Selasa, 19 Oktober 2010

romantika.

"How do you define romantic?"
mesej dari kawan aku.

"Romantik macam cantik, subjektif. Setiap orang ada sifat romantiknya dalam darjah tersendiri"

lebih kurang macam itulah balasan mesej aku. mungkin kawan aku itu sebenarnya mahu tahu, tingkahlaku bagaimana yang aku takrifkan sebagai sifat romantik. tapi, itulah yang aku 'percaya' tentang romantik. ianya subjektif.

romantik di mata kita, tidak romantik di mata orang lain. kita rasa kita tak romantik, tapi orag lain kata apa yang kita lakukan itu--romantik. terpulang pada mata yang melihat, telinga yang mendengar, hati yang merasa juga menerima.

semua manusia ada sifat kasih sayang cinta. dan itulah sumber- sumber yang mewujudkan tingkahlaku romantik. kalau korang kata, korang bukanlah manusia romantik. aku boleh terima pengakuan itu.

tapi dalam diam- diam, aku merasakan, manusia yang mengaku dirinya tidak romantik adalah yang paling romantik bila tiba saatnya dia mahu romantik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.