Selasa, 25 Januari 2011

jatuh di bawah roda.

ada masanya aku rasa aku sakit sangat.
oh rupanya aku jatuh!

bila fikir2 balik, apalah masalahnya sampai jatuh macam ni sekali. kalau nak diikutkan, perjalanan drama hidup kau lancar saja. tiada apa yang nak dibimbangkan. tiada peperangan yang nak dikuatirkan. jadi apa masalahnya?

kau tengok gambar aku kat atas tu. lebih kurangnya, aku jatuh dari atas pokok itu. cuba korang bayangkan sakitnya macammana. walau nampak pokok itu punya dahan sangat rendah, tapi tetap sakitnya terasa di tulang. silap2 boleh lumpuh.

ok. ayat aku dah macam harem.

masih ingat yang mana hidup kita macam roda?
ya. aku sedang hampir berada di bawah. hampir berlanyak sama tanah. hampir lunyai.

aku minta, Ya ALLAH.
tetapkan aku di sini atau naikkan aku segera mungkin.

atau Kau memang mahu menjadikan aku di bawah?
supaya merasa betapa peritnya hidup?
supaya merasa sedikit bersyukur?

kalau itu, aku terima.
biarkan aku di bawah.

memang nyata hidup tak selalunya indah. hari ini mungkin aku dah buat silap besar bilamana cuba2 untuk pentingkan diri. cuba2 untuk hanya fikirkan diri sendiri. aku tahu kadang2 aku memang tak fikir panjang. tak fikir yang manusia lain juga punya hak. punya kepentingan diri. lupa yang mana manusia juga kadang2 jatuhkan nilai kepentingan dia demi sesuatu. jadi kenapa aku mahu berkira?

pentingkan diri takkan bawa ke mana. aku tahu itu.

cuma untuk masa ini, biarkan aku tunaikan dendam. biar aku pentingkan diri seketika. sementara.
halalkan rasa pentingdiri aku ya. aku mohon.

tapi kiranya aku beruntung apa. saat aku hampir jatuh begini, aku tahu aku ada seseorang. dan dia tetap ada bila mana aku rasa aku perlukan dia. ok, aku dah cukup pentingkan diri. hanya cari dia bila perlu. hanya bila aku rasa aku susah. hanya bila aku rasa aku dah tak lalu nak hidup. hanya bila aku rasa aku hampir lunyai.

tapi dia tetap nak dengar tiap patah keluh aku.
terimakaseh.

aku tahu aku sudah hampir jatuh. tapi aku tahu, tangan aku sudah disambut dia di atas. terimakaseh sekali lagi. jadi kedudukan aku agak stabil sekarang. tak tahu sampai bila.

doakan aku kuat.
doakan dia kuat.




Ahad, 16 Januari 2011

oh kakanda ku! II








rasanya lain bila kau di dalam baris dan bila kau duduk di kerusi penonton. serius lain gila. but so far so good. aku dah rasa kedua2nya. macam2 rasa. bercakap bagi pihak yang lebih dulu punya pengalaman dalam perbarisan, banyak yang tak kena. norma manusia, untuk sama itu sukar.

tapi setelah bertahun- tahun, dan akhirnya mereka berjaya. dan mereka2 ini sudah menjadi seseorang. mereka2 ini sudah buktikan mereka mampu. tahniah.

tiada kata secantik bahasa.

tahniah.

minggu depan, kakanda aku akan berkhidmat di Alor Setar.

Sabtu, 15 Januari 2011

oh kakanda ku!

esok merupakan hari bahagianya, InsyaALLAH.
esok merupakan hari dinantinya, InsyaALLAH.

moga dengan izin Tuhan, segalanya baik- baik sayang.
aku rasa lama gila kot dia tunggu saat2 esok. sepanjang lima tahun dia mengabdikan diri sebagai pegawai kadet di UPNM. dan syukur alhamdulillah, segalanya berakhir esok. dan esok juga bakal menjadi permulaan hari baru baginya.

esok,
incik ayah, puan mama dan aku akan bertolak ke sungai besi. eceh, bunyi bertolak tu macam jauh sangat je sungai besi tu. padahal sekangkang kera je. tapinya esok, incik ayah dan puan mama dapat tiket bas tapi aku tak. jadi macammana?

aku kena paksa kumi datang jugak. teman aku jalan kaki.
cis.

ok. doakan semoga esok lebih berkat.
InsyaALLAH.

dan mulai esok, kakanda saya akan punya nama baru.

KAPTEN NORAZLIN BINTI MOHD KHAIRUDDIN TUDM.
tahniah. tahniah. tahniah.

Khamis, 13 Januari 2011

ini blog, gua punya.

kau tu yang supposely, sudah2 lah. jangan terlebih emo. nanti makan diri. blog2 jugak.

sebenarnya banyak lagi yang ditulis. segala kata2 nasihat dihamburkan setelah membaca entri bebel aku semalam2. aku bukan emo sebenarnya. aku cuma cuba katakan apa yang hati aku simpan. dia kena tahu yang aku ini suka simpan dalam. jadi lama- kelamaan, aku dipijak. dipijak. dipijak. dan dipijak.

sakit tahu tak?

bilamana aku mula nak berubah. mula nak mempertahankan apa yang aku rasa, apahal aku pulak yang diherdik?
salah ke aku? bukan aku keluarkan isu yang salah pon. aku katakan benda yang betul. memang ianya akan melukakan hati manusia2 yang sayang tapi kalau ini dah apa yang dalam hati aku. apa yang aku rasa, aku nak kata apa?

kalau mereka2 boleh suarakan hati mereka sesuka hati. secara terbuka. semua manusia boleh nampak. then, kenapa aku tak? kenapa bila aku yang bangkitkan, nampak semuanya salah aku?

hey, aku juga punya rasa.

dan kau. kalau mahu judge aku, tak perlu bermadah dan tulih ayat2 yang serupa ayat aku. nak nampak puitis dan pandai menulis lah tu. tak usah menampakkan kebodohan diri lah weh.

dan macam yang aku kata. semua pon nak menampakkan diri sendiri yang betul. aku pon macam itu. biarkan aku percaya dengan apa yang aku percaya. bila semuanya dah terjadi pada aku, biar aku yang tanggung. biar aku yang rasa. kalau aku bunuh diri nanti pon, kau tak perlu kesah. dan aku janji takkan menghantui hidup kau. puas?

aku tahu aku menyusahkan bila terlalu fikir apa2 yang aku tak patot fikir. kau kata, aku perlu sayangkan apa yang sepatutnya aku sayangkan. jadi, mana kau tahu apa yang patut aku sayangkan dan apa yangg tak patut? mari aku ingatkan, ini hidup aku. dengan bongkaknya aku boleh kata, semuanya biar aku yang tentukan!

tapi kau kenal aku kan?

aku tak bongkak. aku masih fikirkan manusia2 yang aku sayang. itu sebabnya aku masih kat sini. jadi seorang AKU!

kau kawan terbaik aku. takkan lah kau tak faham. jangan lecture aku boleh?

aku tak mintak disokong dengan banner bagai. cuma aku nak, fahami aku. hormatkan atas apa yang aku fikir. hormatkan atas apa yang aku rasa. itu dah cukup.

mungkin esok lusa aku akan dihukum atas apa yang aku fikir, atas apa yang aku rasa, tapi aku cuma harap, manusia2 yang sayang masih tetap kat sisi aku. sokong aku. itu sahaja.

kau boleh kata aku bodoh.
kau boleh kata aku pentingkan diri.
kau boleh kata aku tak guna akal.
kau boleh kata aku diracun pemikiran.
kau boleh kata apa saja.

kita duduk negara demokrasi, bukan?
jadi, terpulang.

cuma, ini. blog ini. dari sisi aku. terang dan jelas, bukan? ianya DARI SISI AKU. memang aku tak layak untuk suarakan selantang halilintar apa2 isu. tapi aku punya rasa. biar ini tempat, jadi tempat aku melampiaskan rasa aku.

bukan kau.

kalau kau nak, pergi buat blog sendiri.
okay. or else, kau boleh email aku sesuka hati macam yang kau buat sekarang. kasi penoh pon ok. gua tada hal. lu ok, wa ok. kita kawan. sampai mati.

hati aku dah ok sekarang. dah lega sebab dah luah segala. kau dan aku pulak, masih macam biasa. tak ada guna nak masam muka kalau aku kat Malaysia dan kau, kat Jerman sana. tak guna kan?

jadi. biar aku, jadi aku. hormatkan atas apa yang aku rasa. kadang2 aku boleh jadi manusia bodoh yang pandang sebelah mata. seakan tak berlaku apa2. dan kadang2 aku boleh jadi manusia bijak yang punya rasa. sebab hati itu, punya aku. aku sorang yang akan rasa. kalau aku sudah tak tahan, aku akan hambur. silap besarlah main api dengan aku. ok. kau faham?

cuma aku taknak membenci dah. biar Tuhan tentukan segala. senyum aku tetap untuk semua. semua layak. kita sama2 menumpang kat bumi Tuhan kan. jadi redha dan sedar mana letaknya kita. tak usah nak membenci. jika kita dimaki dan khianati sekalipon, let it be. Tuhan akan balas segala, kalau benar kita betul.

ingat, hidup umpama roda. sekejab kau diatas. kau boleh bangga. dan sekejab saja kau boleh berada di bawah. dipijak. lunyai. separuh mati.

sebab Tuhan mahu kita sedar.

Rabu, 12 Januari 2011

masih tak cukup.

kan aku dah cakap. siapa yang mahu mengaku dirinya TAHIK?

aku mohon Tuhan, ampunkan segala dosa dan salah aku kerana telah mengatakan dia salah. dia adalah manusia yang paling betul sifatnya. oh, ya. aku lupa!









pesan aku: ada aku sebut nama sesiapa ke? eh, kau terasa apa der hal?

cukup- cukup lah.

semua orang pon akan katakan yang dirinya adalah yang terBETUL sekali.
tiada siapa yang mengaku dia adalah TAHIK.

kan.

jadi untuk apa sebenarnya erti kebenaran?

jika kau memang tak mahu dengar.
jika kau memang tak mahu tahu.
jika kau memang dah tak sudi.

putuskan saja silaturrahim itu.
putuskan segala.

sebab tiada siapa diantara kita yang sudi merendahkan hati dan mengaku kesilapan diri. aku teringat puan mama pernah kata, 'biar orang buat kita, jangan kita buat orang!'

terima kaseh, puan mama.
sampai dinihari, kata2 itu aku letak dalam kepala. tak bagi keluar.

mungkin pada pandangan mata kau, aku dah pon dipengaruhi. kepala hotak aku dah diracuni. oleh kata2 bangsat manusia sejenis yang kau paling benci. yang kau paling hindari. aku nak tahu juga atas sebab apa kau membenci dan menghindari manusia sejenis itu. bagi aku kalau asyik dengar dari pihak kau dan abaikan pihak manusia sejenis itu, tak adillah kan. jadi mari kita dengar keduanya. kau dan manusia sejenis itu.

kau dan manusia sejenis itu perlu diberi hak yang setara. sebab perlu diingat, dunia ini kita bersama yang punya. tak perlulah kau nak matikan nilainya manusia sejenis ini. dia juga ada hak.

macam yang aku cakap tadi, tak ada guna kebenaran kalau kau tak mahu buka telinga dengar dari sisi manusia sejenis itu. tak ada guna. dan tak ada nilai.

terus saja kau mahu menghukum.
kau siapa?
SIAPA?

kenapa tak biar Tuhan saja yang membalasnya?

tak perlulah kau yang tarik muka.
tak perlulah kau yang nak balas segala.

aku bukan mahu berlagak baik atau buta alam seperti tiada apa. tapi semua manusia diberi hak yang sama untuk hidup. jika hari ini kita disakiti manusia sejenis itu. dan esok, kita pula sakiti dia?

dapat apa?
puas hati?
selepas itu?

weh, kalau dapat duit tak apa lah jugak. berbaloi2 membenci orang dan dapat duit, bukan?
tapi nyatanya, tidak.

apa lah salahnya panjatkan saja doa agar Tuhan ubahkan dia. dan perbaiki diri kita. sebab kita ini pon bukannya baik sangat. sama saja. kalau sudah namanya manusia. tak usahlah berkobar kata kau adalah yang terbaik. tak boleh langsung dikritik. manusia is manusia. norma nya memang begitu.

dan jangan sebab benda2 begini, nilai diri kita diperkotak- katikkan. memang kadang2 aku memang nampak ambik mudah, tapi tak. kalau sekali kau hilangkan rasa percaya aku, memang aku akan ingat sampai mati. tapi kalau kau hilangkan rasa percaya aku berSEBAB. dan sebab itu adalah kerna sifat jelek aku. aku terima. kamonlah. memang susah nak terima keburukan diri. tapi sama2 lah kita cuba. aku tak mahu mencari musuh. apatah lagi memutuskan silaturrahim. aku taknak bila mana aku mati nanti, tiada siapa ziarah kubur aku. nauzubillah minzalik. aku tak mahu.

jadi, bilamana ada ruang dan waktu. aku menyusun sepuluh jari aku, memohon maaf jika ada salah dan silap. aku, kau dan manusia sejenis itu tak mahu segala nya berpanjangan. cukup2 lah kabarkan pada dunia akan kejelekan kau pada dia. cukuplah2 kabarkan pada dunia betapa bangsatnya dia. cukup2 lah segala. aman sajalah semua. jangan ditambah lagi luka kau dan dia.

jika kau tak mahu berdiskusi. baik diam. tak usah bicara apa pon. kalau itu yang kau rasa terbaik. kau memang bijak. jadi teruskan. jika dikata salahpon. aku yang akan kau hamburkan amarah. jadi apa guna?

tiada kan?

terpulang. cuma jangan dibuka pekung di dada. ingat bahawa dia juga salah seorang dari kita. kau maki dia, maknakata kau maki kita.

full stop.

pesan aku: aku mungkin tak bijak. tapi aku ada rasa!

Sabtu, 8 Januari 2011

semua orang pon berchinta lah weh!

alahaii...

setiap masa nak mesej.
setiap masa nak kena melapor.
setiap masa.

kamon lah weh. dah macam tak ada kerja lain pulak aku rasa. sebab musabab inilah yang buatkan aku malas benar nak berchinta. semua benda pon nak kena bagitahu ke. haihh.

aku paling benci.
macam tak berdikari ok.

aku tengok orang lain berchinta ok2 je. apahal dia ni heavy semacam?
kemaruk sangat ke apa?

hish annoying tahu tak.
annoying!

Jumaat, 7 Januari 2011

rindu kamu.


kredit gambar di sini

yeah, its really lame bila terasa sangat2 rindukan kamu.
gila. padahal kau tu bukan siapa2 pon. kita tak kenal lama pon.

tapi bukan chinta ya.
cuma rindu.

rindukan gurau senda itu.
rindukan panggilan itu.
rindukan senyuman itu.

tapi aku simpan ah kan. takkanlah aku nak pergi sebarkan seantero dunia manusia mana yang aku rindukan. ye tak? tak berbaloi je aku kena gelak nanti. tapi kena gelak ok lagi. kena maki yang tak tahan tu.

jadi baik diam.

fikiran, sila fokuskan pada persiapan perkahwinan along ok. along dah stress gila sebab terasa banyak benda tak siap lagi. dalam hati aku gelak je. mana taknya, kahwin nak macam anak dato. mewah bagai. nasib lah aku kahwin nanti cuma nikah. syukur je aku rasa. tak menyusahkan.

tapi eloklah kan. along pon anak pertama, jadi gahnya kena lain macam ah. kami yang tengah2 ni, buat biasa2 sudah. ah, itu nanti fikir. yang aku nak fikir sekarang, apahalnya aku rindukan dia nih?

gila mengada ah.

Rabu, 5 Januari 2011

majlis khemah dalam padang futsal.


hujung minggu ini majlis perkahwinan along aku. 01.01.2011 itu hari diorang dah selamat nikah dah pon. cumanya ini majlis rumah lelaki. ok memandangkan ini majlis pertama diadakan di rumah aku. dan khemah2 pon sudah didirikan di dalam padang futsal di belakang rumah.

dianggarkan lebih 4000 yang akan memeriahkan majlis. aku tak pastilah jumlah itu cukup ramai atau pun tidak. dah nama pon perkahwinan pertama dalam keluarga aku kan. aku manalah tahu jumlah2 manusia yang biasanya memenuhi majlis.

oh atau mungkin, kerna incik ayah dan puan mama public figure. jadi jumlah itu akan meningkat. sebab beberapa minggu yang lepas, kecoh sebab kad jemputan tak cukup. jadi terpaksa scan dan print lain. sendiri. rasa kelakar pon ada jugak.

dan bila masuk rumah makcik aku yang sebelah ni, melambak pulak door gift. dah macam stor kedai.

sebenarnya aku eksited jugak. perkahwinan pertama anak incik ayah dan puan mama ini bakal didatangi sejumlah ramai penduduk kampung. cuak pon ada.

jadi sama2 lah kita penoh kan lagi majlis kat rumah aku nanti.
hujung minggu ini. 9hb Januari 2011.

Selasa, 4 Januari 2011

perginya peneraju intek 29








dua manusia yang mampu menggoyahkan rasa takut dalam setiap diri intek 29.
dua manusia yang mampu mengukuhkan rasa berani dalam setiap diri intek 29.
dua manusia yang bisa dipegang utuh kata2 nya.
dua manusia yang tiada galang gantinya.

malam ini akan diadakan majlis makan malam bersempena dengan pemergian beberapa pegawai dan jurulatih PALAPES Universiti Malaya. dan mereka berdua adalah antara yang tersenarai.

sedih sudah semestinya.
tetapi kenangan dan pengalaman yang sudah tercipta apabila sempat bersama meluangkan masa di khemah tahunan, di dahulukan dengan ucapan setinggi terima kaseh. peluang yang hanya dapat dirasai oleh 5 orang YO peringkat Intermediate. terlalu banyak yang kami belajar.

terimakaseh sekali lagi.
terimakaseh juga kepada tuan punya gambar. aku cuma edit.

malam tadi sempat duduk bersembang dengan salah seorang daripada gambar2 di atas ini. dan baru kami tahu betapa cintanya dia pada dunia dia sekarang dan betapa dia berusaha untuk menjadi sekarang. dan dia juga merupakan anak bongsu lelaki dalam keluarganya. tahu anak ke berapa? nombor bertuahnya 13.

manakala yang satu lagi, janji nya mahu bercerita kesah hidupnya apabila kami ditauliahkan. rupanya itu cuma propaganda untuk kami stay dalam dunia palapes dan ditauliahkan.

ok cara itu amat berkesan. cerita yang dia janji mahu cerita merupakan salah satu sebab kami stay dalam palapes sehingga ditauliahkan. terimakaseh.

makan malam nanti, aku akan cuba selitkan beberapa keping gambar, tapi kena slow talk dulu dengan incik foto kita, rodi al-keryoki. hahaha.
cuma dua manusia ini yang aku nak diambil gambar bersama.

untuk intek 29 yang laen, tak usah jeles. meh datang makan malam malam ni. meh. meh. meh lah.
*senyum*

terlalu banyak untuk dicerita.
terlalu banyak untuk dikongsi.
terlalu banyak untuk ditangisi.

cuma sekarang terpaksa dilupakan. doa kami mengiringi dua manusia ini berjaya dalam jalan yang bakal mereka pilih. kami takkan lupakan anda. anda adalah pejuang hak kami yang mutlak. dan anda adalah perwira negara yang sebenarnya.

terima kaseh, Kapten Peter Dunggi.
terima kaseh, Sarjan Warren Simbas.

Ahad, 2 Januari 2011

selamat ulang tahun.


sesiapa boleh tolong nyanyikan lagu selamat ulang tahun sayang?
gayanya lagu itu mula berlegar sejak malam tadi.

siapa tahu lagu ini untuk siapa, sila diam.
moganya tahun ini menjadi tahun yang lebih baik dari tahun sebelumnya untuk dia.
moganya tahun ini menjadi tahun yang akan mempamerkan lebih banyak senyuman dari dia.
moganya tahun ini menjadi tahun yang akan menjadikan dia lebih berjaya.

ucapkata yang melambangkan doa untuk dia sudah cukup buatkan aku rasa, dia disenangi.
itu kira petanda baik. sebab dia manusia baik kan. normal lah.

even aku tak ucap apa2 pon. tapi entri untuk dia ni kira dah terbaik ah ni. nak apa lagi kan. jangan harap banyak sangat. apa2 pon, yang pasti. dia dengan ulang tahun dia. dan dia tetap lebih tua dari aku. itu aku dah cukup bergumbira.

selamat untuk dia.
selamat untuk segala.

selamat ulang tahun, encik apanama.



Sabtu, 1 Januari 2011

hapdet (I).(II)

(I)
ok2 memang tepat telahan aku kan. hapdet selepas selesai segala. awal mula pertama mula, aku nak kasi tahu yang aku sudah selesaikan tugasan sebagai pegawai muda peringkat intermediate sehabis baik. komentar dari inter aku tak dengar lagi. jadi susah mahu tahu di mana tahap aku sekarang. tapi tak apa, memandangkan segalanya sudah selesai aku pon sudah boleh bertenang nafas sekarang.

inter masih hebat. dan ya. mereka bukan calang2 manusia.

terlalu banyak yang nak diceritakan. tapi nanti2 lah. cuma aku mahu kasi tahu, inter mara bersama bag pack. aku ulang, bag pack! kau fikir sapa lagi hebat?

sudah2. puji banyak2 pon tak boleh. budak2 ni bukan boleh sangat. bila banyak puji nanti dia lupa diri. tapi apa yang pasti mereka masih boleh dibentuk. mungkin dengan bakal adanya pegawai latih dan jurulatih baru mereka nanti. mereka bakal menjadi senior yang baik dan cergas macam gorila utara punya intek. aku doakan.

(II)
aku sebenarnya baru sampai rumah. balik sahaja dari hutan semalam2, aku terus ditugaskan jadi driver along aku pulak. kami ke kulim. dia nak kawen. konvoi 6 kereta. bas dan sebuah kereta menyusul sebelah malamnya pula.

kejab lagi aku nak edit gambar. kalau rajin aku upload.

minggu depan, 9hb majlis kat rumah aku pulak. JEMPUT DATANG.