Rabu, 15 Disember 2010

bila kau dah rasa, baru kau tahu.

masih ingat yang mana aku asyik mengeluh tak mahu training?
masih kan.

maaf. aku terlalu emo mungkin.

biasalah. training selalu saja dianggap menyesakkan. tapi sebenarnya bila kau dah ada dalam situasi yang sebenar, kau akan rasa seronok. macam2 ragam kau boleh tengok. kadang tergelak jugak aku dengan budak2 ni. bagai- bagai perangai masing2.

masuk hari ini, sudah empat hari aku mendambakan diri aku dalam training. tak makan gaji buta langsung. dah nampak dah aura gila kerja aku. tapi hari ini, aku pergi setengah hari. cadang nak pergi lagi lepas tengahari tadi. tapi keadaan tak mengizinkan.

ok. aku nak cerita pasal training. start daripada aku lapor hari ahad haritu, budak2 dah sibok nak pergi pra-ujian. ececeh, aku dah mula teringat zaman2 aku pergi pra- ujian dolu2. macam ujian sebenar. taknak kasi can langsung. nasib kami2 dolu intek yang dengar kata. bijak sikit. jadi masalah pon kurang.

untuk yang kali ini, dah konfem bukan intek kami kan. jadinya perangai pon lain lah. bijak nya pon lain. cara dengar kata nya pon lain juga. mudah nak ajar diorang, cumanya perlu banyak masa. perlu selalu berdampingan dengan diorang.

aku cuma doa segalanya berjalan lancar untuk hari2 yang seterusnya.
aku akan bantu selagi ada daya aku.

pesan aku: selagi kau tak hadapi sesuatu itu, jangan sesekali kau katakan sesuatu itu susah. bak kata dewa, hadapi dengan senyuman.

2 ulasan:

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.