijak seperti kau.

jadi aku fikir. samada kau atau aku. tak usahlah syok sangat nak ambil tahu tepi kain orang lain. tak salah ambil berat. tapi pada2 lah. bukan semua orang suka tepi kainnya di usik2 kan. aku yakin kau juga begitu. sampai masa, kena cara, bilamana Tuhan nak kata dia berubah. maka dia berubah lah.

hal2 begini semua Tuhan punya kerja. macam minah yang single. tiba2 dia bertemu jodoh dengan joni. itu semua Tuhan punya kerja. macam kau yang tak punya laptop, ada rezeki, Tuhan bagi. dan kasi tunjuk sama kau, kuasa laptop dan fesbuk. boleh bikin lupa dunia beb. silap2 kau jadi macam aku. selalu tidor sama laptop. dan juga macam aku. mana tahu Tuhan nak bagi esok lusa aku terus terer masak?

haha. ok itu tak relevan.
apa2 pon. semua benda yang jadi itu hak Tuhan. Tuhan yang Maha Esa punya kuasa. Kun fayakuun. jadi maka jadilah. kalau kita lihat orang tak serupa perangai sama kita, baik kita muhasabah diri kita dulu. tengok diri. sudah cukup baik ke mahu bercakap pasal orang lain. aku nasihatkan korang. sama jugak aku nasihatkan diri sendiri.

ingat. bukan semua yang jahat itu jahat.
dan bukan semua yang baik itu, baik.

6 ulasan:

  1. kin. aku tgah menyampah la,bapok tu tulis status fb rindu kat hubby die. lepas tu komen2 dgn kwn2 die pasal kahwin dan cinta sejati. ckp psl ank n so on.

    erk. ak stalker fb die ke?tidak. naik feeds lah.

    OMK( oh mak kau)! can't stand me now.

    BalasPadam
  2. aku dapat rasa kau tercabar lah.
    HAHAHHAHAHA.

    rilek la..itupon nak emo. mentang bulan puasa dah lepas, sabar pon tak boleh buat dah?

    kau, kau.
    dia, dia.

    mana nak sama.ok.

    BalasPadam
  3. sapa kwn ko ni. cuak je ak dgr aduan dia. haissh

    BalasPadam
  4. hahahahha...ada jodoh korg jumpa ah

    BalasPadam
  5. bru aku ingat beb.
    naim penah sound ak, time tu aku tgh tangkap cintun dgn cik cantik menawan.

    "ko ni pergi library, dating!"

    ale2. dia yg siang-malam duduk berdua dgn awek die kat situ. yg bangang, tempat yg selalu ak duduk dgn cik cantik menawan aku pulak tu.

    siot.
    budus punya rumet.

    BalasPadam
  6. ko dgn die. sama je.
    bangang sampai tempat dating pon sama.

    itu aku cuba sampaikan.
    jangan sibok mengata org.

    sekarang kau tak buat.
    esok lusa, cuma Allah yang tahu.

    BalasPadam

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.