Selasa, 4 Januari 2011

perginya peneraju intek 29








dua manusia yang mampu menggoyahkan rasa takut dalam setiap diri intek 29.
dua manusia yang mampu mengukuhkan rasa berani dalam setiap diri intek 29.
dua manusia yang bisa dipegang utuh kata2 nya.
dua manusia yang tiada galang gantinya.

malam ini akan diadakan majlis makan malam bersempena dengan pemergian beberapa pegawai dan jurulatih PALAPES Universiti Malaya. dan mereka berdua adalah antara yang tersenarai.

sedih sudah semestinya.
tetapi kenangan dan pengalaman yang sudah tercipta apabila sempat bersama meluangkan masa di khemah tahunan, di dahulukan dengan ucapan setinggi terima kaseh. peluang yang hanya dapat dirasai oleh 5 orang YO peringkat Intermediate. terlalu banyak yang kami belajar.

terimakaseh sekali lagi.
terimakaseh juga kepada tuan punya gambar. aku cuma edit.

malam tadi sempat duduk bersembang dengan salah seorang daripada gambar2 di atas ini. dan baru kami tahu betapa cintanya dia pada dunia dia sekarang dan betapa dia berusaha untuk menjadi sekarang. dan dia juga merupakan anak bongsu lelaki dalam keluarganya. tahu anak ke berapa? nombor bertuahnya 13.

manakala yang satu lagi, janji nya mahu bercerita kesah hidupnya apabila kami ditauliahkan. rupanya itu cuma propaganda untuk kami stay dalam dunia palapes dan ditauliahkan.

ok cara itu amat berkesan. cerita yang dia janji mahu cerita merupakan salah satu sebab kami stay dalam palapes sehingga ditauliahkan. terimakaseh.

makan malam nanti, aku akan cuba selitkan beberapa keping gambar, tapi kena slow talk dulu dengan incik foto kita, rodi al-keryoki. hahaha.
cuma dua manusia ini yang aku nak diambil gambar bersama.

untuk intek 29 yang laen, tak usah jeles. meh datang makan malam malam ni. meh. meh. meh lah.
*senyum*

terlalu banyak untuk dicerita.
terlalu banyak untuk dikongsi.
terlalu banyak untuk ditangisi.

cuma sekarang terpaksa dilupakan. doa kami mengiringi dua manusia ini berjaya dalam jalan yang bakal mereka pilih. kami takkan lupakan anda. anda adalah pejuang hak kami yang mutlak. dan anda adalah perwira negara yang sebenarnya.

terima kaseh, Kapten Peter Dunggi.
terima kaseh, Sarjan Warren Simbas.

5 ulasan:

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.