Rabu, 18 Ogos 2010

teman yang ku kasih

engkau lah temanku
tempatku mengadu
hingga tawa pilu
tetap bersamaku

teman yang ku kasih
akan ku hargai
hingga akhir nanti
kan kekal abadi

ku pinta oh Tuhan
agar berpanjangan
sebuah persahabatan
penoh keikhlasan

*********

"kita kawan?"

"alaa, kan kita kawan..."

"jom lepak!"

"apa guna kau ada aku?"

"aku boleh tolong lah!"

banyak lagi ayat2 yang secara tak sedar kita ucapkan, bermaksud ya, kau kawan aku. secara tak langsung. dunia akhirat. cukuplah kalau kau tahu apa minuman kegemaran aku. atau ucapkata yang menggambarkan kita itu kawan. bilamana kau ambil berat. bilamana kau mahu menolong. bilamana kau mahu kita lepak sama. bilamana kita rasa senang sama. atau bilamana cuma untum senyum mesra.

itu kawan.

sejak awal persekolahan. tika itu tadika. itu sekolah pertama yang aku jejak. tadika kemas. cikgu faridah. cikgu zaiton ajar kelas sebelah. kalau tak silap aku tahun 1994. dengan baju kotak2 merah. mereka kawan2 pertama yang aku ada. belajar sama2. main sama2. makan sama2. baca doa sama2.

"jemput makan cikgu, jemput makan makcik, jemput makan semua!"

secara tak sedar, jemput-menjemput dah diamalkan sejak tadika rupanya. sesungguhnya cikgu aku rok. tahu apa yang akan kena buat bila sudah besar. ceh, siap amal kat palapes. jemput2 makan semua kan. okeh, jemput makan makcik itu khas untuk makcik yang susah payah siapkan makanan kitorang bila tiba waktu makan.

masuk sahaja darjah satu. satu dahlia. tak silap aku waktu itu dahlia kelas pertama. eh, ke bukan? sebab biasanya darjah satu, tiada gred kelas lagi. biasanya diorang main masukkan saja kelas mana2. darjah satu aku mula kenal lagi ramai kawan. oh, ok. kita tak pernah sembang baik tapi kita pernah satu kelas kan. satu sekolah. jadi korang kawan2 sekolah aku. kawan juga. dan masa tu juga, cik angah darjah tiga. jadi pengawas. bila waktu cikgu2 mesyuarat, pengawas kena jaga.

aku bangga sebab kakak aku pengawas!

darjah dua. darjah tiga. darjah empat.

aku mula kenal dia. time puasa, dan bila raya...oh ok. taknak cherita dah.

sampailah aku kat tingkatan satu. aku pilih sekolah dekat dengan rumah sahaja. rasanya belom boleh nak berdikari hidup sendiri. tanpa rumah. tanpa incik ayah, puan mama. tanpa televisi. hish masa tu fikir, memang tak boleh hidup. sampai tingkatan tiga, pmr then baru aku pindah sekolah. pmr aku tak gempak. jadi aku masuk sekolah teknik.

dan aku mula kenal bagan serai, perak. kat situ lagi bertambah kawan. budak2 PERDAGANGAN 2 yang majoriti nya ladies dan hanya 4 orang lelaki. masa itu hepi2 je. belajar. fight2 sama kelas perdagangan 1. ok, kiranya kelas ak even namanya nombor 2, tetap mendapat tempat pertama di hati para guru. sebab bijak dan baik. haha. sori lah cik paie. gua puji kelas gua lebih2.

sampai lah aku habis spm, mengaji di matrik kuala nerang dan buat keputusan melanjutkan pelajaran di UM.

semuanya meninggalkan memori indah dengan kawan2.
kawan2 yang stay di rantau panjang pon mestilah takkan dilupakan. even kita sembang lebat dalam fb, padahal kat rantau panjang tak penah pulak nak duduk lepak sama2 kan. tapi kita tetap kawan.
untuk yang pernah berkongsi cherita dengan aku. aku ingatkan. aku semadikan kenangan2 itu dalam hati aku. korang2 semua hebat.

dan sampai bila2 pon. bila aku rasa aku sendiri, aku tahu korang2 semua ada untuk aku. ada untuk dengar cherita2 aku. ada untuk dengar keluhan2 aku. ada untuk lepak2 dgn aku. sungguh, aku bersyukur.

lagu ini aku dedikasikan untuk semua manusia yang pernah kenal aku. walau cuma tahu, "oh, anak ketua kampung tu!"
aku terima. ikhlas itu Tuhan saja yang tahu.

cuma,
maaf kiranya aku tak perasan kau sakit hati sama aku.
maaf kiranya aku tak pedulikan perasaan kau sama aku.
maaf kiranya aku tak menguntum senyum sama kau.
maaf kiranya aku tak setuju sama kata2 kau.
maaf kiranya aku tak serupa sama kau.
maaf kiranya aku tak ketawa sama kau.
maaf kiranya aku tak menangis sama kau.

maaf.

cuma aku mahu kasi tahu. aku bersyukur aku ada korang2 semua. walau macammana perangai sekalipon, korang tetap kawan2 aku. kita kawan sampai mati okeh.

dan untuk yang pernah kasi hati aku sakit sama perangai kau, dengan jujur dan ikhlas, aku maaf kan. kembalilah cari aku. aku akan terima dengan tangan terbuka. sangat terbuka. aku cuma mahu kawan aku semula. walau kita cuma pernah bertukar senyum.

seriesli lagu ini untuk kalian.

p/s:
1. itu sebab aku biasanya tak berchinta dengan kawan aku. kawan itu kawan, ya sayang!
2. aku mahu incik ari dan cik ayu kembali.
3. aku pohon pada Tuhan, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, jagalah kawan2 aku. berikanlah kejayaan dan kesenangan pada hidup mereka2 ini. sesungguhnya aku amat kasihkan mereka2 ini. berkatilah setiap apa yang mereka lakukan. dan bukakanlah hati mereka2 ini untuk terus bermunajat di atas jalan-Mu, ya ALLAH.aaminn ya rabbal alamin.
4. mahu saja aku khabarkan pada dunia setiap nama kamu2 tapi nanti jika aku lupa satu daripada nama kamu2, aku akan rasa bersalah seumur hidup. cukup hanya kamu2 tahu, kamu2 adalah kawan2 aku. ya.

8 ulasan:

  1. yah..
    jangan bercinta ngan kawan
    bercinta ngan lelaki..
    hee

    BalasPadam
  2. ngek, mmg la..maksud gua kawan lelaki la. gua bergerak ke jalan yang lurus,okeh!

    BalasPadam
  3. knew it already!
    lepas ni ko jumpa org,
    elakkan ckp,
    "jom kawan dengan aku!"

    tapi just say that,
    "jom berchinta dengan aku!"

    hahahaha. ko ni gila.

    BalasPadam
  4. kwn2 mmg pntg..tp ade yg x mengerti betapa pntg nye kwn...yg paling sdh org yg paling rapat ngn kte 2 la kate kwn 2 x pntg..ape kte nk buat..sdh sgt..tp tuhan saje yg tahu...last2 kte sndri je...walau kdg2 rse nk join kwn2 2..

    BalasPadam
  5. : ari:: hek kau!

    : tanpa nama:: ini siapa yeh?
    kalau nak tahu, dlu aku punya persepsi mcm tu. alah, kawan ada ke xde ke, sama saja. tapi lama2 aku sedar. tanpa kawan, kita ni tiada apa. tiada makna.

    dan seronok sebenarnya punya kawan yang bagai2 ragamnya.

    tak perlulah nak terasa itu-ini, sebab kita hidup tak lama.

    kawan dan terus kawan lah. yeh?

    BalasPadam
  6. "jom berchinta sama aku!"

    BalasPadam
  7. dush! dush! dush!
    pangg!

    prang!

    *berdiri sambil angkat tangan kanan*

    okeh, guwa dah belasah dia untuk lu!
    HAHAHAHHAHA

    BalasPadam

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.