oh rupanya masih ada yang sedar kewujudan aku. haha. okeh. bunyi macam lawak. tapi ini real. eh tapi bukan nak menggelakkan cik naim kita yeh. bukan. cuma, ya. amat berterimakaseh sebab sedar status fb aku. lah, aku fikir ianya tak memberi impak kepada sesiapa. okeh, jujur aku serah status ini buat encik apa nama. bukan apa. baru aku sedar, dia terlalu baik untuk seorang aku. dan terlalu manis. dan terlalu ramah. dan terlalu baik. okeh, aku sebut dia baik sampai dua kali. apa2 saja lah.
status aku berbunyi begini :
ada satu stori dalam majalah EH yang mengingatkan aku pada
bait2 kata ini. terima kaseh kepada penulis nya. maaf, aku tak ingat siapa nama penulisnya. sesungguhnya kata2 dia banyak memperngaruhi aku.
oh berbalik kepada status aku tadi. memang lah ada beberapa manusia juga yang balas. tapi aku biarkan. aku fikir, biarlah. seriesli aku penat. mahu berbicara lewat fb. berbalah. atau apa. tapi akhirnya, aku tetap kena lupakan encik apa nama kan. jadi untuk apa?
tapi cik naim tanyakan ke aku lewat ym. bicara punya bicara. dia curi ayat2 chinta yang biasa manusia2 guna. untuk aku. dimulanya dengan yang ini :
terdiam sebentar aku. jadi terfikir, ada betul jugak. jika aku diam. mana kan sampai makna cinta aku pada dia. mahu anginkan? cuba kasi tahu sama aku, macammana caranya. tapi pulak, macammana kalau bila aku sudah suarakan pada dia. dan aku perlu berjumpa dengan nya, keesokkan harinya? tak ke malu? rosak imej beb!
tapi aku tahu encik apa nama seorang yang baik hati. sudah aku khabarkan tadi bukan. aku yakin dia akan cuma senyum pada aku. tapi malu ah. nanti dia kata aku gedik macammana? sudah lah perkataan gedik itu buat aku trauma. aku cukup benci gediks okeh.
ah sudah. cik naim nasihatkan aku supaya kasi tahu saja sama dia. tapi aku menolak. dan aku cuma katakan, aku sudah konfiden mahu melupakan encik apa nama. dia terlalu baik. dan aku juga mahu belajar berkawan sama dia. mungkin susah. tapi aku akan cuba. dan cik naim curi lagi bait2 ini :
tidak juga tutup hati.
yang aku buat, cuma menutup mulut. ya, cik naim. aku series. makna kata, aku tidak meluahkan pada dia apa yang aku rasa. jadi itu dimaksudkan dengan menutup mulut. bukan tutup saja2. tapi kadang2 aku tutupkan mata juga. tidak mahu bertentangan mata dengan dia, tak mahu menguntum senyum pada dia. sebab aku takut hati aku tak kuat untuk masuk frasa melupakan dia. sengal kan aku.
dan kata akhir yang curi, "satu2nya cara untuk memperoleh kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah dengan memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan"
tapi aku rasa, ayat ini tunggang-terbalik. tak tersusun. aku terfikir satu ayat yang lebih baik.
satu2 cara untuk memperoleh kasih sayang adalah dengan memberi kasih sayang kepada manusia sekeliling anda tanpa mengharapkan balasan.
okeh. maksudnya lebih kurang sama. aku kasihkan manusia sekeliling aku. aku sayangkan manusia sekeliling aku. tak perasan ke aku sudah berubah sedikit demi sedikit. aku mula berkasih-sayang!
hahaha. aku sudah cukup mesra dengan manusia sekeliling aku. aku banyakkan senyum. dulu aku tak begini. tak ingat kah?
walau apa2pon. terimakaseh lebih daripada 150 juta
kali curikan untuk aku ayat2 chinta, kasih dan sayang itu. aku sangat2 menghargai. mungkin aku akan menyesal jika aku tak kasi tahu sama encik apa nama apa yang aku rasakan. tapi kalau sudah bukan jodoh, bukan juga. dan aku mungkin akan terus tutup mulut demi untuk menjaga hak hidup masing2. apa yang paling penting, aku akan terus berkasih-sayang.
eh kejab. nak tengok gambar cik naim?
hahaha. girangkan dia?
yyeahhh!!
BalasPadam