banyak kali dalam hidup memang aku tak bisa menipu. menipu bahawa aku sudah letak dia jauh dari hati aku. rupanya aku silap. aku bukan letakkan dia jauh dari hati aku. aku letakkan dia jauh DALAM hati aku. jadi dia masih ada di situ. haih, macammana aku boleh tersilap.
mujur raya kali ini kami tak ketemu. jadi rasa itu sikit sebanyak, masih stabil. masih mampu di kawal.
kadang2 aku terfikir, mahu cepat2 mencari pengganti. aku syak, dengan adanya seseorang di sisi aku, boleh buatkan aku lupa pada dia. tapi rasanya aktiviti tu sangat bodoh kot. nanti bukan saja aku tak bisa lupakan dia. lagi aku sakitkan hati seseorang itu barangkali. kasihan dia. jadi aku tak mahu. biarlah kasi aku ruang untuk lupakan dia dulu. then barulah aku cari pengganti.
tapi orang kata, selagi kau tak cari yang lain. kau akan stak dengan kenangan dengan dia saja. asyik terfikir dia saja. orang lain langsung kau tak perasan dah.
iya ke statement tu?
aku sebenarnya tak ada frust gila pon. biasa2 je. benda pon dah lama jadi. dan aku dengan dia pon bukannya gadoh besar sampai maki2, nangis2 kan. biasa je. berpisah cara aman. berpisah sebab masa mungkin. dan pejam-celik-pejam-celik, dah hampir 11 tahun kejadian tu jadi. mungkin aku yang terbawa2. dia rilek je. alah, biasalah...perempuan kan. aku pon ada hati apa. memanglah kadang2 aku macam tak ambik port pon pasal perasaan2 ni. tapi aku pernah sayang dia kan.
dan belom pernah aku sayang lelaki lain macam aku sayang dia. jadi tak salah rasanya aku canangkan kisah aku. dia pon dah lama hilang. dua-tiga tahun kebelakangan ini, memang tak pernah jumpa dia. mungkin Tuhan nak tunjuk, jodoh aku dengan dia memang tak ada.
cinta, sayang...tu bukan perkara yang mudah dan simple. haih, sejak bila entah aku bukak topik2 macam ni. entahlah. mungkin ini sebab kawan2 aku yang dah ramai berumahtangga. aku jadi cuak pulak. lelaki macammana lah yang puan mama pilih untuk aku nanti kan. segalanya baik macam incik ayah ke?
haish.
mengelamun aku teringat akan kamu
memang tiap kali mengelamun, aku akan teringat kan dia. dengan dia tak lah banyak kenangan sangat sebenarnya. tapi itulah yang aku selalu dok ingat2. jadi seorang aku memang susah. memang payah. salahkan dia, sebab dia yang muncul dalam hidup aku. lagipon teringatkan dia lagi senang. jadi aku tak ade lah gatal sangat nak mengingat lelaki lain betul tak?
ianya dah jadi macam guide aku apa. eh guide ke halangan?
ah, whatever. sekurangnya dia taklah sakitkan hati aku. ye tak. dan aku pon tak bertepuk sebelah tangan kalau dengan dia.
*senyum*
aku nak tengok dia atas pelamin sebenarnya. tak kesahlah dengan gadis mana pon. aku nak cakapkan pada gadis itu, dia sangat bertuah. dia lelaki baik. tapi entahlah, tak ada lagi kad jemputan sampai kat rumah. maknakata, dia masih belom kawen lah kan. doa aku untuk dia. doa suruh kahwen cepat.
ikhlas ni. Tuhan saja yang tahu.
mungkin sebab tu juga aku masih belom ada sesiapa. aku nak tengok dia kahwen dulu. biarlah orang kata, membazir masa. tak ada life kalau tak berchinta. rasa lonely lah, apalah.
bagi aku. orang yang berchinta tu yang rugi. yang bazir masa. ke sini, ke sana berdua. kahwennya tak tentu. orang kata, berchinta dengan org laen, bertunang dengan orang lain, kahwen pulak dengan orang laen. itu jadi cherita apa?
kau ingat bila hidup kau macam itu, itu dah cukup gempak lah. bagi aku, itu hidup sadis. biarlah aku tak ada kesah chinta yang dikhabarkan pada anak-cucu aku nanti. kesah yang satu ini dah cukup indah aku rasa. tak payah berchinta lagi pon, aku dah tak kesah.
kadang aku terfikir. kenapa nak kena berchinta kan. untuk apa?
bukan apa. mungkin aku yang terlalu skeptikal. fikir lelaki takkan selalunya setia. sejauh mana orang yang katakan chinta pada kita sekarang, mahu kahwen sama kita. mahu chinta kita sampai mati.
mama bilang jangan ku percaya
lelaki akan memuja hanya pada mulanya
aku nak cari lelaki untuk dijadikan suami. bukan untuk main2. yang boleh bimbing aku. yang serupa incik ayah aku. kalau kau kata, apalah salahnya berchinta. kenal orang. kenapa nak kena kenal orang dengan berchinta? kawan2 sudah. mungkin bagi setengah orang, aku ni sejenis manusia yang agak klasik. bukanlah aku tak minat cinta, cumanya tak nampak lagi apa faedahnya. chinta lepas kahwen pon ok apa.
nak ada orang caring?
kawan2 aku ada.
nak ada orang dating?
kawan2 aku ada.
nak ada orang mesejing?
kawan2 aku ada.
apa lagi?
apa lagi yang aku nak. semua kawan2 ada. memang lah ada masa2nya kita akan rasa macam kita sorang2 duduk dalam dunia ini. kawan juga punya privacy lain. aku rasa nanti kalau berchinta pon macam tu juga. bukan sekian masa dia ada untuk kita kan. so aku rasa lebih baik ada ramai kawan dari ada sorang kekasih. kan.
mungkin sekarang masanya untuk aku betulkan diri. menjadi lebih baik. terima kaseh, ya ALLAH. aku akan menghargainya sebaik mungkin.
baik. buat yang dikenang, incik mohd zamzari khairin. kekasih pertama yang dah tak ada apa2 sekarang. jangan risau yeh kekasih hati dia. saya single, dia double. haha. ok serius. aku dengan dia tanpa ikatan. aku aku, dia dia.
aku doakan selamat untuk semua.
yang berchinta.
yang dichinta.
yang menchinta.
terpulang. ini cara aku adapt chinta. esok lusa aku berubah, aku kasi tahu.
sekarang. terima aku dengan cara ini ok.
aku harap sangat jari dpt baca entri ko kali ni.
BalasPadamentah. aku tak pernah harap pon. dia ada hidup dia. or supposeli aku tak patot publish entri ni.
BalasPadamkalau kekasih dia baca mcmmna?
aku bersalah!
kalau awek dia marah, ko back off la. selagi blom ada ikatan. pape2pon blh jadi makcik oi!
BalasPadam