Rabu, 28 April 2010

biarkan aku dengan dunia aku.ya.

banyak kali dalam hidup kita terasa orang disekeliling lebih banyak menyusahkan dari menyenangkan. aku sebenarnya cuba elakkan yang menyusahkan itu. aku cuba. Tuhan saja yang tahu betapa susahnya aku mencuba.



aku cuma tak mahu dikatakan tak kenang budi.
aku cuma tak mahu dikatakan lupa kawan2.
aku cuma tak mahu dikatakan tiada hati.


aku cuma tak mahu...

tapi bila aku fikir2, sampai bila kita nak biarkan orang pijak lumat hati kita?
sampai bila kita nak biarkan orang ratah habis jiwa kita?
hah, sampai bila?


aku sebolehnya tak mahu hitamkan warna dunia aku yang agak kelam. aku mahu dunia aku se-agong2 ciptaan aku. iyalah, ini kan dunia aku. biar aku yang warnai nya, ya.

bukan tak mahu kamu kamu sama tolong warnakannya.
cuma aku taknak ianya tak seperti yang aku mahukan.
jangan khuatir. aku akan warnakan untuk kamu.
cuma masa dan ketikanya, aku agak kurang pasti.


sabar.

itu yang aku lakukan sekarang. bersabar. dan aku harap kamu kamu juga boleh begitu. bersabar merupakan perkataan yang paling simple. cuma bilamana mahu realisasikannya, agak payah. aku tahu itu.


biar Tuhan datangkan segala macam ujian. maknanya Tuhan sayang. Tuhan sengaja mahu uji. Dia takkan uji kita lebih dari kemampuan kita. jadi, bersabar itu kind of okay apa. kan.


seseorang tanyakan pada aku.
"kau tak pernah bercinta?"


aku senyum. dan aku jawabkan padanya. pernah. sekali secara serius. beberapa kali teman tapi mesra. jujur. aku tak pandai bercinta. aku tak tahu mahu bercakap lembut-santun-segala dengan lelaki. dan lagi naifnya, mungkin aku perlu beli buku, 'apa itu cinta?'. atau 'mari belajar bercinta'.


ini sebab juga aku letakkan jodoh aku pada kedua ayah dan mama kegilaan aku. mereka lebih arif. dan aku tahu bagaimana orangnya ayah aku. dan lagi tahu bagaimana orangnya mama aku. jadi pilihan mereka boleh jadi yang paling tepat.


sebenarnya aku cuma taknak bazirkan masa bercinta sana-sini.


aku sudah lali dengan apa yang orang kata. jadi biar aku hidup dengan cara aku sendiri, dalam dunia aku sendiri. mungkin cinta bukan lagi untuk aku sekarang. atau mungkin, aku diberi masa lagi oleh Tuhan untuk berubah menjadi gadis yang baik. untuk perbaiki diri.


mungkin.


even tiada cinta pon sekarang. aku sudah rasa bahagia dengan dunia yang aku cipta sendiri. dengan apa yang Tuhan bagi.


keluarga besar yang aku ada sekarang. tak cukup rasanya mahu sebut nama. tapi kesemua mereka begitu bermakna.
kawan2 yang gila hebat. huha sana-sini tanpa rasa malu.
budak2 palapes yang serius mantap. walau bertengkar sana-sini. korang tetap ada tempat dalam hati aku.
dan segala macam benda yang aku miliki.
aku rasa cukup.

cukup.

jadi biarkan aku dengan dunia aku, ya.

3 ulasan:

  1. huwaaa....


    xmo bia ko sendiri..
    nak ganggu ko jugak!!!

    BalasPadam
  2. lah.
    korg2 memang ada dlm dunia ak kot. hahaha

    BalasPadam
  3. let urself be a 'budak suci'...
    try cinta selepas kawin...org ckp lagi best...hahaha

    BalasPadam

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.