Isnin, 21 Februari 2011

jangan hapuskan cinta.

bebaslah sayangku
pergilah kasihku
terbanglah cintaku
ke mana arahmu
ke mana tujumu
destinasimu
aku tak kesah
kerna cinta itu
masih di sini

banyak orang jatuh pasal cinta.
banyak orang naik pasal cinta.

kenapa aku sebutkan 'jatuh' dulu?
sebab aku rasa, kalau pasal cinta memang akan timbul masalah. naif kan. tapi aku rasa betul apa. even kau sebenarnya rasa kau tengah naik, what i mean is kau tengah bahagia lah kan. itu sebenarnya permulaan kau sedang jatuh. pasti akan sakit. pasti akan merana. itu sebab juga aku pernah dengar, jika kau dah bersedia untuk dilukai, barulah kau betul- betul bersedia untuk bercinta.

orang yang kau sedang cinta sekarang. bukan bermakna dia yang kau akan kahwini. jangan bongkak untuk keluarkan statement yakin macam tu. jangan sesekali. sebab nanti bilamana kau sudah ditinggalkan, kau akan benar- benar sakit. manusia, kita bukan boleh baca hati dia. lelaki atau wanita. kita tak tahu apa yang dia nak dalam hidup dia.

satu2 masa, kita rasakan diri kita betul- betul dicintai dia.
satu2 masa, kita rasakan diri kita betul- betul mencintai dia.

tapi jujurnya. TIDAK!

tepuk dada, tanya sejauh mana kau sanggup lakukan sebab cinta kau itu.
dalam dunia sekarang, apa2 je boleh jadi. kau boleh ditinggalkan dengan cara baik. juga cara paling kejam.

aku bukan manusia yang selalu saja nak tepuk tangan bila nampak orang putus cinta. tolonglah, aku takkan sekejam itu. cumanya, teori yang aku pakai. memang begitu. selagi kau belom kahwin, untuk apa kau rasakan cinta kau itu adalah yang paling agung? yang paling boleh tahan lama?

bukan semua orang nak kahwin awal. bercinta dalam waktu2 sekarang, memang tak menjanjikan apa- apa. atau mungkin, memang kau sudah rancangnya untuk tunggu dua atau tiga tahun. tapi kau yakin segalanya akan berjalan baik dalam nak ke dua atau tiga tahun itu?
hati manusia kita tak pernah tahu. kalaupun cinta seutuh mana pon. kalau sudah sekeliling kau tak izin, tiada gunanya juga. kau fikir senang mahu kahwin awal?

jangan hapuskan cinta
jangan leraikan hati
buang segala prasangka
kerna cinta tak akan mati

haah. memang cinta tak akan mati. sebab apa? bila kau sudah putus cinta. kau pasti akan jumpa pengganti. pasti. Tuhan sudah tentukan siapa jodoh kita. dengan siapa kita bercinta juga, Dia sudah aturkan. akur sajalah. jangan sebab cinta yang putus itu, kau jatuh. kalau jatuh tersadung, tak apa. sakitnya sikit. kalau jatuh terduduk pon kira ok lagi. tapi kalau jatuh bangunan 17 tingkat, pasti mati.

jadi jangan cuba2 jatuh.

jangan bunuh cinta itu
jangan padamkan dari dirimu

kalau kau pilih setia. aku akan salute kau.
jangan pernah salahkan cinta.
jangan pernah maki kekasih lama kau.
jangan pernah hamun rasa hati kau.

sebab cinta adalah sesuatu yang paling indah. jangan digunakan untuk maki hamun. ok.

p/s: sorang kawan aku baru putus cinta(aku rasa). tapi dia cool. dia setia. aku doakan dia ok2 saja. jangan jatuh. semua rangkap yang italic itu adalah lirik lagu jangan hapuskan cinta. dari SOA.

2 ulasan:

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.