ai kawan dengan yang cantik2 saja, yang TAK cantik sila ke tepi, ya!
frasa di atas selalunya akan dikeluarkan oleh si gadis yang cantik.
ah, terasa macam nak melayang tapak tangan aku yang suci ini. heh, kau ingat kau cantik maha hebat?--helo, ini semua kuasa Tuhan, okay. bila2 boleh kena tarik. Tuhan bayar cash tahu.
frasa di atas selalunya akan dikeluarkan oleh si gadis yang TAK berapa cantik.
betul atau tidak, korang-korang fikirlah sendiri. tapi bagi aku, selalunya betul. sebab aku rasa dah lama gila aku mahu tulis isu ini. cumanya masa dan ketika tak mengizinkan. atau secara tepatnya, aku menunggu seseorang yang cantik menukar pendapat bodoh aku ini.
dan rasanya, pendapat bodoh ini masih ada. dan tiada mana2 si cantik yang mampu ubah.
syukur alhamdulillah dengan apa yang Tuhan beri pada aku sekarang. segalanya biasa- biasa. jadi rasanya aku tak terkena bias si cantik. dan rasanya aku tidak mahu. terlalu susah jadi si cantik. terlalu banyak risiko, mungkin.
siapa yang selalu kena kacau di perhentian bas?
siapa yang selalu kena kacau tika lalu segerombolan jejaka2 hamprak di
tapi rasanya itu semua si cantik akan suka. iyalah, siapa yang tak suka kena kacau?
kena usik2. alolololo...
tapi bukan aku. kalau tak kenal, jangan harap mahu mendapat senyuman aku. jelingan membunuh akan aku kasi. sori, mungkin aku poyo. sombong ke apa ke. terpulang. tapi ini aku. aku tak suka digelar perempuan yang suka melayan. jadi sesiapa yang aku tak kenal. bercakap pon haram tak pernah. jangan berharap sesuatu yang baik la ya dari aku.
perempuan2 yang digelar si cantik mungkin akan melayan kamu2 yang bersahaja dengan lawak bodoh yang tak lawak langsung. sengaja mahu test power mengorat la kot. sejenis itu akan hanya dilayan si cantik. mungkin. entah. aku pon tak faham. tak faham apa yang si cantik begitu berfikir. mungkin si cantik fikir mereka cantik, jadi buat apa sahaja pon cantik.
*diam*
tapi cantik itu di mana ukurannya, ya?
wajah putih-gebu-licin.
badan gaya model ala
ada juga si cantik yang rasa dirinya sudah cukup cantik.
A : rambut ai cantik, jadi apa salahnya ai bagi masyarakat pon tengok. tak salah berkongsi kecantikan ai, kan.
B : badan ai cantik, putih, then why ai nak pakai tutup2 segala. pakai baju kecik2 pon okay apa. ai dah pakai losyen banyak dah tadi.
C : ai kan cantik, ai pon kawan2 dengan orang yang cantik2 saja. yu buruk, yu pergilah buat grup lain. ai taknak kawan dengan yu, ok.
tapi bagi aku cantik itu bukan ukuran pada luarannya.
walau cantik secantik cantiknya pon, kalau kata2 yang keluar dari mulut kau macam bangsat. pakaian yang kau pakai sudah macam kau lah orang paling miskin dalam dunia.
itu bukan cantik ya kawan2. itu bukan cantik, ya kawan2 lelaki ku.
dan lagi. perlu ke kau pakai seksi2 bila tengok bola. weh, minah. tengok bola kot. kalau lelaki nampak normal tak berbaju. aih, kau pon mahu tak berbaju juga ke???
helo, orang semua nak tengok bola, okeh. bukan nak tengok kau pakai seksi2. alahai, malulah weh.
inilah yang aku kata orang cantik. kan. pakai ikut suka. bila sudah cantik, mahu lah buka segala. tapi agak la weh, stadium kot. dan lelaki pon sukalah. kekasih kau dipandang dengan semua orang. hek eleh, tak istimewa langsung!
aku pon berusaha gila nampak biasa2. taknak la orang kata, ek eleh perempuan ni pegi stadium pon nak vogue2. plis la. aku rela orang tak nampak aku pergi stadium kot. haish, payah betul. tapi bukanlah aku kata si cantik2 ini tak layan bola. ramai aja aku tengok. ikut kekasih, ikut suami dia, ikut famili dia. sudah normal mungkin.
cumanya, sejenis cantik yang perasan dia saja yang cantik la. yang selalu buatkan aku rasa nak muntah. dengan lagak gediknya. eh, ingat apa. kau sorang je cantik dalam dunia ni?--erra fazira yang pernah menang ratu tu pon tahu berbahasa bila orang berbudi. engkau? apa ada? kalau takat mahu berbahasa bila yang berbudi itu lelaki. boleh jalan la weh.
ha dan lagi. si cantik ini biasanya akan memberi senyuman manisnya kepada lelaki sahaja. suara diulang, ya. lelaki sahaja. bila dengan sesama jantina, muncungnya sedepa. tak tahu lah mahu kata samaada si cantik ini yang gedik atau memang semua perempuan pon begitu. konfius juga.
tapi dialog tadi memang aku pernah dengar. bukan aku sengaja buat2.
okeh, then. cakap banyak pon tak guna. bukan si cantik2 ini akan dengar. kalau dia terbaca blog aku pon, itu kira pengajaran. dan peperangan akan bermula. haha.
hope tidak.
even banyak lagi yang aku nak tulih. tapi memandangkan entri ini sudah lewat beberapa hari. baik aku habiskan. nanti basi pulak. tapi sudah macam rojak pulak entri kali ini.
tak apa lah. nanti2 aku keep it up okeh.
sekarang aku nak study. doakan apa yang aku baca, lekat dalam hotak sehingga ke hari periksa. jumpa mama&ayah minta berkat sudah. harap semuanya berjalan lancar. persetan dengan semua si cantik dan si gedik. ai tak kesah dengan yuoll semua!
haha.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.