Sabtu, 4 September 2010

cepat bisingkan blok dgn lagu raya!

hahaha. bilik aku dah macam disko raya dah. rumet aku, kumi memang selalu pasang lagu raya. nak tahu, puasa pertama dia dah start pasang, punya semangat la kan. esok aku dengan dia dah nak balik rumah masing2. blok pon hampir kosong. jadi tak salahkan aku nak riuhkan blok ni dengan lagu raya kan. syok weh. ikutkan hati nak gegarkan speaker. tapi aku consider jugak, bukan bilik aku saja yang tinggal kat blok ini. lagipun dah pukul 3 plus2 ni. sat lagi ada yang kena sound dengan pak guard kang. eh ke pak guard pon dah balik kampong?

buat kawan2 yang dah sedia ada kat rumah, kerja kan lah rumah tu bagi licin dan kilat. cat rumah. cuci tingkap. cuci kipas. mop lantai. ubahsuai susun atur perabot. pasang langsir. buat kuih raya. gubah bunga. letak pewangi.
oh, lupa. pasang pelita. maen mercun.
buat kawan2 yang baru nak gerak balik sama macam aku, berhati2 di jalan raya. esok aku syak jalan konfem sesak. jadi tak usah nak ter-buru2. raya jumaat depan. tak payah nak racing2 balik rumah.
buat kawan2 yang memang tak ada jodoh nak balik lagi. bawak2 la beli tiket balik kampong. raya kat kampong best wo. kalau korang tak ada kampong, jom raya kat rumah aku. sila kontek aku yeh. tapi nanti kena ikut schedule famili aku lah. memang padat sampai raya ke-lima!---famili besar la katakan. famili guwa satu kampong. so semua rumah kena pergi. haha.

dan tadi memandangkan ini hari last aku kat kl ni, aku pon plan pergi buka puasa kt strawberry field kt pj then malam gerak pegi downtown. niat nak cari pin tudung. dan baju raya.

ok. satu cherita. aku dah cakap awal2 dengan puan mama, nak beli baju raya siap. then, nak usha la kat bazar. but then, puan mama kata, tak payah kot. sebab banyak baju dah hantar kat tailor untuk jahit. jadi hasrat untuk ke bazar beli baju raya, aku tangguhkan. aku pon malas lah nak berbaju raya banyak2. then, tiba2. bila ambik baju yang pergi hantar kat tailor tu, baju aku sepasang aje. itupon baju wajib. (baju wajib=baju sama satu famili). kan aku dah kata. instinct aku betul. sebab seingat aku, aku tak ada beli kain lain untuk dibuat baju. so puan mama pon serba salah. alah, kesian anak aku tak ada baju raya. mana taknya, adik bradik aku semua baju 3 helai. siot je aku tak ada kan. tak raya lah kalau tak ada baju raya.

so, akan aku aturkan satu masa, seret famili aku pergi pkns. beli baju. tema masih merah. aku fikir nak beli baju kurung moden merah plain. merah garang. ewwww. merah mak ngah!
senang sikit beli kaler merah ni, boleh buat pergi majlis kahwen along terus nanti. tak payah nak susah2 beli lagi. tak tahu lah kenapa, tema merah raya ni sama dengan tema along aku nak kawen. memang jimat famili incik ayah dan puan mama.

hiasi diri indah
riangkan hati gundah
bersihkan jiwa
sesuci lebaran

ececceh. kebetulan lagu ni tengah berkumandang. ok. lain tak ada apa. selamat hari raya. maaf zahir & batin.

2 ulasan:

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.