Isnin, 18 Oktober 2010

namun ku punya hati.

banyak benda berlaku sejak akhir2 ni tapi disebabkan khidmat aku diperlukan di alam realiti, jadi alam fantasi ini aku tinggalkan seketika. kasi berhabuk sikit2. lama tak bukak, baru ada rindu2 sikit kan. haha. bukan apa, teknologi semakin maju, tapi rupanya aku lebih suka simpan semua nya dalam cip otak aku. even tak boleh nak kekal lama.(perlu usaha untuk ingat segala memori). tapi aku lebih suka cara klasik macam itu.

dan sekarang, rasanya manusia2 lebih tertumpu pada facebook, twitter dan sebagainya. lebih mudah. dan tak perlu karangan 200 patah perkataan aku ini. rimas mungkin. atau lebih jelas, muak barangkali.

aku tahu, tak semua manusia suka baca karangan2 aku ni. tapi biarlah, suatu hari nanti, anak2 aku, cucu2 aku, insya-ALLAH mereka yang akan jadi pembaca setia. iyalah, mana tahu aku selit2 kan siapa nama waris dalam wasiat aku.

terlalu banyak rasanya yang mahu dicerita. tapi aku cuba rangkumkan segala ok.

yang paling aku ingat, ini hari punya kejadian. it was like a pre-reunion. ladies2 perkasa intek 29 kembali menerjah ruangan kecil aku. dengan tujuan nak menjadi kaya dan mengimbau kenangan lampau. ok, sangat tinggi bahasa2 itu. bahasa ringkasnya, nak ambik cek dan ambik gambar tauliah.

.
.
.
...
....
.....

ok. aku memang punya short-term memory. yang lain aku tak ingat dah.
sori.

lainkali, aku terus tulih ok. inilah akibat bertangguh.
bukan apa, aku taknaklah orang kata aku asyik hapdet blog sampai keje sekolah tak siap, kan. dua-tiga minggu ni memang sibok. normal life student kan.
tak mencabar la kalau tak ada keje sekolah, assignment, presentation semua kan.

contoh terdekat macam hari ahad semalam. sampai bangun-tidor-bangun-tidor aku. tak tahu nak buat apa. sebab tak ada kerja punya pasal. bosan hadap fb. malas nak tinjau spectrum. nak keluar jalan2 pon tak ada fulus. nak call suruh adik aku amik aku kat sini bawak balik rumah pon, kredit tak ada.

kasihan kan.

inilah hidup aku kalau nak menghadap hujung2 bulan ni.
dengan jarang jumpa incik ayah dan puan mama, lagi buat hidup aku serabut.
bukan nak manja2. cuma nak suntikan semangat.
ini sebab aku tak belajar kat oversea. aku tak boleh jauh sama famili.

aku tak biasa.

oh, ya. tapi hati aku sikit terguris ini hari. tadi masa kelas, aku dah prepare jawapan. tapi dokter langsung tak tanya aku. tup2, dia tanya soalan yang aku tak jawab. tak prepare. hampagas la kan. terkulat-kulat aku. dan jujur, aku katakan aku tak buat. nasib dia tak sembur aku.

tapi aku tetap suka dia.
dia sangat sempoi.
dia suka gelak.
dia suka gurau.
dia suka kenakan orang.
tapi bila dia bebel kat aku tadi sebab aku tak buat kerja dia, dia tak bergurau.
serius shit dia serius.

aku terasa.
p/s: moral of the story, jangan lupa buat kerja dia. (masalahnya aku memang tak tahu buat. camane?)

oh, baru aku teringat. baru2 ini game selangor agak goyah. tak pasti atas dasar apa. mereka tak seperti mereka. adakah mereka diguna2? Tuhan saja yang tahu. aku cuma doakan kejayaan untuk selangor.

dan juga, game hoki sukmum terpaksa dipostponed atas dasar tidak dapat sewa padang hoki. gila banyak alasan. dan mengarut. dan dengar2, padang varsiti adalah jawapan terakhir untuk game hoki dimana. doakan untuk kami main di turf ok. sangat tak best main di padang varsiti tahu?

semua orang tahu, bola akan pergi dulu sebelum player.
tapi aku syak sebaliknya jika main di padang varsiti.
player yang lari dulu, bola tertinggal di belakang.

sebab lopak atau semak, mungkin.

ok. itu tak baik. mulut jahat sungguh kau ini.
just fine, doakan yang terbaik ok.

assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.