kejab aku tengok tangan aku balik.
wah!
dah kering.
tapi serius sakit gila masa letak benda alah CNI ni tadi. btw, entri aku macam promo kan CNI tak? sebenarnya korang tahu tak CNI ni apa? kejab eh aku bacakan nama penuh dia. CNI Nutrimoist. heh, dia memang tak ada nama lain. sesiapa luka nanti, boleh mintak kat aku ok. tapi percuma tu tidak lah. paling murah pon, kau kena nyanyikan satu lagu dekat aku dengan gitar. akustika lagi.
ini pon nasib makcik aku ada lagi krim ni. sebab aku punya entah mana. kali terakhir aku ingat, aku bagi eji sebab dia eksiden dulu. tapi aku rasa itupon dah nak habis. untuk pengetahuan korang jugak, harga CNI ni mencecah 45 hengget. korang pergi je farmasi. tanya krim CNI. konfem dia bagi.
kejab aku tengok tangan aku.
wah!
dah keluar air.
itu petanda baik. dengan kuasa Allah, esok lusa baik lah. aminn.
cuma aku terfikir ah kan. banyak kali dah aku eksiden. apa agaknya yang Tuhan nak kasi tahu sama aku? aku lambat sikit, aku tahu. tapi aku cuba fikir. iyalah, manusia mana tak banyak dosa. mungkin Tuhan mahu bantu aku insafkan dosa2 aku. mungkin Tuhan mahu bantu aku dengan berikan aku peluang kedua.
aku yakin Tuhan masih sayangkan aku.
aku juga begitu.
insyaALLAH, selagi terdaya. aku cuba. aku akan benar2 cuba. aku tahu Tuhan selalu bersama aku. dengan adanya famili aku. kawan2 yang aku suka. aku akan cuba.
aku takkan sia2 kan peluang ini. aku cuba.
luka kat hati bleh pakai cni x?
BalasPadamalamak. lupa nak bgtau.
BalasPadamCNI untuk luka luaran je!
sori. hahahaha