Selasa, 24 Ogos 2010

hey, kau..privacy tetap privacy!

aku tak tahu lah macammana nak kata. aku rasa aku perlu luahkan juga apa yang aku rasa. sebab aku syak benda2 macam ni dah banyak menular di kalangan masyarakat sekarang ah. ha, amik kan. series li aku rasa benda ni berat. sesuai lah. sebab orang kata, kalau seorang dah buat, yang lain akan mengikut.

macam yang gambar kat atas tu takrifkan. tak payahlah aku nak kaborkan ke korang2, apa maksud gamba tu lagi kan. aku syak semuanya pon dah belajar tinggi2. takkan tak reti nak eja. maksud dalam bahasa kau boleh rujuk kamus english-melayu. english-jawa pon ada.

korang2 perasan tak kebanyakan pasangan yang bercinta lebih terjerumus kepada perkongsian. perkongsian yang serupa makanan, kenderaan, pakaian(ada ke?), gadget, hobi, lagu kegemaran atau apa saja bentuk fizikal guwa tak pernah nak kesah.

apa yang buat aku annoying sangat2, perkongsian dari segi sesuatu yang sangat personal. yang sangat privacy. contoh tebaik, fb dan blog. it doesn't matter la kau nak bercinta bagai nak rak, guwa tak ada kesah pon. jeles jauh sekali. tapi lama2 guwa menyampah juga. asyik status kau orang saja penuh kat news feed guwa. apahal?
orang lain pon bercinta jugak. member2 guwa yang dah kawen pon ada. tak sibok nak berkongsi atau berbalas status pon. elok je kawen. tak ada apa2 cela pon.

kamon lah. orang kata apa, kita bercinta ni tak payah lah nak daring sangat. nanti dah putus malu satu dunia pulak kan. dah lah kita ni tak penah nak sembang. kawan kau kat fb punya lah melambak. sambai beratus2. kan malu bila kejadian putus-memutus tu jadi nanti. sekarang kau tengah bahagia memang lah. aku cakap apa pon, kau kata aku jeles. iyalah, aku manalah main cinta2 ni kan. orang single nak nasihat orang yang tengah kapel memang selalu disalah-erti kan.

tapi jangan buat status marah guwa pulak la kan bila guwa remove lu dari fren list guwa. itu hak guwa kot.

tak cukup lagi dengan fb, blog pon kau bantai jugak. alahai. apalah nasib aku yang kena tengok benda2 macam ni. blog kau, dia tulis. blog dia, kau tulis. apa masalah korang ni? dah lupa sign in blog masing2 ke apa?
weh, serius li benda macam ni tak perlu lah kalau nak bercinta. nak kongsi pon, kongsi la barang2 fizikal. orang yang dah kawen, laki-bini ada blog masing2 pon masih stay tulis blog masing2. yang korang nak gedik sangat, apahal?

hish, korang rasa suweet sangat ke buat macam itu. oh mesti nanti orang kata, "wah, suweetnya entri bf kau".
dan nanti kau pon kata lah, "eh, entri tu aku yang tulis. best kan?"

then korang tak perasan ke muka orang yang tanya tu?

meh aku jelaskan. maksud muka orang tu, "ek eleh, kau ke yang tulis? apahal gedik gila. bf kau dah tak ada rasa ke sampai kau yang nak kena sampai kan rasa hati dia?"

hello. blog untuk meluahkan rasa hati si penulis. tak payahlah nak rosakkan maksud blog yang aku cipta. seriesli annoying la weh. kau ada blog, kau tulis lah blog kau. yang kau nak menyemak tuliskan blog bf kau, apahal?

hah? suweet?

tak payah. hish, aku tak boleh lah. lagi banyak aku maki karang. sudah lah tengah bulan puasa, gila tak sabar aku nak baca entri raya nanti pulak macammana. apa perasaan kau suasana raya pertama kat rumah bf kau. tapi padahal masa raya pertama tu jugak kau tengah lepak dengan famili kau kat rumah kau. ah, tak relevan sungguh kau ni!

cuma aku nak katalah kan. privacy kau tetap privacy kau. cuba bayangkan nanti2 bilamana kau dan dia dah putus. excuse, aku bukan mendoakan. tapi jodoh itu semua kerja Tuhan. sebarang kemungkinan jangan terus tolak ke tepi. baca dulu apa yang aku mahu tuliskan. mahu sampaikan. bilamana kau dah putus, apa jadi.

apa jadi dengan status fb kau orang?
apa jadi dengan entri blog kau orang?

sapa pulak yang akan sign in fb sapa?
sapa pulak yang akan sign in blog sapa?

silap2, korang bermusuh. masing2 mulalah nak jatuhkan masing2. kan diri korang jugak yang rugi. zaman bercinta memang lah segalanya indah. aku pon pernah bercinta. aku tahulah.

aku rasa sesuatu itu akan jadi lagi suweet bila kau sampaikan apa yang kau rasa pada dia, dalam blog kau. dan dia sampaikan apa rasa hati dia pada kau, dalam blog dia. itukan lebih ikhlas bunyinya. orang yang dah kawen pon mostly buat macam tu. nampak kiut je.

jadi tak payah nak kongsikan sesuatu yang sangat personal. tak faham lagi?
contohnya password akaun fb, blog, email, myspace, twitter, formstring, apalagi?
dunia cyber cuma tunggu masa untuk kuburkan kau.
jangan jatuhkan diri sendiri dengan kasikan semua itu dalam tangan bf korang. tak guna.

tolonglah aku perlukan pembacaan yang ikhlas dari hati sang penulis. bukan bf/gf penulis yeh.
terimakaseh.


11 ulasan:

  1. oh kau punya daring dlm blog kau, tak kesah pulak???

    hahaha. ngeng btullah ko ni. itu pon nk emo. rilek2 sudah. dia tgh bahagia kot. nnt dah clash, dia insaf lah.

    manusia kan.
    lupa?

    BalasPadam
  2. aku tak brape stuju a ko ckp mcm ni. sbb ak rsa biasa kongsi2 bagai kn. iyalah nnt2 pon kte kne kongsi idup gak ngan die an?

    so y not mula belajar2 ke..kn

    kongsi blog sume. ak rasa ok apa. mne ad gedik nye..

    ko ni...ntah pape je

    BalasPadam
  3. eh ak benci ah korang berdua. pegi maen jauh2 boleh tak?

    pendapat korg tak relevan langsung!

    BalasPadam
  4. haha..hoi kontroversi nih..
    tapi aku setuju ngan nadzkyn..
    berpada-pada la..
    boleh memang boleh..
    berpada-pada..
    sebab semua kawan-kawan..
    kawan tegur terima dengan terbuka..
    baik ikut buruk jangan..

    p/s : aku dulu camtuh jugak..tapi lame-lame cam segan ngan kawan-kawan..setakat in relationship tuh kat FB boleh terima lah :)

    BalasPadam
  5. haha, diorg nk jimat tu
    xnk sms.

    senang ko delete je diorg dari fren list. kejam skali skale xpe

    BalasPadam
  6. hahaha.no komen.
    xle nak kata salah ke betul.
    pendapat masing masing.kan?
    manusia tak homogenoues =)

    BalasPadam
  7. hehehe.. lek kin... prangai manusia bagai2... trime je la ngan ati terbuke ye...

    BalasPadam
  8. bukan aku saja nk buat kontro ke apa ke. aku tak kesah pon sebenarnya..

    cuma annoying sikit ah
    ntah2 nnt aku bercinta pon style mcm tu jgk kn. tp harap mintak simpang ah..

    setakat ni aku tak remove diorg lg ah, aku nk tgk jgk cmne diorg gadoh nnt. hahah gila jahat

    BalasPadam
  9. hem. aku baca.
    aku diam sejenak.

    pikir, pada sape lah ko tujukn entry nih.hakhak.

    n kalo yg ad dlm fren ak. ade la spasang dua yang tesgkut kat kepala aku buat keje yang tak relevan nih.haha

    pesanan aku kepada umat manusia: kalau korang tak kawin lagi tak payah la nak share semua benda kat bopren or gepren tuh. buat rosak diri jek nanti.

    BalasPadam
  10. itulah yang aku cuba nak sampaikan..

    BalasPadam

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.