Rabu, 5 Januari 2011

majlis khemah dalam padang futsal.


hujung minggu ini majlis perkahwinan along aku. 01.01.2011 itu hari diorang dah selamat nikah dah pon. cumanya ini majlis rumah lelaki. ok memandangkan ini majlis pertama diadakan di rumah aku. dan khemah2 pon sudah didirikan di dalam padang futsal di belakang rumah.

dianggarkan lebih 4000 yang akan memeriahkan majlis. aku tak pastilah jumlah itu cukup ramai atau pun tidak. dah nama pon perkahwinan pertama dalam keluarga aku kan. aku manalah tahu jumlah2 manusia yang biasanya memenuhi majlis.

oh atau mungkin, kerna incik ayah dan puan mama public figure. jadi jumlah itu akan meningkat. sebab beberapa minggu yang lepas, kecoh sebab kad jemputan tak cukup. jadi terpaksa scan dan print lain. sendiri. rasa kelakar pon ada jugak.

dan bila masuk rumah makcik aku yang sebelah ni, melambak pulak door gift. dah macam stor kedai.

sebenarnya aku eksited jugak. perkahwinan pertama anak incik ayah dan puan mama ini bakal didatangi sejumlah ramai penduduk kampung. cuak pon ada.

jadi sama2 lah kita penoh kan lagi majlis kat rumah aku nanti.
hujung minggu ini. 9hb Januari 2011.

1 ulasan:

  1. mana kad utk ak weh? ak nk dtg jgk ni.... haha

    BalasPadam

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.