Sabtu, 17 April 2010

cuba bangkit.

Sekiranya kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu,janganlah merasa tersisih. Tiada salahnya menyintai seseorang kerana cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang.

termangu sebentar bila aku terbaca ayat2 ini. sememangnya aku tiada luck dalam cinta. sejak dulu. macammana aku biarkan kekasih lama aku pergi. walau sampai sekarang aku rasa aku bodoh kerana biarkan dia pergi macam tu aja. tapi semuanya sudah jadi sejarah. tiada apa yang mampu ulang segalanya lagi. dan aku takkan mungkin bersamanya lagi.

dan ini. berlaku lagi. disaat aku mahu bahagia dengan rasa yang aku mula cipta. ianya tiba2 punah. aku bukanlah mahu salahkan sesiapa. wadehel la kan nak salah orang laen atas salah yang pada mulanya, kita yang cipta sendiri. hah, siapa suruh kau malu2 nak try?. siapa suruh kau suruh member kau adjust untuk kau?.

atau mungkin. member aku tak tahu apa sebenarnya yang aku rasa. it's nothing kalau takat aku suka tengok budak tu. minat or watsoever. tapi aku sudah serapkan dia jadi secret admirer aku kot. sedikit sebanyak dia sudah ada tempat dalam hati aku. dan aku sudah tetapkan hati terima apa saja SA aku mahu rasa pada aku nanti. aku kuat, aku tahu itu.

cumanya.

kita tahu dia nak tikam tapi kita lebih percaya yang dia tak sampai hati...tapi kita salah dan dia tetap tikam kita tanpa belas kasihan

dan aku.
aku tak pernah benci kawan2 aku. bukankah aku sudah janji mahu mati untuk mereka. jadi untuk apa aku benci?---sebab kawan2 pendekkan umur aku. wadehel. Tuhan saja tahu bagaimana ikhlas aku. aku cuma mahu beri pengajaran. mahu beri tahu. bahawa bila kamu buat begitu, aku sakit. aku tak harapkan apa2 bila aku niat mahu mati untuk kawan2 aku. aku tak harapkan dia balas untuk mati juga kerana aku.

aku rela mati dalam diam. dan sekarang, aku dapat rasakan aura mati sedikit demi sedikit. hari ini aku masih bertahan. esok lusa aku tak tahu lagi mahu reaksi apa.

aku mahu putuskan yang aku takkan berasa apa lagi. untuk suka, minat, cinta atau apa sekalipun. kalau inilah rasa yang buatkan aku jadi rapuh. aku rasa baik aku undur diri. nonsense gila bila bergaduh soal begini. it doesn't matter kalau korang berdua ada apa2 atau tiada apa sekalipun. cuma nyatanya hati aku sudah sakit dan rasa percaya sudah tiada.

aku lebih rela single dari tambahkan masalah dengan hal yang serupa ini. kutuk diri sendiri sebab gatal nak bersecret admirer bagai. bongok. kan dah sakit hati.

okeh2. aku mahu hidup baru. tak mahu nangis2. tak mahu SA lagi. tak mahu rasa2 cinta lagi. single rok apa. kawan2 pon ramai. jadi apasal mahu susah hati?
orang kata kalau ada jodoh, ada lah. masih percaya pada kun fayakun yang Tuhan kata. dan moga segalanya baik2 sahaja selepas ini.

oh, ya. mungkin aku masih tak ikhlas dalam memaafkan. kakak aku kata, kalau kau masih terasa sesak dengan apa yang jadi sekarang, maknanya kau masih lagi tak benar2 memaafkan. eh, serius la. tapi aku betul dah maafkan dan mahu segalanya habis. tapi kenapa rasa sedih dan sakit ni masih ada. oh, plis. nyah kau dari perasaan aku. aku mahu rok segala.

apa2pon. aku akan cuba. kawan2 aku ada. jadi tiada istilah mahu berputus asa dari aku. cuma aku minta. sikit saja. berterus-terang la pada aku. aku takkan hambur dengan makian. aku cuma mahu tahu. kenapa dan apa?

kenapa kau buat begini?
apa rasa kau pada dia?

cuma aku harap jawapannya tak bisa meruntunkan jiwa aku.
cuma aku harap jawapan kamu biasa2.
cuma aku harap....biasa!

aku bodoh sebab fikir yang bukan2. mungkin korang cuma kawan. tapi tolonglah kenapa mesti nak kawan dengan dia?
dia secret admirer aku kot.
korang kenal kerana aku.
kenapa nak singkirkan aku sampai macam ni sekali?

mahu saja aku membawa diri dan hati yang lara. tapi mana bisa aku lari jauh.
kau kawan aku. dan selamanya adalah kawan aku.
aku lebih rela hilang rasa dari hilang kawan.
aku lebih rela hilang cinta dari hilang kawan.
aku lebih rela hilang segala dari hilang kawan.
aku lebih rela.

ah, kejab okeh. kejab emo. kau ni memang bengong!
sudahlah. aku nak balik rumah.
hadap muka mama&ayah aku lagi baik.
mahu mintak restu, memandangkan periksa pon dah dekat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.