malam tadi baru aku sedar yang memang aku ini remaja normal. keluar malam merdeka, sembang lebat dalam kereta. cuma nasib baik kereta aku tak ada speaker. tapi itupon kereta sebelah dah pandang semacam. even sebenarnya keluar malam tadi bukan dengan niat nak sambut merdeka. cuma niatnya nak keluar dengan geng2 jawa rangers. kami pergi uptown danau kota. saja jalan. walau tahu malam ini malam merdeka, mesti melambak gila manusia2 yang nak sama menyesakkan keadaan kat danau kota, kami tetap keluar. tapi jenoh jugak lah aku set minda kata sabar.
aku sebenarnya cukup tak suka aktiviti keramaian2 yang melibatkan ramai2 orang. contohnya pergi countdown kat dataran ke, pergi bazar waktu malam raya ke. even tengok bola pon aku pilih tempat yang kurang manusia duduk. apa yang penting aku selesa. cuma malam tadi, nana la nak pergi sangat. aku macam teman dia je lah. ceh, padahal memang aku nak keluar cuci mata kan.
sampai saja kat danau, belom sempat nak cari parking, mercun dah pon bergema. tanda dah merdeka. sudah pukul 12 malam masa tu. aku suka tengok mercun. cun gila. orang melambak kat danau malam tadi memang tak usah cerita ah. aku pon tak pasti apa yang diorang cari. dah la panas. berpeluh, dah lah aku pakai sweater malam tadi. haihh. sabar aje lah.
habis pusing, kitorang pon duduk makan steambot-seringgit-sebatang. puas. lama gila tak makan macam ni. kali terakhir makan kat sini pon aku dah lupa. terima kaseh la pada nana buat aku datang lagi kat danau ni, makan.
dekat pukul 3 jugak ah sampai kolej. aku pesan kat kumi. kunci jam sebab esok lepas subuh nak gerak tengok perarakan pulak. tapi aku tak sure ah dia dengar ke tak. dia pon macam dah penat gila. dekat pukul 4 baru aku tidor. tapi aku dah budget siap2. kalau aku tidor sekarang, plan nak bangun subuh memang tak dapat lah. tapi aku kunci jugak jam. aku set minda aku. bangun subuh. lepas subuh nak gerak pegi bukit jalil pulak.
haha. sori kepada rodi, naim, jijie. plan dah baik. cuma bila aku dah tidor. memang semua plan akan hancur!
aku memang kaki tidor. itu sebab kadang aku malas nak tidor, bila aku dah tidor, susah amat nak bangun. sori sangat2. yang aku pon, baru nak merasa pertama kali dalam hidup aku nak tengok perarakan live. tapi sebab tidor, tak dapat jugak.
dan ini hari, merdeka. tapi rasanya seperti tiada apa. mungkin sebab aku bukan se-patriotik mana. tapi isu malaysia-indonesia sekarang benar2 mengganggu aku. katanya rakyat indonesia yang di sini, bakar bendera negara kita? heh, apa kes? dah lah kau datang sini tak tahu halal-haram. lagi mahu buat kecoh. aku rasa korang aman je kat sini. apa yang nak di bikin kecoh. sudah2 la tu tak puas hati sana-sini. dunia pon dah nak kiamat. berbaik- baik lah kita sesama manusia.
malaysia sudah merdeka. apa yang aku rasa, pemimpin malaysia cuba sebaiknya menjaga kebajikan rakyatnya. apa kata indonesia pon begitu?
tak usah gadoh2. kita tetap di bumi yang sama.
aku masih ingat dulu. sambut merdeka di halaman rumah aku. oh, lupa mahu kasi tahu. incik ayah ketua kampong. jadi pemuda kampong buat sambutan merdeka di halaman rumah aku. nyanyi lagu negaraku. naikkan bendera malaysia. wah. seronok.
tapi apa yang penting. apa merdeka di hati kita semua. apa merdeka dalam diri kita semua. aku tahu aku merdeka dari segi apa. korang tahu?
pahlawan2 Universiti Malaya intake 29 Gorila Utara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.