Selasa, 18 Mei 2010

hapdet untuk kumi.

aku mulakan hari aku dengan tidor jam 330 dan bangun jam 515. dah khabar ke naim supaya gerak aku tapi aku yang bangun dan pergi mandi sendiri. mahu khabar kan juga yang keSEMUA bilik air blok sedang di ubahsuai. nampak macam berhantu gila bila malam. sebab lampu semua diorang cabut.

macam biasa, aku takkan mandi kat bilik air yang gelap. cuak seh. fikir macam2. kejab lagi mandi tak basah dok terkenang2. haha. tapi nasib pihak kolej ada sediakan lagi satu bilik air ala hotel kat tepi BGC. selama dua tahun aku kat sini dan aku tak pernah tahu wujudnya bilik air ala hotel tu. teruja weh. so itu jadi tempat mandi, basuh muka, juga basuh baju aku secara rasminya.

oh, ya. kumi. tentang encik suo itu. heh, tertanya2 kan. ala takkan kekasih kau tak bagitahu. tapi tak apa. cuma aku bagi klue, ya. --kuasa telah kembali ke pangkalnya--.

heh.
dan seperti yang ku jangka terjadi.(lagu indigo)
semua orang tahu dan jangka kot siapa encik suo dan anak2 buahnya.
semacam yang aku cakap tadi. 'kuasa telah kembali ke pangkalnya'. aku tahu ayat ni mcm longkang kan. tapi...ini yang keluar spontan kot. so asal kau faham.

dan lagi. fon aku memang mati!
aku sudah bilang kan. charger tak bawak. lupa. so bateri habis dan memang fon tu mati. kena tunggu adik aku datang bawa tapi tak tahu lagi bila.

tadi juga sudah konfem yang pra-messnite kita akan diadakan sabtu ini. di rumah universiti. dan ajk yang terpilih: jebat, easy, ruz, zuki, adibas, manja(maybe), rodi, paktam, adib, alim, siti, cidot, rohana, badi(maybe), wiyah, rolini, dan semestinya aku!
haha. aku memang gila kuasa. [jebat lagi lah!]

dan kalau kau masih blur. biasalah tak kawad kan, otak tak panas. beku je. kan. haha.
suo--jebat. so jebat plis credit to me sebab naikkan nama kau di sini, ya. dan semua rank2 kembali kepada rank yang lama. alahai, aku nak cakap selindung2 pon takut kau tak faham. nanti sedih2 kata aku tak hapdet pulak kan.

tapi sayang sebab aku tak boleh nak sangat hapdet sebab aku tak masuk lagi padang kawad hari ini. sebab akademik lebih penting kot. annoying kan. tak lah. aku serius, pagi tadi kelas. kelas aku seminggu tiga kali. selasa, rabu, khamis. tadi dah khabar ke peg latih kita. dia okeh je. tak ada nak larang2. siap terkejut aku budak akaun. haish, entah aku tak faham. sudah lah tanya banyak kali masa kelas aku. nasib je sabar mengulang. chic sampai tersasul2.

hahaha. lagi ada apa ya. oh hah...perjumpaan dgn ayah besar. dia tegur budak2 kita yang berlumba2 membesarkan badan masing2. lepas tu macam biasa, ada salam perkenalan dari peg latih kita.

kasut kawad juga dah dapat yang baru. kumi, kau kena konfemkan bila tarikh kau datang. sebab aku rasa macam kami2 bertolak awal ke sana. risau jugak ni.

petang hujan. jadi tak banyak aktiviti. atau mungkin tiada. cuma malam, kelas makan malam regimental dgn ketua peringkat kita. seronok tapi aku hampir terlelap juga. mana taknya, buat dekat dewan makan yang beraircon, luar hujan pulak. haish, memang membantu untuk tidur. tapi seronok. teruja. takut. semua ada. messnite would be such great nite. hope.

dan tentunya.
saat kita cuma mahu sondol latihan pentauliahan kita, kita diingatkan oleh peg latih kita.
kita punya misi.
memastikan piala panglima tentera darat berada di dakapan kita.
kumi, tau tak time tu aku rasa semangat gila. barulah, "oh...sebab ini rupanya aku kawad!"

okeh, mi.
penat sudah. esok aku class dari jam 9 hingga 5 petang. so sori kalau tak dapat nak hapdet. untuk hapdet ini hari, kau hutang aku milo ais yeh. sehari satu. haha. tak salah pau orang kerja. kan?

ok dah2.
aku nak tidor. tadi ada masa tidor kat komplek tapi budak2 jawa rangers (ladies sahaja), tambah dengan chic dan paie yang boleh dianggap saudara angkat jawa rangers, kami dok galak bergosip. ala, aku tahu ahli jawa rangers yang lain (jijie&topik) nak masuk line. tapi cuma2 pasang2 telinga dari jauh je. haha. kantoi. ingat kami tak tahu.

weh mi. kau kena try lepak dengan bebudak jawa rangers ni. aku rasa kau tahan dengan gurauan kasar kami sebab dah 6 bulan duduk melepak melaka yang terkenal dengan kelongkangannya kan. haha. ok dah. habis.

ini hari selasa.
ini tarih 18 mei 2010.

1 ulasan:

  1. hehe,thankz kakin..t aq blanje ko milo ais tiap2 ari..aq ciap bagi yang handmade ag..spesel au..

    weyh..jebat suo..hebat la die..aku nak jugak!!ahha....aku kan giler pangkat gak(cni je kot aq ley nak berlagak nak)..kekasih ati aku xde bgtau pape pom..gtau dia bz coz da kene jd juo...niway, congrate kat semua rank yang dpt kepercayaan semua tuk jadi leader..proud of urself okay...

    BalasPadam

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.