oh ya. aku sedang mengumpul semangat untuk kembali kepada dunia palapes untuk jangka masa sebulan dari sekarang. mahu setiap detik dan saat sentiasa kuat dan ceria. ianya agak susah mungkin. mesti akan ada saja perkara yang berlaku diluar jangkaan aku. dan intek aku sendiri.
jujur ya aku cakap. mungkin ini akan dianggap hipokrit. tapi apa aku peduli?
ini rasa aku kot. jadi aku cuma jujur.
sebenarnya.
aku bukanlah jenis suka sangat berkawan. dan yang paling aku tak suka, bilamana aku sudah berkawan, kau khianati rasa percaya aku. itu yang paling aku benci. untuk aku kembali percaya mungkin akan makan masa. dan juga sebenarnya, kau tidak menjadi kawan aku secara automatik bilamana kita satu intek. usah bohong. pada diri sendiri atau semua orang.
mungkin boleh saja mahu menipu masyarakat. tapi bodoh gila bila kau menipu diri kau sendiri. kan.
tak usah bicara betapa hodohnya hidup berpuak.
tak usah bicara betapa kau tak suka hidup berpuak.
tak usah bicara betapa kau mahu kikis sikap berpuak.
tak usah.
itu semua propaganda.
samaada propaganda aku atau propaganda kau!
sama saja.
iyalah.
kau tahu bilamana aku jatuh walau aku senyum?
kau tahu bilamana aku suka walau aku membisu?
tak.
kan.
jadi kan sudah aku cakap. punya lah payah pikul sesuatu yang bernama 'kawan'. ianya bukan mudah ditutur bila2 masa.
ianya perlukan pengorbanan yang besar.
kau tanya diri kau.
apa kau sudah bersedia untuk berkorban?
untuk siapa?
kalau sudah, dan kau amat pasti untuk siapa...itu bermakna dia kawan kau.
bolehlah berpuak setelah itu.
tiada siapa yang akan marah kalau kamu berpuak.
itu normal bagi aku.
sebabnya, kita takkan mudah jadikan seseorang itu diantara kita cuma sekelip mata. itulah puak.
kamu akan suka bilamana kamu ada diantara puak kamu.
kamu akan gembira bilamana kamu ada diantara puak kamu.
kamu akan tenang bilamana kamu ada diantara puak kamu.
jadi bagi aku juga senang.
aku akan biarkan kau dengan puak kau.
buat lah apa pun.
cakap lah apa pun.
aku takkan ganggu.
sebab apa?
aku mahukan ianya vice versa.
aku buat untuk kau.
kau buat untuk aku.
aku bagi kau bebas sama puak kau.
kau juga kena bebaskan aku dari puak kau.
tak perlu kita semua sama.
jika tidak, apa gunanya puak.
propaganda masih sama.
propaganda KITA masih sama.
masing2 mahukan kejuaraan dan kenamaan.
aku dan puak aku mahu.
kau dan puak kau juga mahu.
jadi tak salah kalau kita bergabung cuma kerna itu.
bohong la kalau aku kata yang aku takkan rendahkan kau.
aku juga manusia. punya hati dan rasa.
cuma bezanya, bilamana aku terusik. aku akan jujur.
aku sudah belajar sesuatu.
jujur itu suci.
jadi jangan salahkan aku jika mulut aku macam longkang.
aku cuma memulangkan paku buah keras.
aku tak mahu direndahkan lagi.
aku tak mahu diremehkan lagi.
aku akan bangkit.
melawan rasa hati aku.
melawan sikap iri kau.
tunggukan aku dengan propaganda aku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.