Ahad, 2 Mei 2010

baru ingat yang aku minat POH. huh.

ini album diorang yang dirakamkan di kampung aku. singapure. heee

gambar ni aku cilok. meh check sini.

Plague of Happiness ni setahu aku band tempatan juga. cume genre mereka lebih kepada ska. punk mungkin. entah aku tak pasti.
cumanya lagu2 mereka sedap di dengar. bagi yg layan masa zaman Gerhana Ska Cinta. memang ada jodoh dengan POH juga.

POH ya. bukan POOH.

untuk album mereka yang berjudul KAWAN.
sebenarnya banyak juga inspirasi aku dari lagu2 mareka.
itu sebab juga aku sayang kawan2 aku. kehkeh.

aku mahu suggest beberapa lagu. even semua lagu dalam album diorang pon best.

1. kawan.
2. konspirasi.
3. viva la punk.
4. malam.
5. southern suburb.
6. blitzkrieg society.

sebab apa?

okeh. lagu kawan itu simple. tapi kalo telinga korang tak boleh terima, gua tak boleh buat apa lah kn. aku kan suka kawan. so lagu kawan memang sangat thumbs up!
dia punya lirik pon awesome. nanti2 aku upload. sekarang aku cuma mahu preview. or mungkin ada kat bawah. try check. hehe.

konspirasi. cari saja guna enjin carian google. cuba dengar di youtube dia punya acoustic yang diorang main masa kat UNITY gig. seyes suara nas sedap.

hah. untuk viva la punk. lagu ini dulu aku dedikasikn buat CI. sebab dia suka cakap kita2 ni lopong. so. bila aku dengar lagu ni. aku terus teringat. la punk= lo pong!
heh.

malam. membuai betul. nostalgik. sedap nak mati. mesti dengar punya lagu. suara nas pon sedap. lagu pon sedap. heh, kau kalau dah suka. puji menggunung. tapi seyes, sedap!

southern suburb dengan blitzkrieg society. lebih kurang. stok hangguk kepala juga. nak kasi hilang migrain pon okeh. nanti aku nak bagi cik mun dengar.

itulah antara lagu2 yang tangkap aku. tapi sayesli. semua lagu diorang best. aku nak senarai semua pon, takut tak tahu nak bagi alasan kenapa aku suka. sebab alasan semuanya lebih kurang. atau sama!
sebab semuanya sedap2 belaka. kalau boleh makan, dah hadam dah.
aku ada semua lagu diorang. then, baru aku ingat. diorang kugiran yang kedua aku minat selepas Linkin Park. pergh. macammana aku boleh lupa yeh?

mahu tahu lagi pasal diorang? search saja di google.
ataupun mari stalk myspace diorang. tekan sini, ya.

oh lupa. ni dia lirik kawan.

aku memang tak reti
tunjuk engkau semua menari
tapi engkau tak usah henti
pandai takkan datang berlari
mimpi aku tak semua indah
semangat rakan janganlah pudar
hidup memang banyak kerenah
cerewet hidupmu akan susah

janganlah berundur
ini bukanlah masanya
tak kuasa aku menghadapi ini semuanya
sendirian begini
tak mampu berdiri tinggi
tanpamu di sisi
wahai kawan

satu lagi nak pesan
busuk hati janganlah simpan
nasihat untuk rakan dan taulan
simpan semua jadi panduan
sudah 24 tahun
ilmu di dada aku susun
kalau berkat tak datang turun
sampah sarap datang berduyun

gila kan lirik dia. eh. ini bukan lirik. sampai berduyun je tadi. lepas tu korang nak ulang banyak kali ke, suka hatii. hati sendiri kan, aku nak sibok buat apa.
eh lupa. lagu tiada idea pon ok. hai, aku masih mahu bagitau semua tajuk kan. tapi POH memang best. nak buat macammana.

nak lagi best. adjust tengok youtube time 3-5 pagi. kalau di um la. sebab time2 ni la youtube laju je jalan. seyes tak tersekat. bolehlah tengok semua video dan dengar lagu Plague of Happiness. nak download lagu diorang kat 4shared.com pon laju.

eh sepatutnya time2 macam gini,kita ngaji. oh ok. sori.

ok dah. sepatotnya aku habiskan. babai. jangan lupa berkenalan dengan Plague of Happiness okeh.

p/s: sedap maksud aku sangat terkira sedapnya!


2 ulasan:

  1. tgah cri post 1st love ko ni tp ak jmpe ni.. poh ni genre dio ska punk. ak ske lagu lama dio btajuk lepaskan. try dgr, masyukkk..album terbaru dio terbaik la. ak dpt poster n signature grup dio mase ak bli cd kat gig dulu..haha

    BalasPadam
  2. erm lepaskan best jugak.
    wahhh...poster? serius?
    best gila.
    ak tak pegi la gig2 ni bagai...nak rasa kena kejar ngan ayah aku, pegi la...hahaha...

    BalasPadam

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.