Sabtu, 8 Mei 2010

masih sama.

kadang-kadang kita tak sedar yang sebenarnya rutin hidup kita masih sama.
sama macam semalam.
sama macam kelmarin.
sama macam sebulan lepas.
sama macam tahun lepas.
dan sama macam 5 tahun lepas.


dan kita. manusia yang selalu menidakkan. hanya tahu, "tak! kita tak begitu. kita tak begini"
tapi jujurnya, apa yang kita tahu?


orang lain yang pandang kita mungkin faham siapa dan apa kita sebenarnya. walau tak selalunya betul. tapi sekurangnya 85% adalah betul. tak percaya?

cuba tanya sesiapa.

kalau anda adalah seorang yang mudah diduga. dan jawapannya akan 150% adalah betul.
tapi kalau anda tidak mudah diduga. selalunya peratusan itu akan fleksibel.

orang yang tidak mudah diduga selalunya tak punya hati yang kukuh. nekad.


contoh manusia seperti itu adalah AKU.
jadi mari kenali manusia bernama AKU.


satu2 masa mungkin aku akan jadi sangat suka akan sesuatu perkara.
dan boleh jadi juga aku akan jadi sangat TAK suka akan sesuatu perkata.


itu fleksibel.


bukan tiada pegangan hidup.
cuma perlu diubahsuai mengikut masa dan keadaan yang sesuai.
kadang aku tak kisah aku dimaki, dicerca.
dan kadang aku akan jadi sangat marah bila terkena.
aku juga bukan manusia yang mudah terima.
dan terpaksa akur dengan kenyataan bhawa semua manusia punyai hati.
ya. hati.
takkan kamu2 tak ada kan?


jadi kenapa tak bilamana aku cuba menjaga hati kamu2, akan dibalas dengan niat mahu menjaga hati aku juga. di sini aku mahu mengingatkan, bahawa aku juga punya hati. seperti kamu, kamu..atau kamu!

kalaupun tak mahu menjaga. punya niat pon jadi lah.

dalam hal kawan2 memang aku lemah. bukan semua orang boleh kita terima sebagai kawan dalam hidup aku. sesiapa yang selalu disamping aku, tak semestinya faham siapa dan apa aku. tak percaya?--cuba tanya mereka2. gelaklah. ya. mereka akan gagap.

tapi jugak.

bukan bererti dia faham siapa dan apa aku bilamana dia tahu siapa dan apa aku. seperti yang aku sudah khabarkan. aku manusia fleksibel. suka aku bukan fokus pada satu2 perkara. boleh jadi aku akan suka pada sesuatu yang aku sangat benci cuma dengan pujukan yang sedikit. sikit saja.

pernah juga aku khabarkan dulu. aku manusia sanggup mati dengan kawan2 yang aku suka. bukan membelakangkan Tuhan. bukan membelakangkan mamaayah kegilaan aku. dan bukan membelakangkan seluruh 6 insan istimewa dalam hidup aku.

sanggup mati.

bermakna aku sanggup buat apa saja untuk kawan2 yang aku suka.

sanggup ber-apasaja. sanggup percaya.

dan bilamana aku sudah letakkan rasa percaya aku. jangan sesekali kau jatuhkan ia. kerana nilainya amat tinggi bagi aku. mungkin kisah silam mengajar aku segalanya. aku cuma tak mahu ianya berulang. itu sebab aku tak mahu kamu2 main kan rasa percaya aku. aku mungkin naif sebab terlalu percaya pada kawan2. percaya yang kamu2 takkan mainkan rasa percaya aku. percaya yang kamu2 akan selalu bersama dengan aku.

atau mungkin. kamu2 mahu balas segala apa yang aku tak perasan, aku telah lakukan. jadi ini balasan?

tapi kenapa tidak dibilangkan saja sama aku. katakan, "ya! aku mahu balas dendam. kerna kau telah cincang lumat hati aku."

kenapa tidak?

aku juga manusia. aku juga bergelar kawan. kenapa aku tidak boleh jadi watak jahat. watak yang mana aku pijak rasa percaya orang lain. watak yang mana aku khianati orang lain. kan aku sudah bilang, aku fleksibel.

jadi pada satu2 situasi, aku adalah watak jahat itu.

*gelak*

dan situasinya, masih sama.

aku buat jahat, kamu balas.

kamu buat jahat, aku balas.

akhirnya tiada siapa yang akan untung. cuma keduanya akan rasa puas hati atau sakit hati. itu saja. dan apa yang boleh digelakkan lagi maha hebat. kau katakan kita masih kawan. kan. jadi aku mahu kata apa. kau sudah kata kawan. takkan aku mahu padam dan tulis di situ, musuh!

sebenarnya aku bukan lah jahat sangat. cumanya aku tak boleh terima bilamana kau tidaklah sehebat mana tapi cuba memijak manusia lain yang sehebat aku. hah. mungkin aku kalah bila masyarakat kata, kamulah terbaik. kamulah muslimah sejati. dan aku tidak bolh diikuti. perangai serupa mak tiri. dengan seluar skinny. ketat sana sini.

tapi inikan aku. sekurangnya aku hidup dengan tanggapan orang yang betul. orang bilang aku begini dan sememangnya aku begini. dan kamu? hidup dengan tanggapan orang yang salah. orang bilang kamu begini tapi alkesahnya kamu adalah begitu.

jadi yang mana baik?

berpura baik atau kau memang jahat sebenarnya.

aku rela memilih yang aku memang jahat sebenarnya. aku terima selagi apa yang orang lain kata tak menyinggung perasaan aku. aku jahat. so wat?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.