Sabtu, 14 Ogos 2010

ini hari punya cherita.

tak sangka pula aku gila rajin ini hari. actuali aku fikir benda ni banyak kali jugak. padahal pergi bazar je pon. itu pon nak kena fikir banyak kali. haihh. tapi last2 aku pergi juga bila fikirkan incik ayah mahu makan rojak. aku gerak pergi bazar yang tak sampai satu kilometer dari rumah aku dengan skuter kesayangan incik ayah juga. klasik seh. ini skuter, incik ayah jaga baik gila. dulu pernah bobrok gila. sampai mama suruh jual dan beli yang baru. tapi terus di reject cadangan tu. incik ayah tak mahu.

tak lama aku jenjalan kat bazar tu. boring ah. muka semua tak kenal je. kampung aku dah banyak orang luar mungkin. mana taknya, taman2 perumahan kat sini sudah bagai cendawan tumbuh. entah sapa2 ntah.


jadi berdasarkan kepada gambar2 ni. lu orang ingat, macammana gua berbuka. hahaha. gila tak gila la kenyang kan. okeh, aku tak mentedarah sebenarnya. masih ingat fokus nak diet. adik beradik aku kan ramai. faham2 lah.
mama masak makaroni, feveret aku.
aku beli rojak dengan kuih sagu tadi.
wak nunis bagi bubur nasi dengan kuey teow.
acik rumah sebelah bagi mee kari.
acik-roti-sedap bagi lempeng.
air tembikai susu dengan air anggur.

dan juadah wajib. kurma.

hahahah. makan sampai kenyang aku.

tapi kesian sama incik ayah. rojak yang dia kepingin, tak sedap.
dan esok, kitorang bakal ada famili outing. nak lepak2 bersama famili di luar. insyaALLAH.

p/s: btw. enjoy puasa dan jangan lupa amal ibadah, yeh.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.