Rabu, 28 April 2010

biarkan aku dengan dunia aku.ya.

banyak kali dalam hidup kita terasa orang disekeliling lebih banyak menyusahkan dari menyenangkan. aku sebenarnya cuba elakkan yang menyusahkan itu. aku cuba. Tuhan saja yang tahu betapa susahnya aku mencuba.



aku cuma tak mahu dikatakan tak kenang budi.
aku cuma tak mahu dikatakan lupa kawan2.
aku cuma tak mahu dikatakan tiada hati.


aku cuma tak mahu...

tapi bila aku fikir2, sampai bila kita nak biarkan orang pijak lumat hati kita?
sampai bila kita nak biarkan orang ratah habis jiwa kita?
hah, sampai bila?


aku sebolehnya tak mahu hitamkan warna dunia aku yang agak kelam. aku mahu dunia aku se-agong2 ciptaan aku. iyalah, ini kan dunia aku. biar aku yang warnai nya, ya.

bukan tak mahu kamu kamu sama tolong warnakannya.
cuma aku taknak ianya tak seperti yang aku mahukan.
jangan khuatir. aku akan warnakan untuk kamu.
cuma masa dan ketikanya, aku agak kurang pasti.


sabar.

itu yang aku lakukan sekarang. bersabar. dan aku harap kamu kamu juga boleh begitu. bersabar merupakan perkataan yang paling simple. cuma bilamana mahu realisasikannya, agak payah. aku tahu itu.


biar Tuhan datangkan segala macam ujian. maknanya Tuhan sayang. Tuhan sengaja mahu uji. Dia takkan uji kita lebih dari kemampuan kita. jadi, bersabar itu kind of okay apa. kan.


seseorang tanyakan pada aku.
"kau tak pernah bercinta?"


aku senyum. dan aku jawabkan padanya. pernah. sekali secara serius. beberapa kali teman tapi mesra. jujur. aku tak pandai bercinta. aku tak tahu mahu bercakap lembut-santun-segala dengan lelaki. dan lagi naifnya, mungkin aku perlu beli buku, 'apa itu cinta?'. atau 'mari belajar bercinta'.


ini sebab juga aku letakkan jodoh aku pada kedua ayah dan mama kegilaan aku. mereka lebih arif. dan aku tahu bagaimana orangnya ayah aku. dan lagi tahu bagaimana orangnya mama aku. jadi pilihan mereka boleh jadi yang paling tepat.


sebenarnya aku cuma taknak bazirkan masa bercinta sana-sini.


aku sudah lali dengan apa yang orang kata. jadi biar aku hidup dengan cara aku sendiri, dalam dunia aku sendiri. mungkin cinta bukan lagi untuk aku sekarang. atau mungkin, aku diberi masa lagi oleh Tuhan untuk berubah menjadi gadis yang baik. untuk perbaiki diri.


mungkin.


even tiada cinta pon sekarang. aku sudah rasa bahagia dengan dunia yang aku cipta sendiri. dengan apa yang Tuhan bagi.


keluarga besar yang aku ada sekarang. tak cukup rasanya mahu sebut nama. tapi kesemua mereka begitu bermakna.
kawan2 yang gila hebat. huha sana-sini tanpa rasa malu.
budak2 palapes yang serius mantap. walau bertengkar sana-sini. korang tetap ada tempat dalam hati aku.
dan segala macam benda yang aku miliki.
aku rasa cukup.

cukup.

jadi biarkan aku dengan dunia aku, ya.

Rabu, 21 April 2010

saya berhemah. jadi?


jarang- jarang sebenarnya saya menarik tali-pinggang-keledar ini. cuma kalau- kalau keadaan terpaksa saja. bukan kerana saya gemuk. lihat itu. saya kurus kan. cuma agak kedepan. ya, satu tahu agak kurang tinggi. jadi kaki saya agak kurang panjang. serius li dah cuba sedaya upaya untuk tambah tinggi. tapi tak mampu. huh. sedih.
walaupun saya tak selalu ber-tali-pinggang-keledar ini, tapi diingatkan. saya bukan samseng jalan raya. cuma kadangkala. waktu jem. saya cukup benci jem. boleh jadi emo tiba-tiba. itu sebab saya bertukar kepada samseng waktu itu.
tapi bila waktu- waktu biasa. tak sesak. saya berhemah. cukup berhemah.
bersedia berhenti waktu lampu kuning.
beri laluan kepada moto yang suka hati menyelit.
beri signal waktu nak ke kanan/kiri.
beri kereta lain laluan.
dan tersenyum kepada pemandu di kereta sebelah.
agak gatal kan.
haha.
itu normal. senyum kan sedekah. sarkastik gila. okeh. saya sebenarnya ada exam esok. tapi masih gatal nak menulis.
sambung pasal berhemah tadi.
cumanya saya tak boleh patuhi had laju.
saya suka pandu laju.
saya pernah pandu 140km/j.
saya pernah sampai rumah dari UM tak sampai 35 minit.
jadi?
saya berhemah atau tak?
atau mungkin. lebih 140km/j. saya stick pada yang itu sebab myvi akan menggeletar bila laju sangat. tak tahu apa masalahnya. takut mungkin. jadi saya pon tak berani nak laju sangat. takut tercabut side mirror. haha
tapi jangan risau. saya takkan halang pejalan kaki mahu melintas. saya takkan biarkan kawan saya jalan kaki kalau kereta saya kosong. masa itu.
saya budak berhati baik.
jadi saya berhemah.
boleh?

Sabtu, 17 April 2010

cuba bangkit.

Sekiranya kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu,janganlah merasa tersisih. Tiada salahnya menyintai seseorang kerana cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang.

termangu sebentar bila aku terbaca ayat2 ini. sememangnya aku tiada luck dalam cinta. sejak dulu. macammana aku biarkan kekasih lama aku pergi. walau sampai sekarang aku rasa aku bodoh kerana biarkan dia pergi macam tu aja. tapi semuanya sudah jadi sejarah. tiada apa yang mampu ulang segalanya lagi. dan aku takkan mungkin bersamanya lagi.

dan ini. berlaku lagi. disaat aku mahu bahagia dengan rasa yang aku mula cipta. ianya tiba2 punah. aku bukanlah mahu salahkan sesiapa. wadehel la kan nak salah orang laen atas salah yang pada mulanya, kita yang cipta sendiri. hah, siapa suruh kau malu2 nak try?. siapa suruh kau suruh member kau adjust untuk kau?.

atau mungkin. member aku tak tahu apa sebenarnya yang aku rasa. it's nothing kalau takat aku suka tengok budak tu. minat or watsoever. tapi aku sudah serapkan dia jadi secret admirer aku kot. sedikit sebanyak dia sudah ada tempat dalam hati aku. dan aku sudah tetapkan hati terima apa saja SA aku mahu rasa pada aku nanti. aku kuat, aku tahu itu.

cumanya.

kita tahu dia nak tikam tapi kita lebih percaya yang dia tak sampai hati...tapi kita salah dan dia tetap tikam kita tanpa belas kasihan

dan aku.
aku tak pernah benci kawan2 aku. bukankah aku sudah janji mahu mati untuk mereka. jadi untuk apa aku benci?---sebab kawan2 pendekkan umur aku. wadehel. Tuhan saja tahu bagaimana ikhlas aku. aku cuma mahu beri pengajaran. mahu beri tahu. bahawa bila kamu buat begitu, aku sakit. aku tak harapkan apa2 bila aku niat mahu mati untuk kawan2 aku. aku tak harapkan dia balas untuk mati juga kerana aku.

aku rela mati dalam diam. dan sekarang, aku dapat rasakan aura mati sedikit demi sedikit. hari ini aku masih bertahan. esok lusa aku tak tahu lagi mahu reaksi apa.

aku mahu putuskan yang aku takkan berasa apa lagi. untuk suka, minat, cinta atau apa sekalipun. kalau inilah rasa yang buatkan aku jadi rapuh. aku rasa baik aku undur diri. nonsense gila bila bergaduh soal begini. it doesn't matter kalau korang berdua ada apa2 atau tiada apa sekalipun. cuma nyatanya hati aku sudah sakit dan rasa percaya sudah tiada.

aku lebih rela single dari tambahkan masalah dengan hal yang serupa ini. kutuk diri sendiri sebab gatal nak bersecret admirer bagai. bongok. kan dah sakit hati.

okeh2. aku mahu hidup baru. tak mahu nangis2. tak mahu SA lagi. tak mahu rasa2 cinta lagi. single rok apa. kawan2 pon ramai. jadi apasal mahu susah hati?
orang kata kalau ada jodoh, ada lah. masih percaya pada kun fayakun yang Tuhan kata. dan moga segalanya baik2 sahaja selepas ini.

oh, ya. mungkin aku masih tak ikhlas dalam memaafkan. kakak aku kata, kalau kau masih terasa sesak dengan apa yang jadi sekarang, maknanya kau masih lagi tak benar2 memaafkan. eh, serius la. tapi aku betul dah maafkan dan mahu segalanya habis. tapi kenapa rasa sedih dan sakit ni masih ada. oh, plis. nyah kau dari perasaan aku. aku mahu rok segala.

apa2pon. aku akan cuba. kawan2 aku ada. jadi tiada istilah mahu berputus asa dari aku. cuma aku minta. sikit saja. berterus-terang la pada aku. aku takkan hambur dengan makian. aku cuma mahu tahu. kenapa dan apa?

kenapa kau buat begini?
apa rasa kau pada dia?

cuma aku harap jawapannya tak bisa meruntunkan jiwa aku.
cuma aku harap jawapan kamu biasa2.
cuma aku harap....biasa!

aku bodoh sebab fikir yang bukan2. mungkin korang cuma kawan. tapi tolonglah kenapa mesti nak kawan dengan dia?
dia secret admirer aku kot.
korang kenal kerana aku.
kenapa nak singkirkan aku sampai macam ni sekali?

mahu saja aku membawa diri dan hati yang lara. tapi mana bisa aku lari jauh.
kau kawan aku. dan selamanya adalah kawan aku.
aku lebih rela hilang rasa dari hilang kawan.
aku lebih rela hilang cinta dari hilang kawan.
aku lebih rela hilang segala dari hilang kawan.
aku lebih rela.

ah, kejab okeh. kejab emo. kau ni memang bengong!
sudahlah. aku nak balik rumah.
hadap muka mama&ayah aku lagi baik.
mahu mintak restu, memandangkan periksa pon dah dekat.

Rabu, 14 April 2010

sudah tak bisa positif.

tahukah apa yang kau lakukan itu
tahukah kau seksa diriku

kadang2 kita tak boleh nak kawal apa yang akan jadi dalam hidup kita. setiapnya sudah ditentukan Tuhan. cuma yang aku harap sekarang, semangat dari manusia sekeliling. aku rasa loser gila. semangat aku entah hilang ke mana. bila insiden sudah berlaku depan mata, pada diri sendiri barulah terngadah. hilang bicara.

mungkin ini yang dikatakan memakan diri.
bila kita meletakkan harapan yang sangat tinggi.
bila kita meletakkan kepercayaan yang sangat tinggi.
pengakhirannya takkan selalu sama.
takkan selalu seperti apa yang kita minta.

sepertinya aku mahu apa?
berlakon sepeti tiada apa?
bercakap seperti tiada apa?

walau sehebat mana lakonan aku, aku tetap akan nampak bodoh.
aura loser sudah terasa dah.

aku sudah pernah jatuh dan mati kerana pengkhianatan seorang kawan.
tolong.
tolong jangan jatuh dan matikan aku lagi.
aku takut aku takkan bangun-bangun lagi.

wahai encik apa nama.
tolong pergi. aku tak mahu segalanya porak-peranda kerana kamu. tak usah biacara apapun, kerna aku sudah tiada percaya.
pada lelaki. pada suka. pada minat. pada cinta.

kosong.
kamu takkan memberi apa2 makna.
biarkan aku teruskan hidup, ya.
biarkan aku sebagaimana aku biarkan kamu hidup dengan cara kamu.
aku takkan usik kamu lagi.
aku takkan cari kamu lagi.

tapi.
cuma biarkan aku ingat betapa kamu pernah jadi sebahagian dari aku.
sebahagian dari hari2 indah aku.

aku masih kuat tanpa kamu.

sebagaimana aku kuat dulu sebelum ada kamu.

seems sangat senang untuk menjadi positif. hanya dengan tulisan. cuma kata2 saja yang tak pasti bisa aku luahkan. try bagi aku masa sehari dua. aku akan cuba sedayanya. untuk apa lah hidup dengan sedih gundah. sampai saat nanti, aku akan pergi menutup mata apa. takkan mahu pergi dengan hati sedih gundah. kan.

sedikit sebanyak malam tadi punya air mata yang tumpah sudah beri impak yang agak besar dalam hidup aku hari ini. dan mungkin terkena pada esok dan lusa. tapi aku manusia jenis yang punya self-esteem yang sangat tinggi. aku bisa nasihatkan diri sendiri. buktinya aku tak luahkan pada blog ini semalam kan. kalau aku sudah tiada akal untuk berfikir, sudah aku hamburkan segala.

cuma pada fb, aku nyatakan 'jangan nangis!'.
well aku dah cuba. cuma tak berjaya. terlalu berat rasanya semalam. terlalu rapuh rasanya samalam. dan aku rasakan dalam dunia ini, cuma aku seorang. aku loser. tiada siapa mahu ambil peduli. itu sebab aku kuncikan pintu. matikan lampu. seperti mana aku kuncikan hati dan matikan diri aku semalam.

biarlah malam tadi berakhirnya sehingga subuh. sepatutnya aku membuka lembaran baru hari ini. itu sebab aku mahu sedut semangat dari manusia sekeliling aku. manusia2 yang gembira di atas kesedihan aku juga tak apa. aku manusia paling loser, jadi tidak kesah dipijak sesiapa.

terkadang aku menyesal
mengapa ku kenalkan dia padamu

aku tak tahulah aku ni tak positif atau apa.
banyak kali sudah aku cuba.
aku positif bila aku kenalkan dia pada manusia yang aku percaya.
aku positif bila aku suruh manusia yang paling aku percaya add fb dia.
aku positif bila manusia yang paling aku percaya...

*diam*
aku negatif bila aku tulis ini semua. wadefak aa weh.

cukuplah. aku mahu hilangkan segala.
aku mahu hapuskan segala.

mahu kembali hidup seperti biasa.
biasa yang cuma biasa.

belajar untuk senyum kembali. berharap semua nya baik2 sayang.
positif mungkin jalan terbaik untuk segalanya.

semua telah berakhir
tak mungkin bisa dipertahankan
hanya luka jika kita bersama
karna jalan ini memang berbeda

apalagi selepas ini?



Ahad, 11 April 2010

ai kawan dgn yang cantik2 saja.

jelik gila bila dengar.

ai kawan dengan yang cantik2 saja, yang TAK cantik sila ke tepi, ya!

frasa di atas selalunya akan dikeluarkan oleh si gadis yang cantik.

ah, terasa macam nak melayang tapak tangan aku yang suci ini. heh, kau ingat kau cantik maha hebat?--helo, ini semua kuasa Tuhan, okay. bila2 boleh kena tarik. Tuhan bayar cash tahu.

frasa di atas selalunya akan dikeluarkan oleh si gadis yang TAK berapa cantik.

betul atau tidak, korang-korang fikirlah sendiri. tapi bagi aku, selalunya betul. sebab aku rasa dah lama gila aku mahu tulis isu ini. cumanya masa dan ketika tak mengizinkan. atau secara tepatnya, aku menunggu seseorang yang cantik menukar pendapat bodoh aku ini.
dan rasanya, pendapat bodoh ini masih ada. dan tiada mana2 si cantik yang mampu ubah.

syukur alhamdulillah dengan apa yang Tuhan beri pada aku sekarang. segalanya biasa- biasa. jadi rasanya aku tak terkena bias si cantik. dan rasanya aku tidak mahu. terlalu susah jadi si cantik. terlalu banyak risiko, mungkin.

siapa yang selalu kena kacau di perhentian bas?
siapa yang selalu kena kacau tika lalu segerombolan jejaka2 hamprak di shopping mall?

tapi rasanya itu semua si cantik akan suka. iyalah, siapa yang tak suka kena kacau?
kena usik2. alolololo...

tapi bukan aku. kalau tak kenal, jangan harap mahu mendapat senyuman aku. jelingan membunuh akan aku kasi. sori, mungkin aku poyo. sombong ke apa ke. terpulang. tapi ini aku. aku tak suka digelar perempuan yang suka melayan. jadi sesiapa yang aku tak kenal. bercakap pon haram tak pernah. jangan berharap sesuatu yang baik la ya dari aku.

perempuan2 yang digelar si cantik mungkin akan melayan kamu2 yang bersahaja dengan lawak bodoh yang tak lawak langsung. sengaja mahu test power mengorat la kot. sejenis itu akan hanya dilayan si cantik. mungkin. entah. aku pon tak faham. tak faham apa yang si cantik begitu berfikir. mungkin si cantik fikir mereka cantik, jadi buat apa sahaja pon cantik.

*diam*

tapi cantik itu di mana ukurannya, ya?
wajah putih-gebu-licin.
badan gaya model ala tyra banks.

ada juga si cantik yang rasa dirinya sudah cukup cantik.

A : rambut ai cantik, jadi apa salahnya ai bagi masyarakat pon tengok. tak salah berkongsi kecantikan ai, kan.
B : badan ai cantik, putih, then why ai nak pakai tutup2 segala. pakai baju kecik2 pon okay apa. ai dah pakai losyen banyak dah tadi.
C : ai kan cantik, ai pon kawan2 dengan orang yang cantik2 saja. yu buruk, yu pergilah buat grup lain. ai taknak kawan dengan yu, ok.

tapi bagi aku cantik itu bukan ukuran pada luarannya.
walau cantik secantik cantiknya pon, kalau kata2 yang keluar dari mulut kau macam bangsat. pakaian yang kau pakai sudah macam kau lah orang paling miskin dalam dunia.
itu bukan cantik ya kawan2. itu bukan cantik, ya kawan2 lelaki ku.

dan lagi. perlu ke kau pakai seksi2 bila tengok bola. weh, minah. tengok bola kot. kalau lelaki nampak normal tak berbaju. aih, kau pon mahu tak berbaju juga ke???
helo, orang semua nak tengok bola, okeh. bukan nak tengok kau pakai seksi2. alahai, malulah weh.
inilah yang aku kata orang cantik. kan. pakai ikut suka. bila sudah cantik, mahu lah buka segala. tapi agak la weh, stadium kot. dan lelaki pon sukalah. kekasih kau dipandang dengan semua orang. hek eleh, tak istimewa langsung!

aku pon berusaha gila nampak biasa2. taknak la orang kata, ek eleh perempuan ni pegi stadium pon nak vogue2. plis la. aku rela orang tak nampak aku pergi stadium kot. haish, payah betul. tapi bukanlah aku kata si cantik2 ini tak layan bola. ramai aja aku tengok. ikut kekasih, ikut suami dia, ikut famili dia. sudah normal mungkin.

cumanya, sejenis cantik yang perasan dia saja yang cantik la. yang selalu buatkan aku rasa nak muntah. dengan lagak gediknya. eh, ingat apa. kau sorang je cantik dalam dunia ni?--erra fazira yang pernah menang ratu tu pon tahu berbahasa bila orang berbudi. engkau? apa ada? kalau takat mahu berbahasa bila yang berbudi itu lelaki. boleh jalan la weh.

ha dan lagi. si cantik ini biasanya akan memberi senyuman manisnya kepada lelaki sahaja. suara diulang, ya. lelaki sahaja. bila dengan sesama jantina, muncungnya sedepa. tak tahu lah mahu kata samaada si cantik ini yang gedik atau memang semua perempuan pon begitu. konfius juga.

tapi dialog tadi memang aku pernah dengar. bukan aku sengaja buat2.

okeh, then. cakap banyak pon tak guna. bukan si cantik2 ini akan dengar. kalau dia terbaca blog aku pon, itu kira pengajaran. dan peperangan akan bermula. haha.
hope tidak.

even banyak lagi yang aku nak tulih. tapi memandangkan entri ini sudah lewat beberapa hari. baik aku habiskan. nanti basi pulak. tapi sudah macam rojak pulak entri kali ini.
tak apa lah. nanti2 aku keep it up okeh.

sekarang aku nak study. doakan apa yang aku baca, lekat dalam hotak sehingga ke hari periksa. jumpa mama&ayah minta berkat sudah. harap semuanya berjalan lancar. persetan dengan semua si cantik dan si gedik. ai tak kesah dengan yuoll semua!

haha.


Jumaat, 9 April 2010

macammana...?

kalau tempat yang kita rasakan paling selesa untuk berbicara soal segala, jadi tempat yang paling dielakkan untuk berbicara?

sudah tentunya masih isu mahu menjaga hati. ya, saya sangat menjaga hati manusia di sekeliling saya. jika anda masih terasa, maaf. cuma anda perlu tahu bahawa saya telah cuba dengan segala kudrat yang ada.

aku hipokrit.
ya!

itu sebab aku masih belum mampu menggegar dunia. jujur aku masih di tahap paling bawah. hipokrit aku mendahului segala. dan aku masih manusia biasa. jadi tiada apa untuk digemparkan.

kau tidak akan menjadi orang lain, wahai diri. walau selama mana kau berusaha. kau tetap kau. mana bisa bertukar pada yang lain. mungkin jawa rangers saja mampu bertukar. tapi itupun cuma beberapa jam. selepas itu, mereka akan kembali menjadi manusia yang juga biasa- biasa.

pernahkan kamu2 rasa sangat lelah dalam se-hari2?
terpaksa berpura walau kamu tahu akan kebenaran yang rasanya gila pahit.
cuba fokus hanya fikirkan yang positif2 sahaja.
cuba elakkan sang negatif dari singgah.
aku bukan penyabar. semua orang tahu. darah muda kot. salah sikit mahu dihambur dengan maki.
aku marah tapi yang aku mampu cuma diam.
D.I.A.M.

terasa loser jadi seorang aku.
okay, kalau apa yang ada dalam kepala ho aku salah. mari, cepat2 betulkan. mahu aku paparkan segala di sini?
aku tak mampu.
serius, tak mampu.
itu yang aku katakan tempat yang sudah biasa aku hamburkan segala sudah menjadi tempat yang paling aku elakkan.
aku mahu berbicara tapi tak tahu pada siapa.

dan mungkin, diam itu adalah terbaik. aku layan kan saja. hati yang sakit tak usah dilayan, nanti bertambah mengada!

jadi manusia yang kool, okay.
try to be.

persetankan semua yang berlaku. selagi kau hidup, kau kena hepi.
dan sekarang, exam pun makin hampir. jadikan janji kau nak study start hari isnin ini. semua2 bantu aku, ya.

aku taknak repeat2 segala. aku taknak pandang belakang dah.
biar macammana pon. ini hidup aku, biar aku yang tentukan.

aku yang tentukan.

kejauhan.


baru tadi aku call mama. tahu sudah pagi ini mereka akan bertolak balik kampung. sudah sampai di negeri sembilan katanya. ayah memang terkenal dengan kelajuannya membawa kereta. bapak borek, anak rintik kot. tengok aku sudah. kalau aku sudah hebat, ayah aku mentor aku kot. mestilah hebatnya dia lagi berganda. weh, kejab. hebat? hebat kah aku?--siot perasan.

dan hari ini juga, sudah ramai kawan2 yang ambil kesempatan pulang ke kampung. kenapa aku tak balik?--bukankah selalunya aku yang sentiasa mahu balik kalau tiba hujung minggu?

mana taknya, sudah mama&ayah aku balik kampung. aku nak balik rumah pon buat apa. lagipun periksa dah nak dekat. lepak UM pon bagus apa. (heh, sebenarnya sedih. mama&ayah tak ajak ikut balik kampung).

mahu dikhabarkan di sini, ya. kampung saya bukan kampung jawa. saya orang luar negara. haha. negara kecil di sebelah Malaysia. tapi saya masih sayang Malaysia.

gila poyo.

syukur alhamdulillah. rezeki ayah aku mungkin. mahu ke mana saja mampu. moga Tuhan tak jemu beri rezki lagi pada kedua mama&ayah aku. mereka sangat baik. Tuhan tolong jaga mereka, ya.

oh, kali ini aku biarkan. mama&ayah mahu berdating berdua mungkin. haha. tapi nanti, bila tiba masa mahu ke brunei, aku tak kira, aku nak sibuk ikut juga. bulan sepuluh nanti. anak angkat mama&ayah aku kahwin. jadi kami sekeluarga akan ke brunei bulan sepuluh nanti. brunei, tunggu kami ya.

sebenarnya aku kena balik rumah juga. tengok2 kan adik2 yang ditinggal. kan aku sudah kata, mama&ayah aku mahu berdating berdua, jadi adik2 aku yang masih bersekolah di rumah, ditinggal. tapi mak usu aku ada di rumah sebelah. dia boleh tolong tengokkkan. aku pun kena buat2 busy la kat tempat menuntut ilmu aku ni.

tapi esok mungkin aku akan balik rumah juga. rasa pelik bila tak balik.

eh, lupa. mama&ayah aku balik kampung sebab anak pakcik aku kahwin. entah kenapa semua orang nak kahwin sekarang ni. apapun aku doakan semua berjalan dengan lancar.

p/s: mama&ayah aku nampak muda kan. mcm orang baru kahwin gitu. haha

Isnin, 5 April 2010

pasang niat. baik gila.

*bukan perisa sebenar*

okay.
even bangun pagi dengan rasa bengang sebab tidur tak cukup. masih nak lelap tapi fikir banyak keje nak kena siapkan, akhirnya bangun juga. lepas subuh, terus menatap laptop. naik bohsan dah aku. kenapa lah aku pergi janji nak siapkan hari ini jugak?--menyesal tahap apa dah.

dahlah malam tadi tak boleh masuk bilik sebab rumet kunci dari dalam. tidur mati. tak hengat dunia. ceh. angin cepat saja naik ke kepala. panas je rasa. macam nak tendang pintu pon ada jugak. tapi tak cun la kan. aku baru ketuk bagai nak rak, panggil nama semua, itupun dah kena tegur.
"woi, diamlah. orang nak tidur."

oh, habis. aku taknak tidur lah?
tapi aku tak adalah sangat setan kot. aku biar. esok dapat lah tengok aku tarik muka. so, aku lepak bilik member aku, cik tinggi lampai. haha nama baru. amik kau.

cut the crap, pliss.
sebenarnya aku dah pasang niat yang tersangat lah baik hari ini. or mungkin dah lama.
gambar tadi. ala yang kat atas tadi...

*senyum*

aku mahu hadiahkan khas untuk kawan2 yang aku suka.
haha. baik tak aku?
tapi tunggu elaun masuk la kan. serius poket kosong. semalam balik rumah, mama tanya duit ada tak. tapi berlagak. kata duit masih ada. memang mendapat la kan. nasib aku duduk kolej. sudah tersedia makanan. yuran pon dah habis bayar. aku tak hidup dalam bebanan hutang okay.

ha, berbalik kepada yang tadi.

cupcake untuk kawan2 yang aku suka.
tapi siapa kah mereka2 itu. ala, korg2 la. korang.

dalam kepala ho aku sudah tersenarai sebenarnya. lama sudah. tapi nak publish list kat sini, rasa macam tak baek pulak kan. tapi yang aku pergi publish entri ni pon macam haramjad jugak. nanti2 la. aku masih berkira2 mahu memberi kepada siapa.

dan sebenarnya juga, kawan2 yang aku suka sudah semakin bertambah. haah, ya. aku sudah mula berkawan. mcm haram kan. berkawan ni best. seronok. lagi2 dengan ahlil2 jawa rangers yang macam biol. memang sesuai.

aku baik?--sebab nak bagi cupcake?
tak jugak.

aku sebenarnya terlalu sakit hati. tapi macambiasa aa. hipok mengatasi segalanya. aku perlu cari sesuatu yang boleh buat aku selesa. aku tenang. aku gembira. agak sarkastik kan. biar lah orang mahu bicara apa pon. bukan aku boleh tutup mulut semua orang. tapi kalau rasa melampau, memang mendapat lah. dulu aku belajar tekwando , tahu.
jadi jangan main2.

tapi jangan runcing2. korang masih tetap ada dalam list kawan2 yang aku suka. hah, suka lah tu. anyway, sapa nak ngaku dia kawan yang aku suka, sila belanja aku tengok bola. ahha. aku tak mintak banyak weh. seploh hengget je pon.

tunggu aku punya cupcake sampai kat korg2.
tunggu aku punya elaun masuk dulu.
tadak elaun, tadak cupcake.

peace.


'dia' datang lagi!

kadang2 aku sendiri konfius kenapa dengan aku ini. kadang aku rasa aku okay. kadang aku rasa macam nak mati. sakitnya Tuhan saja yang tahu. betapa tak selesanya bila 'dia' datang. dan semuanya jadi bukan kita yang tentukan bila. tapi 'dia' datang suka hati saja.

penat sudah mahu cari punca. nak ke klinik. konfius. ada ke doktor pompuan nak rawat aku ni. bukan apa, aku tak mahu lah doktor lelaki yang check. aurat kot. dan aku rasa 'dia' ni tak adalah sesuatu yang sangat sakit, cumanya aku jadi macam mahu hentak kepala bila 'dia' datang.

aku juga berikhtiar. serius aku google cari sebab kenapa. dapat lah sikit2.

tapi masih jadi lagi.
masih lagi.
masih lagi.

oh, plis. apa aku nak buat ni?

eh, kejab. benda ni ada kena-mengena dengan cik M aku ke?
lagipun cik M dah lama tak jenguk aku. aku rasa benda ni tak ada kaitan dengan cik M. jangan fitnah, ya.

habis tu pasal apa?

sebenarnya aku nak cherita pasal banyak insiden sejak dua tiga hari ini. tapi sebab 'dia' datang menyapa aku, aku jadi malas gila nak hapdet cherita. nanti2 la. takpon nanti aku bagi saja link member2 aku yang dah hapdet entri diorang. haha.

untuk kawan2 yang aku suka.
sori aa. aku sakit gila sekarang.
tak boleh nak sambung.
babai.

p/s: 'dia' merujuk kepada sakit aku yang tak tahu apa puncha. cik M merujuk kepada migrain. haha. terimakaseh.

Khamis, 1 April 2010

salah faham.

kadang2 aku tak faham kenapa manusia suka fikir2 yang bukan. jauh ke laut. padahal benda ni simple je pon.

untuk manusia2 yang salah faham.
entri sebelum ini bukan kesah aku. ianya kesah ari. semua ari punya pasal.
dia bengang sebab cik cantik bergaya dia kantoi berdating dengan rumet dia. azam sengal. agak2 la kau nak sambar bakal gerfren rumet kau sendiri. tak faham betul.

inilah manusia kot.
pandang lepa. mana sempat, ambik saja.
fikirlah sama perasaan orang.

kepada azam habibullah.
nama kau bukan maen sedap.
jangan sampai kau balik malaysia, jumpa aku.
aku suruh kau belanja pizza sebulan.

tapi memang patut pon korang berdua ni.
dasar rumet, perangai sama je.
dia rampas kau punya, kau pun rampas dia punya.
geli ah aku dengan korang.

bawa2 la bertaubat. nyanyi lagu taubat maksiat.
rasanya aku cukup bersyukur korang2 tak ada dekat malaysia. malu je nak mengaku kawan. fed-up. perangai tak pernah niat nak berubah.

ok. dah.
jelas semua?

menyesal bukan kesah aku. ianya adaptasi. hai, susah benar nak buat cherita. mulanya aku tak mahu terasa kan ari dan azam. tapi nak buat macammana. kawan2 aku pulak yang terasa. cit.

sudahnya, aku terpaksa jujurkan.
sekian.