Sabtu, 28 Ogos 2010

tak sabar nak raya.


bukan tak sedih nak tinggalkan ramadhan. cumanya mahu raya sebab mahu rehat. rehat-serehat-rehatnya. duduk di rumah. lepak kat rumah. tengok movie best2 time raya. makan kuih raya. tengok rumah aku kemas-cantik-anggun. bukan senang tahu?

bukan apa. aku raya ni ingat nak rehat banyak2 before menghadap balik kelas, assignment dan presentation lepas cuti nanti. syukur alhamdulillah, tahun ini UM cuti awal. perkhabaran yang aku terima dari Uitm menyatakan yang diorang start cuti 10 sept. gila apa? itu hari raya pertama kot. dan terima kaseh juga kepada UM sebab buatkan aku penat nanti nak kemas rumah. heh. 6 hari sebelum raya dah cuti. alamat kena bebel hari2 la dengan puan mama. nak suruh aku buat biskut raya memang tak reti. abis, kurus la aku. kesian lemak.

haha. tahun ni aku tak pasti langsir kaler apa puan mama buat. yang aku tinjau masa aku balik rumah itu hari, langsir hitam-putih. tapi tak silap aku, langsir tu untuk majlis kahwen along nanti. aik, takkan nak pakai langsir yang sama, ye tak?

oh, lupa. balik juga ingat nak pasang pelita. kalau dulu suami acik rumah sebelah yang pasang. tapi diapon dah lama pergi. nak diikutkan, raya tahun ini genap 2 tahun. al-fatihah untuk arwah.
main bunga api juga jangan lupa. ada kelapangan nanti akan aku kerah adik bongsu aku yang gemok, udit untuk pergi beli.

tiap kali main mercun, aku teringat time raya masa aku kecik2 dulu. along memang cukup suka mercun. kadang2 member dia pon datang meriahkan suasana. satu hari, makcik2 aku ramai datang rumah. tak ingat samaada malam tu malam raya atau malam kenduri. ingat tak dulu ada mercun lebah? along aku main, lebah tu masuk dalam rumah. hah. menjerit makcik2 dalam rumah. series kelakar.

sekarang nak main mercun pon kena sorok2. budak sekarang kalau main, cedera sana-sini. pelik juga. dulu main rilek aje. aku syak budak2 sekarang memang tak arif main mercun2 ni. sebab aku rasa, mercun tu stil conditionnya sama. takkan berubah kot. erm pelik jugak.

tahun ini tema raya keluarga tuan hj khairuddin @ incik ayah adalah merah. haha. kaler yang sangat digemari oleh most anak2 nya for sure. akhirnya, puan mama memilih kaler ini jugak tahun ini. dah puas pujuk dari tahun2 lepas, puan mama taknak juga. entah kenapa puan mama nak merah untuk raya tahun ini. merah garang. merah hati. merah menyala. dan untuk tahun ini juga, rumah keluarga tuan hj khairuddin @ incik ayah ada pondok baru. tak berapa nak klasik tapi aku syak pondok tu cantek juga. sapa nak rasmi, jom la datang rumah. tunggu keluarga tuan hj khairuddin buat rumah terbuka ok.

dan bila raya nanti, raya pertama mesti akan jumpa balik kekasih lama aku. alahai. tahun ini dia punya baju raya kaler apa yeh? ok, tahun ni aku nak senyum mesra dengan dia. aku nak bagi dia fikir, aku dah bahagia. helo, memang aku bahagia pon. maksud aku, aku nak bagitahu dia yang aku boleh bahagia tanpa dia. dia cuma sejarah ok. aku dah moving on. lama dah.

aku harap juga, aku sempat berterawih di surau dekat dengan rumah. tahun ini belom merasa lagi nak terawih kat sana. insyaALLAH. puan mama kata moreh sedap juga. hah. ok bukan itu niat aku sebenarnya. seronok tau terawih di surau tu. almaklum puan mama dan incik ayah sangat dikenali. jadi nak bermesra dengan makcik2 pon senang hati saja.

dan aku mahu pesan. sesiapa yang masih punya mak dan ayah di kampung. silalah pulang beraya dengan mereka. sebab kita tak tahu status kita sebagai manusia yang masih punya mak ayah sampai bila. pulang dan minta ampun. minta dihalalkan segala. khabarkan pada mereka, terimakaseh kerna kasikan peluang hidup di bumi milik Tuhan ini. khabarkan juga, betapa anda berjaya sekarang disebabkan mereka. sebab mereka.

dan yang mana sudah tiada sesiapa. pulanglah ziarah mereka di kuburan. bacakan yasin dan doakan kesejahteraan mereka di sana.

dan yang mana tidak pulang ke kampong sebab tiket habis atau kerja. jangan khuatir, sekarang kan zaman teknologi. video call pon ok. dan yang mana dekat2 dengan rumah saya, nak join raya saya tahun ini pon ok. famili tuan hj khairuddin sangat mesra alam ok.

mesej ntah pape saja. ok series tak sabar nak lepak kat rumah. even tiap minggu balik kan. tapi minggu last ni aku tak balik, sebab nak rasa feel raya. baru lah namanya balik kampung kan. eh aku dah terfikir nak balik rumah naik bas atau komuter pulak kan. haha. tapi memandangkan banyak barang nak kena bawak balik, eh aku cuti lama kan. jadi mungkin hasrat nak naik bas ke komuter bagai terpaksa ditangguhkan.

ok. selamat untuk semua. jangan lupa beli tiket balik kampong. aku beli tiket tol je nanti.

p/s: request lagu hari raya di kuala lumpur dari butterfingers untuk sesiapa yang tak balik kampong yeh.


3 ulasan:

  1. aku dah pos kad raya kt rumah. nnt tolong beli kueh raya kt bazar, pas kt nenek ak ok. cakap cucu kesayangan die yg paling hensem bg.

    p/s: nnt tolong kemas rumah nenek ak sekali.

    BalasPadam
  2. tahun lepas tak balik. tahun ni pon haram taknak balik. kesian kat nenek kau ngeng.

    kesian sama aku jugak. sebab kena dtg umah nenek kau tlg kemas.

    kasi upah jersey jerman sekali dgn sain micheal ballack ok.

    BalasPadam
  3. sama ar, rasa nk blk je skrg ni

    BalasPadam

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.