Biar ia pergi,
Kerna tak sanggup aku lagi duduk di depan tv,
Kerna kau tiada lagi,
Karya indah yang tak terperi bisa mengusik isi hati ini,
Terasa bosan, kemarau nan panjang,
Terasa bimbang tentang di masa hadapan,
Mana hujan tak berkunjung datang
Bila engkau datang,
Ia penuhi dengan perang tentang dunia yg semakin kejam,
Tiada lagi kedamaian dan satu hati,
Tapi kemusnahan yang tak terhenti,
Terasa bosan, kemarau nan panjang,
Terasa bimbang tentang di masa hadapan,
Mana hujan tak berkunjung datang
Cuba kau perhati,
Dimana letak isi hati warna pancaran media kotak tv,
Tiada lagi erti sebenar satu hati kemanusiaan hilang tak bererti,
Terasa bosan, kemarau nan panjang,
Terasa bimbang tentang di masa hadapan,
Mana hujan tak berkunjung datang
...jangan tanya kenapa aku minat gila POH. sebab aku sendiri tak tahu kenapa. cuba. cuba korang2 dengar lagu2 dia. haish. korang akan tahu kenapa aku gilakan diorang.
okeh. terus ke pada tajuk utama kita.
latihan pentauliahan palapes sudahpon bermula. sejak tadi. banyak kejutan. aku tak mahu komen apa2. apa yang penting, esok PT pagi kena tahan. aku akan sentiasa layan. tapi jujur, ya. biasanya aku akan kuat kalau tengok orang lain lemah. dan, ya. selagi encik SUO baru kita tak lemah; selagi itu aku kuat. haha. poyos.
tapi tak apa. aku sebenarnya tak sure nak tidor ke tak nak malam ni. sebab aku sorang dalam bilik, jadi takut esok tak dapat bangun jam lima suku. haish. cuak jugak kalau aku lambat. sudah la blok c ni bilik air nya sedang diubahsuai, dan yang boleh digunapakai cuma satu saja. harap aku tidak terlewat esok.
oh, ya. aku melalut lagi.
aku cuma mahu kongsikan lagu ini buat semua individu intek gorila utara. walau banyak kabar angin yang mula tak sedap didengar sekarang, kita mesti tabah.
macam lagu ini kalau diakustikkan, bunyinya sangat hebat. lebih hebat daripada Faizal Tahir nyanyi live. apa yang aku mahu bawakan adalah, se akustik mana pon kita, kita masih mampu tebarkan kuasa ideologi kita. dan mampu membuka mata manusia sekeliling bahawa kita ini masih berguna dan hebat.
ayuh, ya intek 29, intek gorila utara.
sebarkan semangat kita.
alunkan lagu kita.
biar mereka tahu.
biar mereka mengerti.
kita bukan sampah.
kita manusia penuh integriti.
bunyikan semboyan.
khabarkan kita sudah datang.
bukakan hati mereka.
beliakkan mata mereka.
tunjukkan bahawa kita,
sangat gah di mata dunia.
jangan sekali kau gementar.
walau diusik sang rakusan.
jangan gentar halilintar.
walau dicuit sang hingusan.
ayuh pegangkan tangan.
capaikan impian.
pelangi itu sudah datang.
tak usah kita bertempiaran.
kerna indah itu milik kita.
kerna juara itu milik kita.
kerna ternama itu milik kita.
ayuh pegangkan tangan.
capaikan impian.
p/s: untuk pengetahuan, kami, intek 29 palapes um. intek gorila utara. sedang berusaha keras menuju ke gerbang pentauliahan di usm bulan jun nanti. doakan kami untuk apa saja yang mendatang. doa secara senyap itu suci. tak perlu dikhabar2kan.
terimakaseh.
mcm mana lagu nih?
BalasPadampoh tu kumpulan ke?
plague of happinness la jebat..hikhik
BalasPadam