Isnin, 16 Ogos 2010

cinta lagu kita.

alunan gitar itu mengingatkan aku kepada sesuatu. dan setiap petikan gitar itu membuatkan aku makin ingat akan itu. oh you. ya, kamu. masih ingatkah akan lagu itu. kenangan itu. lagu kita. kenangan kita. ah, terlalu agung rasanya. untuk kembali kepada rasa itu mungkin ianya terlalu yang sukar. sangat sukar. kita masing2 sudah selesa dengan haluan masing2. tiada lagi ikatan yang bisa menyatukan kita. dan mungkin kau sudah terlalu biasa dengan kebiasaan itu. dan aku. kadang2 masih mengharapkan kenangan itu berulang kembali.

bodoh kan.

orang kata, Tuhan sengaja temukan kita dengan orang yang salah terlebih dahulu sebelum dijumpakan kita dengan sebenar-benar jodoh kita.

tapi bagi aku. even kau bukan jodoh aku. aku takkan anggap engkau itu orang yang salah. kau tetap perkara terindah yang aku pernah tahu, aku ada. tapi sudah jodoh kita tak panjang kan. mungkin aku akan jumpa orang yang lebih baik. dan kau juga.

tapi macammana pula kalau orang kata, lepas kan dia. dan jika suatu hari nanti dia kembali. itu jodoh kau!

*diam*

+
+
+
+
+


samaada aku mengharapkan aku akan berjumpa dengan jodoh aku atau aku mengharapkan yang engkau akan kembali. hahaah...
aku sendiri tak pasti.

selagi tiada mana2 manusia yang bisa membuatkan aku jatuh hati lagi seperti apa yang kau mampu buat. aku mampu kata apa?

masih ingat tak pertemuan kita kali pertama?
aku lemah betul jika datangnya bulan puasa.
bulan mulia ini yang jadi saksi kita bertemu, kan.

dan tika raya, kau sangat suweet dengan baju melayu ungu. dan mungkin, sejak itu ungu merupakan kaler kesukaan aku. kaler itu jadi terlalu indah. dan rasanya terlalu banyak entri yang aku khaskan untuk kau. tipulah kalau aku tak harap kau baca, kan. tapi sebagai apa?

dan nyata. ianya sia2.

sudah aku khabarkan pada hati. lupakan. lupakan. lupakan.

tapi apa boleh buat. puasa datang setiap tahun. bilamana nak berpuasa, aku teringatkan detik itu. dan apa lagi bila tempat itu tempat yang aku selalu lalu?
okeh, nonsense. supposeli bila berpuasa, ingat Tuhan. aku ingat. cumanya, kau jadi benda kedua yang aku akan ingat bila tiba bulan puasa.



masih ingatkah?
atas benda inilah kita dipertemukan dan bermain chinta kali pertama. tahu tak, dulu aku fikir...kau budak bandar yang pulang ke kampung. gila kelakar. mana taknya, aku tak pernah jumpa kau. dan sejak itu juga, kita mula kenal di sekolah. aku tengok kau. kau tengok aku.

seriesli itu semua kenangan terindah. dan jika bisa aku suarakan. aku sangat berterimakaseh sebenarnya pada kau yang pernah kasihkan aku. moga segalanya menjadi sesuatu yang tetap indah. sampai mati.

aku tak patut minta segalanya berubah. aku tahu kau selesa dengan dunia kau. dan aku apatah lagi. aku gembira dengan hidup aku sekarang. dengan kawan2 yang sangat cool. semua nya baik2 saja. untuk pengetahuan kau juga, aku sudah pandai berkawan. lihat lah. kawan2 aku mula ramai. aku mula sedar yang kawan itu perlu ada. dan kita juga kena selalu senang dengan mereka2 ini. jadi istilah sunyi, bukan pegangan aku sekarang.

jika kau kembali, itu satu anugerah. tapi aku tak mahu kegembiraan dan kebahgiaan di atas kesusahan dan keperitan hidup orang lain. aku tahu kau dengan dia sekarang. dan aku sudah bukan siapa2. akur. ini takdir buat kita. dan jodoh itu bukan ikatan untuk kita.

moga kau baik2 selalu.
moga ketemu lagi di pagi raya.

aku sudah kuat.
aku sudah takkan jatuh lagi.
even kita kena jumpa setiap pagi raya.
aku sudah boleh tahan lihat kau senyum.
even senyum kau terlalu manis.
aku sudah boleh tahan bicara sama kau.
even dalam hati masih ada debar.

tapi aku akan usaha.
sebagaimana aku tahu kau usaha.

selamat hari kekasih untuk kau.
selamat hari kekasih untuk aku.
selamat ulangtahun perpisahan kita.

jangan kasi aku jumpa kau punya fb.
nanti aku bisa jatuh hati lagi.

tapi kalau kau mahu,
selamat jumpa aku yang baru.


7 ulasan:

  1. tak habis dgn kesah dgn jari. tolong lah move on!

    BalasPadam
  2. aku dah lama move on. tapi tak salah kalau aku nk mengenang kan. dia tak luak. aku apatah lgi.

    sekurangnya ak pernah ada cinta yang aku anggap paling indah. kau ada?

    BalasPadam
  3. ak tak minat ok.

    herm, fine. ak mmg tak ada something2 yang mcm ni. tapi at least hidup ak xde la asyik sunyi sepi. asyik teringat2.

    tolonglah

    BalasPadam
  4. jangan nak gadoh di khalayak ramai ok. leave me alone, boleh?

    BalasPadam
  5. alah kau. ak main2 je. penah ke ak kacau cinta ko dgn jari? tak kan?

    cakap sikit nk touching2 lebih pulak.
    kawan kn.

    BalasPadam
  6. alah kau. ak main2 je. penah ke ak kacau cinta ko dgn jari? tak kan?

    cakap sikit nk touching2 lebih pulak.
    kawan kn.

    BalasPadam
  7. sebab kawan la aku tacing beb. apasal kau tak faham aku.

    blah ah.

    BalasPadam

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.