Rabu, 19 Mei 2010

hapdet untuk kumi.[episod dua]

Aku memang tak reti
Tunjuk engkau semua menari
Tapi engkau tak usah henti
Pandai takkan datang berlari
Mimpi aku tak semua indah
Semangat rakan jangan lah pudar
Hidup memang banyak kerenah
Cerewet hidupmu akan susah

[Korus]
Janganlah berundur
Ini bukanlah masanya
Tak kuasa aku menghadapi ini semuanya
Sendirian begini
Tak mampu berdiri tinggi
Tanpamu di sisi
Wahai kawan...

Satu lagi nak pesan
Busuk hati janganlah simpan
Nasihat untuk rakan dan taulan
Simpan semua jadi panduan
Sudah 24 tahun
Ilmu di dada aku susun
Kalau berkat tak datang turun
Sampah sarap datang berduyun

ini lagu ditujukan khas untuk kumi. dan juga semua individu intek 29. dan mulai entri hari ini aku akan sertakan lagu. lagu pilihan hari ini berjudul kawan daripada plague of happiness.

rutin macam biasa. pagi lapor agak lambat sikit. inter dengan suara incas yang malu2 nak keluar. fedap aku. aku sebenarnya agak down ini hari. entah kenapa. pt okeh tapi malas masih ada. aku sebenarnya masih tak tahu macammana nak naikkan moral aku. weh kumi cepat lah balik.

oh ya. perkhabaran terkini. kita bertolak ke usm pada 30 mei 2010. jadi sempat untuk kumi lapor kat komplek. tadi juga ada kelas makan malam rejimental by ajutan. aku tak masuk sebab akademik lagi memanggil. rasa rugi juga tapi tak apa lah. pembelajaran dari semasa ke semasa oleh kawan2 yang kita suka mungkin lagi bagus. haha.

kelas batal. cuma sibuk nak uruskan pendaftaran subjek kat ofis fek dan lepas tu balik ke komplek. ingat kan kelas ajutan dah habis, dan bersemangat gila nak kawad. ale2. sambung lagi jam 230. haih. aku mental gila kalau kelas dia ni.

dan rasa aku jadi lagi. dia masih dengan konon-lawak-jenaka-dia-yang-memang-annoying.
seriusli aku benci. pantang aku kalau lelaki cakap perempuan ini macam, itu macam. memang aku tak boleh terima. ingat hot? boleh jalan lah. kalau nak mengajar, kan. buat la cara yang betul nak ajar. sapa kata tak boleh berlawak?
tapi kena tempat lah.

apahal benda dalam2 pon kau nak cerita lebih2 macam kau syok sangat?

seriusli aku tak nampak mana relevannya semua cerita mengarut dia. huh. fedap.

esok juga kita akan langsai habis baju 1 dress. tapi rizal wakil aku. peg latih cakap ok so aku pergi lah kelas esok. ci mesti tanya esok. hope rizal boleh jelaskan sejelasnya. sebab bila aku nak terang kat dia, dia budget tahu. so aku tak terang banyak la. aku tak suka orang budget bagus. so biaq pi kat hang la.

tadi juga ada personal meeting intek 29 dengan pegawai latihnya. haish, mesti ianya akan jadi saat2 yang paling dikenangi. untuk orang lain aku tak pasti, tapi bagi aku, ya!
sebenarnya aku rasa tak ramai yang perasan. peg latih intek 29 ni semacam angin baik saja tiap masa. selalu caring. selalu ambil tahu. setakat ini beliau sangat high class.
dengan kata2 perli dia.
dengan gelak tawa dia.
dengan rasa selamba dia.
nada dia aku suka.

kalaulah ada undi sms untuk siapa jadi ketua jurulatih, aku sudah undi dia banyak2. seriusli, mesti terjaga baik kebajikan kadet2 semua. aku yakin.

dia juga jarang naik angin sekarang. mungkin sebab dia tak berapa nak tertekan dengan intek kita. cuma yang perlu dirisau, kawad. disebabkan semua pertandingan sudah tak ada. jadi mungkin dia rasa senang dan ringan sedikit.

oh ada hikmahnya juga semua ini.

kumi, aku dah tak tahan ngantuk gila. baru habis kiwi kasut. aku semangat tapi tak ada peluang lagi nak masuk padang kawad. sesuatu yang perlu aku korbankan untuk sesuatu. Tuhan, bantu aku untuk tabah dan sabar. jumaat sudah boleh kawad.

ini hari rabu.
19 mei 2010.


2 ulasan:

  1. hehe..time kasih ye kakin..terharu aku ko tolong aku tau isu semasa..ni bende pertama aku bukak bila dapat online kat opis..paper pom aku tak pandang tau..pandang patah2 kata hal kamu jea..hehe..niway, sabar yeaa..t aku pulang bagi ko semangat juang..tunggu aku okey...

    aku tunggu tiap berita yang buat aku makin kuat berdiri...

    BalasPadam

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.