jarang- jarang sebenarnya saya menarik tali-pinggang-keledar ini. cuma kalau- kalau keadaan terpaksa saja. bukan kerana saya gemuk. lihat itu. saya kurus kan. cuma agak kedepan. ya, satu tahu agak kurang tinggi. jadi kaki saya agak kurang panjang. serius li dah cuba sedaya upaya untuk tambah tinggi. tapi tak mampu. huh. sedih.
walaupun saya tak selalu ber-tali-pinggang-keledar ini, tapi diingatkan. saya bukan samseng jalan raya. cuma kadangkala. waktu jem. saya cukup benci jem. boleh jadi emo tiba-tiba. itu sebab saya bertukar kepada samseng waktu itu.
tapi bila waktu- waktu biasa. tak sesak. saya berhemah. cukup berhemah.
bersedia berhenti waktu lampu kuning.
beri laluan kepada moto yang suka hati menyelit.
beri signal waktu nak ke kanan/kiri.
beri kereta lain laluan.
dan tersenyum kepada pemandu di kereta sebelah.
agak gatal kan.
haha.
itu normal. senyum kan sedekah. sarkastik gila. okeh. saya sebenarnya ada exam esok. tapi masih gatal nak menulis.
sambung pasal berhemah tadi.
cumanya saya tak boleh patuhi had laju.
saya suka pandu laju.
saya pernah pandu 140km/j.
saya pernah sampai rumah dari UM tak sampai 35 minit.
jadi?
saya berhemah atau tak?
atau mungkin. lebih 140km/j. saya stick pada yang itu sebab myvi akan menggeletar bila laju sangat. tak tahu apa masalahnya. takut mungkin. jadi saya pon tak berani nak laju sangat. takut tercabut side mirror. haha
tapi jangan risau. saya takkan halang pejalan kaki mahu melintas. saya takkan biarkan kawan saya jalan kaki kalau kereta saya kosong. masa itu.
saya budak berhati baik.
jadi saya berhemah.
boleh?
pemandu berhemah~
BalasPadam