kali ini aku tak mahu kata tentang manusia lain. aku cuma mahu kata tentang aku. kisah aku. inilah aku. ke-anak2an. tak matang. ter-buru2. pentingkan diri. cepat melenting. tak mahu kesahkan perasaan manusia lain. sengal. dan segala sifat mazmumah yang lain.
bilamana aku sudah boleh mati demi kawan2 yang aku suka. rupanya aku buat silap yang paling besar dalam hidup aku. manusia yang tidak tergolong dalam kawan2 yang aku suka, aku ketepikan. aku makikan. aku biarkannya terhuyung-hayang. tak mahu hulurkan tangan aku untuk menyambut nya yang sedang jatuh.
aku biarkan dia.
biar.
ini rupanya aku.
inilah yang aku katakan orang lain lebih nampak siapa kita sebenarnya. lebih arif dari diri-sendiri. aku akur. aku salah.
MAAF.
hukumlah aku. makilah aku. herdik lah aku.
aku bukan kawan yang baik. tiba- tiba aku rasa sayu sangat. aku mahu kawan, tapi pada masa yang sama, aku khianati mereka. pembalasan kah ini?
sumpah. aku tak ada niat. biar aku yang sakit dari aku menyakiti yang lain. aku tiada niat.
mungkin kerana aku tak matang. tidak berfikir ke hadapan. lupa bahawa kamu punya hati. hati perempuan yang halus dan lembut.
sentuh perlu ada cara. dan maaf, cara aku kasar.
sebab aku bukan macam kamu. lemah gelamai segala.
maaf sekali lagi.
aku mahu niat sekali lagi.
dengan sesiapa pun manusia itu.
perlu jaga hatinya.
tidak kira dia manusia yang bergelar musuh ketat aku.
akan aku jaga.
akan aku berbuat baik.
tapi izinkan aku melenting bila ianya tak kena dengan aku. contohnya, jika kamu mengata aku. haha. lawak saja.
okeh. kamu kata aku, aku tidak luak. jadi aku akan biarkan. katalah sebanyaknya. aku redha.
dan sekarang, akan aku angkat kan kedua tangan tanda menyerah. wah, terasa senang dapat memaafkan dan teruskan hidup dengan girang. kalau beginilah rasanya, aku akan terus begini. memaafkan dan menyerah.
aku sayang kawan2 yang aku suka. kamu2 lah manusia terbaik yang selalu ada dalam hidup aku. nanti2 bila kamu2 tak ada. mesti sunyi gila. mesti senyap gila. dan masa itu, tiada lagi kata2 mengata atau usik2 dari kamu2.
haish. macammana rupa hidupnya nanti.
tapi apa2 pon. aku akan berubah. aku akan beri peluang. pada diri. pada orang lain. meski ingat bahawa dunia ini milik semua. kita tak biasa arahkan manusia lain hidup dengan cara kita hidup. okeh, aku akur.
selamat untuk semua.
selamat untuk kawan2 yang aku suka.
selamat untuk encik apa nama.
selamat untuk footballer UM.
selamat untuk hoki 5th.
selamat untuk palapes UM.
selamat untuk footballer selangor.
dan selamat untuk segalanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.