Jumaat, 1 Oktober 2010

belom jumpa.

kata ari, bila kau nak kapel. aku nak tengok orang macammana yang kau gila.
kata aku, apa yang paling pasti, bukan orang macam kau!

banyak kali dah si ari ni tanyakan aku soalan ni. dan jawapan aku tetap macam tu. then, dia tanya lagi. kau sedar tak dah xx tahun ko single?. bila ari suarakan soalan yang satu ini. aku diam. rupa2nya baru aku sedar lama juga aku mensolokan diri. entah. mungkin terlalu seronok hidup di kelilingi kawan2. jadi tak terfikir pula untuk mencari teman berchinta. chinta atau tak sama je sebenar kan. kau tetap kena tidor makan sorang2 bila malam. kan. jadi untuk apa?

nak cakap buruk2 pasal chinta pon. tak relevan jugak. entah esok lusa aku jatuh chinta pulak kan. dah aku dikatakan cakap tak serupa bikin. lagi susah. jadi baik diam. aku cuma mampu kata, belom jumpa!

dan tiap kali aku katakan ayat keramat itu. si penanya pasti akan diam. terkedu mungkin. iyalah kalau dah belom jumpa kan. banyak maknanya.
tapi aku rasa banyak kali dah aku cakap, soal jodoh aku serah pada incik ayah dan puan mama. bukanlah nak menyusahkan. iyalah dari kecik sampai ke hal nak kahwen asyik incik ayah, puan mama. puan mama, incik ayah. bukan nak mengada. tapi aku rasa ok apa.

its not klasik. tapi aku klasifikasikan ini sebagai tanda penghargaan untuk incik ayah dan puan mama. baik untuk mereka, insyaALLAH baik untuk aku.

punyalah ramai kawan2 lelaki kau. satu pon kau tak lekat?
aku nak kata si ari ni bodoh pon tak boleh jugak. belajar sampai ke jerman tu hah. weh, kira baik aku kawan je dengan budak2 lelaki ni tahu tak. sori. aku tak macam kau. kau playboy. aku bukan. kawan itu kawan lah. apahalnya nak lekat2 pulak. kan aku dah cakap, sekali kau cakap kau kawan dengan aku. sampai mati pon kau kawan aku. takkan lebih dari itu. sayang kawan bukan sayang kekasih. takkan jadi sayang kekasih. itu prinsip aku.

then dia gelak. celaka sungguh.

tapi bukan ari saja yang asyik tanyakan aku soalan ni. ramai lagi kawan2 lain dok tanya. tak sabar nak tengok kekasih aku macammana, barangkali. dia biasa saja. manusia biasa macam kalian. mungkin ada istimewanya, tapi dia tetap nampak biasa. nanti2 la. bila dah jumpa, aku akan kabarkan pada dunia. tak usah risau.

sebab bila dia jadi kekasih aku. dia perlu jadi kawan kepada kawan2 aku.

macam susah kan. itu sebab aku masih belom jumpa.
lagipun banyak hal lain yang perlu difikir sekarang ni. untuk berchinta bukan masanya kot. aku tak fikir aku pandai bahagikan masa. jadi, baik tak usah.

orang macammana yang kau nak cari sebenarnya?
aku senyum. soalan ini memang tak boleh blah.

1 ulasan:

  1. ko tu choosie sgt.
    kapel je la.

    seronok apa ad cite2 chinta.
    pengalaman org kata.

    ke ko takut?
    atau ko...masih ingatkn jari?

    weh plis lah!

    BalasPadam

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.