Ahad, 13 Februari 2011

mengelamun

drive safely.


don't drink and drive
.

itu kata orang yang minum minuman keras. kalau aku yang konfem tak minum ni, boleh je minum sambil bawak kereta. tapi air mineral ah. atau paling tidak pon, air coklat shake. atau paling tidak, chocolate rich dari strawberi field. weh2, bukan nak cakap pasal air lah!

frasa yang don't drink and drive itu patut ditukar kepada don't daydream and drive!

seriusli jangan!
aku tak pasti ah aku ni jenis macammana kalau tengah memandu. terlalu asyik atau apa ntah. aku nampak jalan. aku nampak kereta sebelah. aku nampak meter laju aku. aku nampak lampu seat belt aku yang liplap sebab aku tak pakai seat belt. haha.

tapi,
aku boleh terlepas simpang.
aku boleh terlepas tempat rehat dan rawat.

aku ingat itu cuma sekali sekala. tapi bila difikir2 balik, makin menjadi- jadi. sekarang, aku jadi trauma kalau drive. bilamana tengah drive, mesti kena sembang dengan orang. kalau tidak, gejala2 macam tadi tu mulalah menular.

kalau dibiarkan, mahu parah.

kadang2 aku bernyanyi je pon.
kadang2 aku berfikir mahu buat apa selepas sampai je pon.
kadang2 aku....

aku tahu terlalu banyak benda aku boleh buat even tengah memandu. bukan nak berlagak. tapi aku rasa aku boleh adapt. even tengah drive, aku boleh balas mesej. boleh pakai seat belt, itupon kalau nampak polis ah. boleh kira duit nak bayar tol. boleh kutip duit kat bawah seat. boleh tukar channel radio.

tapi aku jarang makan kalau drive. tak pernah kot. aku tak berapa suka nak kotor2 pegang stereng. melainkan berhenti kat lampu merah, aku makan kejab ah. sebab aku suka makan. tak tahan ah tengok je makanan kat sebelah kan. haremm...

ok tapi itulah. jangan mengelamun. bahaya.
aku dah pernah terbuat sampai ke alor setar.
sampai ke singapura juga pernah. masa kat singapura tu plus mengantuk. itu yang makin tak boleh blah. sudah lah follow kereta incik ayah kat depan. lorong laju. ke kiri ke kanan aku bawa. tapi itu berat kepada mengantuk sebenarnya. bayang ah berapa jam aku bawa dari klang sampai ke singapura. cuma nasib pengguna jalanraya kat sana bukan samseng macam negara kita ah.

termengelamun sikit, bagi lampu tinggi.
harem sungguh!

kadang aku saja je lambat2 blah dari line laju tu.
apahal kau nak laju2 kan. lepak sudah.

ok apa2 hal. jangan mengelamun dan memandu ok. bahaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.