baru tadi aku call mama. tahu sudah pagi ini mereka akan bertolak balik kampung. sudah sampai di negeri sembilan katanya. ayah memang terkenal dengan kelajuannya membawa kereta. bapak borek, anak rintik kot. tengok aku sudah. kalau aku sudah hebat, ayah aku mentor aku kot. mestilah hebatnya dia lagi berganda. weh, kejab. hebat? hebat kah aku?--siot perasan.
dan hari ini juga, sudah ramai kawan2 yang ambil kesempatan pulang ke kampung. kenapa aku tak balik?--bukankah selalunya aku yang sentiasa mahu balik kalau tiba hujung minggu?
mana taknya, sudah mama&ayah aku balik kampung. aku nak balik rumah pon buat apa. lagipun periksa dah nak dekat. lepak UM pon bagus apa. (heh, sebenarnya sedih. mama&ayah tak ajak ikut balik kampung).
mahu dikhabarkan di sini, ya. kampung saya bukan kampung jawa. saya orang luar negara. haha. negara kecil di sebelah Malaysia. tapi saya masih sayang Malaysia.
gila poyo.
syukur alhamdulillah. rezeki ayah aku mungkin. mahu ke mana saja mampu. moga Tuhan tak jemu beri rezki lagi pada kedua mama&ayah aku. mereka sangat baik. Tuhan tolong jaga mereka, ya.
oh, kali ini aku biarkan. mama&ayah mahu berdating berdua mungkin. haha. tapi nanti, bila tiba masa mahu ke brunei, aku tak kira, aku nak sibuk ikut juga. bulan sepuluh nanti. anak angkat mama&ayah aku kahwin. jadi kami sekeluarga akan ke brunei bulan sepuluh nanti. brunei, tunggu kami ya.
sebenarnya aku kena balik rumah juga. tengok2 kan adik2 yang ditinggal. kan aku sudah kata, mama&ayah aku mahu berdating berdua, jadi adik2 aku yang masih bersekolah di rumah, ditinggal. tapi mak usu aku ada di rumah sebelah. dia boleh tolong tengokkkan. aku pun kena buat2 busy la kat tempat menuntut ilmu aku ni.
tapi esok mungkin aku akan balik rumah juga. rasa pelik bila tak balik.
eh, lupa. mama&ayah aku balik kampung sebab anak pakcik aku kahwin. entah kenapa semua orang nak kahwin sekarang ni. apapun aku doakan semua berjalan dengan lancar.
p/s: mama&ayah aku nampak muda kan. mcm orang baru kahwin gitu. haha
they r otw to my place...yay!!!
BalasPadambergumbira lah kamu!
BalasPadam