Isnin, 5 April 2010

pasang niat. baik gila.

*bukan perisa sebenar*

okay.
even bangun pagi dengan rasa bengang sebab tidur tak cukup. masih nak lelap tapi fikir banyak keje nak kena siapkan, akhirnya bangun juga. lepas subuh, terus menatap laptop. naik bohsan dah aku. kenapa lah aku pergi janji nak siapkan hari ini jugak?--menyesal tahap apa dah.

dahlah malam tadi tak boleh masuk bilik sebab rumet kunci dari dalam. tidur mati. tak hengat dunia. ceh. angin cepat saja naik ke kepala. panas je rasa. macam nak tendang pintu pon ada jugak. tapi tak cun la kan. aku baru ketuk bagai nak rak, panggil nama semua, itupun dah kena tegur.
"woi, diamlah. orang nak tidur."

oh, habis. aku taknak tidur lah?
tapi aku tak adalah sangat setan kot. aku biar. esok dapat lah tengok aku tarik muka. so, aku lepak bilik member aku, cik tinggi lampai. haha nama baru. amik kau.

cut the crap, pliss.
sebenarnya aku dah pasang niat yang tersangat lah baik hari ini. or mungkin dah lama.
gambar tadi. ala yang kat atas tadi...

*senyum*

aku mahu hadiahkan khas untuk kawan2 yang aku suka.
haha. baik tak aku?
tapi tunggu elaun masuk la kan. serius poket kosong. semalam balik rumah, mama tanya duit ada tak. tapi berlagak. kata duit masih ada. memang mendapat la kan. nasib aku duduk kolej. sudah tersedia makanan. yuran pon dah habis bayar. aku tak hidup dalam bebanan hutang okay.

ha, berbalik kepada yang tadi.

cupcake untuk kawan2 yang aku suka.
tapi siapa kah mereka2 itu. ala, korg2 la. korang.

dalam kepala ho aku sudah tersenarai sebenarnya. lama sudah. tapi nak publish list kat sini, rasa macam tak baek pulak kan. tapi yang aku pergi publish entri ni pon macam haramjad jugak. nanti2 la. aku masih berkira2 mahu memberi kepada siapa.

dan sebenarnya juga, kawan2 yang aku suka sudah semakin bertambah. haah, ya. aku sudah mula berkawan. mcm haram kan. berkawan ni best. seronok. lagi2 dengan ahlil2 jawa rangers yang macam biol. memang sesuai.

aku baik?--sebab nak bagi cupcake?
tak jugak.

aku sebenarnya terlalu sakit hati. tapi macambiasa aa. hipok mengatasi segalanya. aku perlu cari sesuatu yang boleh buat aku selesa. aku tenang. aku gembira. agak sarkastik kan. biar lah orang mahu bicara apa pon. bukan aku boleh tutup mulut semua orang. tapi kalau rasa melampau, memang mendapat lah. dulu aku belajar tekwando , tahu.
jadi jangan main2.

tapi jangan runcing2. korang masih tetap ada dalam list kawan2 yang aku suka. hah, suka lah tu. anyway, sapa nak ngaku dia kawan yang aku suka, sila belanja aku tengok bola. ahha. aku tak mintak banyak weh. seploh hengget je pon.

tunggu aku punya cupcake sampai kat korg2.
tunggu aku punya elaun masuk dulu.
tadak elaun, tadak cupcake.

peace.


3 ulasan:

  1. cik tinngi lampai..uhuk nama baru~~

    BalasPadam
  2. am i ur fren or ur sis...

    kalau kawan je yg dpt cupcake, aku nak jadi kawan ko la...xnak jadi sis...:-(

    BalasPadam
  3. ceh poyo je. utk kau, dua2 la ngah. sengal aa

    BalasPadam

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.