Ahad, 21 Februari 2010

doa kekal dan bahagia.


banyak kali dalam hidup kita takkan jadi seperti mana yang kita rancang. segalanya Tuhan yang tentukan. dan jika ianya terjadi sepertimana yang kita seudah rancang, maka bahagia lah hidup. jangan lupa bersyukur. jika ianya terpesong sedikit, cuba betulkan yang mana mampu. dan untuk entri kali ini. aku mahu bercherita. sebuah kesah chenta.

aku punya teman. kami sepupu. sebaya tapi dia label kakak sedara aku. tapi tiada istilah kakak untuk dia. rasa macam jurang pulak. kakak tu supposely matang. tapi dia tak. haha. ah, bukanlah. kakak itu sangat berbeza. aku tak boleh panggil dia kakak. pelik. geli. haha. yang aku suka gila ni kenapa? ok, sambung cherita.

nama dia fateha. simple gila nama. senang kekasih dia nak akad nikah nanti. dia ni seorang yang bagi aku, sangat tabah. dia sedih, down, dikecewakan, banyak lagi...tapi dia tak pernah nangis depan aku. aku tahu dia sedih. aku tahu dia susah. sedikit sebanyak kisah hidup dia buatkan aku lebih menghargai hidup aku.

untuk cerita kesah hidup dia yang lain rasanya tak perlu. cuma yang aku mahu highlight kan di sini. dia sudah berchinta. lagi. hehe. aku doa supaya dia bahagia.

kekasih nya orang tawau, sabah. namanya fikri. jadi bila bersembang, aku tak faham apa yang mereka sembangkan. lagi2 bila si kekasih hatinya sudah berjumpa temannya, si shukri. mereka cuba cakap melayu tapi serius kelakar. jadi baik tak usah. bila sudah apa yang mereka katakan, aku tak faham. aku cuma diam. cuma sesekali tergelak.

dan ini juga terjadi kepada semua orang yang aku baru kenal pertama kali. aku jadi hilang punca.
jadi kebanyakan teman yang sudah punya kekasih, bila dikenalkan pada aku. ianya tak masuk. aku dengan kekasih mereka tak boleh get long. bukanlah aku mengharapkan apa sangat. cuma bukankah bila kamu berchenta dengan kekasih kamu, kamu akan bersahabat dengan teman2 nya juga. menerima dia bermakna menerima teman2nya.

bukan mahu mengada. bukan mahu meminta.
ini bukan perkara yang besar sebenarnya. tapi ini kenyataan.

kalau takat kau nak berchenta dengan kekasih kau dan bila duduk lepak bersama teman2 kekasih kau, kau hanya mahu berkepit dengan kekasih kau?
wadefreak.
aku benci macam ni.

itu sebab aku syaratkan pada bakal kekasih aku. jika mahu berchenta dengan aku, mari juga berchenta dengan teman2 aku. haha. naif kan.
peduli apa!

nasiblah ummi berchenta dengan manusia yang aku kenal.
[hah, apasal nak masukkan statement ini pulak! bodo.]

entah. ini persepsi lelaki mungkin.
aku berchenta dengan dia. kawan dia apahal nak lebih2.

oh, habis nanti bila sudah timbul masalah. halilintar melanda hubungan korang, baru nak cari aku lah?
heh, ingat aku apa?
tempat persinggahan?
rehat dan rawat?

wadehel.

hah, tapi yang ini okay. mungkin ini pilihan fateha yang tepat.
kami bersembang baik. shukri pon lawak nak mati. oh, everything was okay then.

aku berdoa sangat untuk kebahagiaan dan kesejahteraan hubungan dua merpati sejoli ini.
hubungan yang sederhana mungkin akan berjaya.

tapi jangan sampai kau pergi sabah tak bagitahu aku sudahlah!

ini yang dikatakan cinta. mungkin kita ditemukan dengan chinta yang salah sebelum bertemu dengan chinta yang betul dan tepat. dan hanya dengan yakin, mungkin dia adalah insan yang tepat untuk kamu. cuma datangi hubungan kalian dengan chinta yang benar dan berkat, okay.
weyh, tengok kau senyum. bahagia sangat ke apa.

*senyum*

oh, ya. aku terpaksa blur kan sikit muka kekasih dia ni, atas permintaan. bahaya katanya.
dan mungkin selepas ini aku perlu menuntut dengan along. kena faham bahasa sabah. kalau tidak, aku kena kutuk dengan si fikri dengan shukri ni pon aku tahu. gelak saja. macam bodo.

weyh korang perasan tak entri aku sejak kebelakangan ini hanya pasal chinta. macam gedik gila. entah kenapa. nak kata aku tengah berchinta, jauh sekali. nak kata akan datang chinta, tak sure. rasanya tak. kenapa hah?

Sabtu, 20 Februari 2010

rasa lebih baik.

persetankan semua apa yang manusia lain mahu kata. yang nyata kamu tetap tidak akan luak. berat badan kamu akan masih sama. tiada lemak yang akan hilang. jadi, apa susah?

hati?
tidak kesah jika hati tidak dihiraukan sebentar. semua pun boleh berpura. jadi kenapa kamu tidak?
jangan terlalu ikutkan hati. nanti mati. sendiri sakit, manusia ini kejam. tidak akan hirau rasa apa hati kamu. jadi untuk apa?

menyusahkan bukan.

hipokrit kalau aku kata. aku masih aku. sesekali aku berlakon juga. kita perlu sesuaikan diri apa. jika kita hanya mahu ikut kepala. siapa yang mahu dekati kamu. siapa yang mahu sokong kata- kata kamu. bukan mahu menyokong yang suka hipokrit. tapi itu nyata hidup. hidup ini bukan kita sorang. banyak lagi manusia. banyak lagi ragam.

cumanya, kita hanya mampu kadang- kadang berlakon. setuju dengan suatu keadaan. setuju dengan suatu pernyataan. yang kadang2 juga, kita rasa tak patut. tak patut berlaku. tak patut dinyatakan. kalau aku, aku cuma mampu tersenyum tapi mencaci di dalam hati. kita tak boleh nak terlalu jujur dengan manusia yang hatinya batu. yang mana semuanya, segalanya hanya dia yang betul. kita yang berhati fleksibel ini perlu, kena beralah. berlakon yang kita setuju.

inilah yang dikatakan normal.
itu yang aku cuba jadi. normal dan neutral.

tapi biasalah manusia, kan.
sejauh mana mampu tahan.
aku manusia baran. kejam.

jadi aku tak biasa tahan lama.
akan datang juga tarikh luput aku.

dan bila ianya sudah sampai, aku akan kembali menjadi aku.

semua orang mahu masuk surga. tapi tak siapa mahu mati.
habis tu, macammana?
semua nya pun mahu play safe. tak mahu berubah kepada sesuatu yang mendatangkan susah pada diri dia. manusia semacam ini jenis yang tak mahu fikirkan status manusia laennya. cuma pentingkan diri. dia juga tak mahu susah. hanya idamkan yang senang2 belaka.

aku pun kadang2 begitu. sebab itu adalah normal.

dan aku akan kembali seperti aku jika aku tersedar. yang mana maksudnya aku tidak normal. tapi aku yakin setiap manusia akan punya sikap tidak normal ini di dalam diri masing2. walau tidak banyak. walau cuma secebis. tapi tetap ada.
tapi juga, kalau hati sudah hitam. diri sudah tidak serupa manusia. apa yang dirinya nampak cuma impian dirinya. dan impian manusia lain cuma sampah.
apa boleh buat?

dia akan tetap go on dengan pemikiran dia. dia bukan manusia fleksibel.
bukan.

jadi. kadang2, aku akan jadi aku. serius bosan bila cuba sedaya upaya menjadi yang lain. terpulang manusia laen mahu kata apa. cuma jangan disampahkan aku sudahlah.
jika mahu aku berubah, come see me and talk face to face. jangan khabarkan buruk dan busuk aku pada seantero dunia. sebab aku juga punya malu.

khabarkan ke aku, ya.

usah berteman tapi mesra. berteman yang sungguh2.

sudah aku bilang, banyak kali dalam hidup kita tidak seindah seperti apa yang kita selalu rancangkan. kita mahu begini, jadinya begitu. dan bilamana kita mahu sangat begitu, jadinya pula begini. inikan kehendak Tuhan. siapa mampu lawan?

kawan yang sangat rapat tanyakan pada aku,
bila kau nak ada kekasih?

aku katakan,
nanti2 lah. lagipun aku masih belum puas sendiri.

dia menempelak. katanya, sudah 22 kot. nak tunggu apa?

lucu lah kawan aku yang sorang ini. apalah masalahnya kalau sudah 22 sekalipun.
apa sudah tamatkah dunia?
sudah tak bolehkah berpoya?

aku masih aku, kan.
kalau Tuhan kata aku bertemu jodoh umur 40. then, 40 lah.
dan bilamana aku masih 22. sudah tentulah aku masih sendiri. tapi aku tak mengharapkanlah bertemu jodoh bila berumur 40. itu hanya misalan.

mungkin aku lebih suka play safe. aku sudah cukup selesa begini. berteman tapi mesra. jujur aku cukup selesa. jadi untuk cari seseorang yang punya kredibiliti sebagai kekasih aku sangat payah kot. mungkin orang kata, kenapa tidak cari pengalaman dulu? try la bercinta dengan sesiapa.

woi, ingat aku apa?
nak maen try2. wadefreak. itu bukan cara aku. biarlah manusia laen kata aku naif. bodoh. skema. atau apa saja.
cuma yang pasti. aku akan bercinta bila benar2 aku cinta. bodoh. ingat cinta boleh buat main2?
tapi ada betulnya kata teman aku. bercinta ni kurang lebih seperti kerja. ada yang part-time bukan. so begitulah. mahu cari pengalaman katanya. hah, kelakar.

tapi jelas2 aku pun bukan jenis manusia suka part-time. jadi tiadalah istilah bercinta part-time juga. so, aku tak payah mahu libatkan diri.

selamat.

ya, aku memang suka play safe. ini lebih baik dari biarkan hati luka dilukai. haha, lagu pulak.

untuk kawan aku yang sangat caring,
jangan risau. suatu hari nanti aku akan bertemu juga dengan kekasih hati aku. jangan risau bahawa aku akan sorang. aku sudah terlebih biasa. kawan kamu yang satu ini pandai berdikari. rock saja okay.

sebenarnya dia risau lah tu. aku masih sorang. dia pula sudah bahagia bercinta dengan kekasih dari sabah. hah, jauhnya aku nak mengantar nanti. haha. tapi serius. kau dengan kekasih kau memang sweet2 lala. bukan sebab dia belanja air tadi. ini ikhlas. dan dia bijak sembang dengan aku. aku nampak dia budak baik. insya-ALLAH lebih baik dari kekasih lama kau. aku doakan untuk korang ya.

aku bahagia kalau semua manusia di sekeliling aku bahagia. ikhlas.
aku takkan sendiri kalau korang2 masih ada.

sayang korang sampai mati.


Khamis, 18 Februari 2010

tolong suggest fb encik apa nama kat aku, boleh?

hah, kau.
tak habis2 menggedik.
cukup benci bila kau menggedik.

weyh, tapi bukan pada semua pon!
siapa kenal aku, tahulah empunya diri aku ini bagaimana.
aku bukan perempuan yang suka meggedik pada semua, ya. dan persetan semua kata2 nista kamu2 itu. aku peduli apa?

apa yang penting, aku tak luak, kan?
aku bahagia.

apa yang perlu aku buat sekarang. lebih kenal pada encik apa nama. tahu dia manusia jenis apa. tahu if dia juga punya hati sama macam aku.

haha.

tapi, macammana kalau semua kawan2 aku tak berapa kenal dia?
jelas sangat lah yang dia memang tak popular.

haha. gelak sama dia.

tapi if dia punya hati sama macam aku pun, mesti dia sudah usha2 tanya aku pada kawan2 aku, ye tak?
aku popular apa.[jelas perasan!]
bukanlah. maksud aku, kalau tanya pada mana2 budak palapes. sure mereka cukup kenal aku. nama aku satu2 nya di intake gorila utara.

ah, biarlah.
aku pernah dengar bilamana terlalu mengharap sangat, tidak akan kesampaian.

wahai diri, bersedialah untuk menderita sekiranya kamu terlalu bersedia untuk berjatuh chinta!

Isnin, 15 Februari 2010

kalau sudah malas, malas juga!


minggu pertama selepas cuti ini sudah ada dua mid-exam menanti. tambah dengan sibuk minggu projek military exhibition (MIEX), presentation, mahu fikir pasal segala bagai barang untuk tauliah, itu-ini-itu-ini.

aku punya planner pula entah ke mana.

dan semua kerja tak akan pernah jalan sekiranya encik M sentiasa mendampingi aku.
huarghhhh...
pergi kau!

berambus.

Ahad, 14 Februari 2010

selamat hari chinta.

ucapkata untuk penchinta2 setia di muka bumi Tuhan ini. aku bukanlah manusia yang asyik dengan chintanya. tapi tahun ini terasa terisi juga. dengan chinta2 dari famili yang panas(hot) dari rantau panjang. sebab kalau diikutkan sejak beberapa tahun yang lepas. hari chinta ini seerti tiada beza dengan hari biasa. sarcastik kan.

tapi tak apa. sekurangnya, aku sudah boleh adapt dengan something2 yang begini. jangan kasihankan aku. jujur, aku lebih suka hidup begini. sendiri. bukan tak mahu berteman. cuma masanya belum tiba mungkin. banyak kali dalam hidup aku, aku mahukan masa sendiri. terlalu banyak plan yang aku mahu laksanakan nya sendiri. aku manusia negative. bagi aku, kalau berteman mungkin segala apa yang aku plan, kurang menjadi.

"kau ni tak percaya dekat lelaki, ya?"

seorang kawan utarakan soalan ini. serius li aku terdiam.
sebenarnya, aku bukan tak mahu percaya. jujur, aku mahu.
cuma bila aku sudah bersedia untuk percaya, tiap kali itulah percaya aku di noda.
contohnya pada encik apa nama. aku percaya sikit2 aku mula suka dia. tapi tiap kali itulah. banyak benda negative datang. dia itulah, dia inilah.

jadi?

itu bukan salah aku kan. lelaki itu yang tak mahu aku percaya. sampaikan aku sendiri tak tahu apa yang manusia bernama lelaki ini mahu. aku masih percaya yang lelaki hanya mahu 'kecantikan'. percayalah mana2 lelaki yang tak mahu teman istimewanya chantek menawan?
tipu. dengan aku, tak usah tipu. aku sudah hidup 22 tahun. aku kenal macam2 jenis lelaki. walau aku sendiri belum khatam. tapi aku tahu. aku banyak memerhati. aku banyak membaca.

tapi aku cuma harap. dengan ishtiharnya hari ini hari chinta. biarlah semua orang berchinta dengan landasan yang betul. hindari hubungan terlarang. Tuhan tahu semua. jangan lah jadikan chinta itu landasan dosa, sebab chinta itu indah. sangat indah.

bukan aku tak tahu chinta itu penyebab segala masalah. cumanya, aku tak mahu ambil tahu. sebab ianya belum terjadi pada aku. dekat sekeliling tak usah cakaplah. setiap masa aku dengar pasal chinta itu, pasal chinta ini.

bagi aku yang masih fresh pasal chinta ini, aku begitu memandang tinggi chinta. itu sebab aku jaga cukup baik chinta aku. terimakaseh kepada kekasih lama aku yang tak pernah mahu rosakkan rasa chinta aku. kamu tetap terbaik. cumanya jodoh kita, tiada. doa aku akan sentiasa untuk kamu ya.

dan untuk kawan2 yang baru di'ujian'kan chintanya.

mungkin rasa yakin kamu2 pada chinta sudah kurang. tapi harus ingat bahawa semua itu kerja Tuhan. chinta, jodoh...itu semua Tuhan punya kerja.
aku sebenarnya tak tahu macammana mahu tenangkan hati kamu2 yang baru dipatahkan hatinya. sebab aku tak punya pengalaman. cuma dri pembacaan. itupun perlu sentiasa positive.
jadi, jika dari sudut negative...sumpah, aku tak tahu.

cuma aku harap, sempena dengan hari chinta ini. semua pasangan kekasih akan bergembira dengan kekasih masing2.

aku tak mengharapkan bunga.
aku tak mengharapkan candle-light dinner.

cuma aku mahu dia ada!

aku sudah bersyukur.

p/s: tapi bila ya?

kekasih dikasihi 3

kirim doa buat aisyah yang akan mendirikan masjid esok. kami sengaja datang awal, malam ini. mulanya ingat akan ada malam berinai. ala, macam majlis kahwin biasa. lagi2 kalau orang2 jawa sekitar rumah aku ni. tapi, malam tadi. tiada.

dia nikah pon belum. esok pagi katanya. dan suruh kami datang lagi esok. eh, cik yang bakal puan aisyah, ingat muka aku ni tebal sangat kah?

apa2pon. dua benda yang buat aku terkejut malam ini. rahsia yang memang semua orang pon tahu. cuma aku yang ketinggalan. belajar dan duduk di KL tak buatkan aku lebih tahu pasal semua benda. naif nya aku!

lagi tiada apa untuk dicherita selain aku sempat pulang ke rumah nenek untuk family gathering. kami pon makan besar!
dan esok ada sesi bergotong-royong membersihkan kebun nenek.


Jumaat, 12 Februari 2010

kekasih dikasihi 2.

banyak berfikir buatkan kita tak perasan something yang betul2 di hadapan kita. bulan ini, bulan februari. hujung minggu ini, 14 februari. bukan mahu bercherita pasal hari kekasih. tapi pasal dua kekasih yang akan disatukan pada hari yang aku rasa cukup istimewa. kalau satu dunia mengishtiharkan 14 feb sebagai hari kekasih dan kamu2 bakal disatukan chintanya pada 14 feb juga, kamu2 adalah manusia2 yang sangat istimewa kot.

semua orang juga akan meraikan hari anda.
erm, begitu lah kot.

tiba2 sahaja mood bertukar kan. kalau kekasih dikasihi bahagian satu bercherita tentang kecewa chinta. ini pula soalnya bahagianya chinta. bukan mahu mempermainkan. tapi inilah chinta. jika betul jumpanya, bahagia itu milik semua orang. semua orang.

jangan kecewa kalau anda dikecewakan sekarang. Tuhan hanya mahu menguji. bangkit, ya.

dan oh lupa.
aku mula kembali dengar lagu2 chinta. oh Tuhan, aku ni kenapa?
setiap kali aku masuk kereta, pasang radio, lagu chinta. aku rasa aku dah buka hotfm. tapi entah kenapa tukar balik ke sinar. konfius aku.
mahu kata aku tengah berchinta. tak kot. dengan encik apa nama yang tiba2 hilang. entah siapa yang culik. bosan dah aku cari !

apa2 pun tahniah buat kawan2 yang mahu membina masjid hujung minggu ini. doa aku akan sentiasa untuk kamu2. dan bertasbihlah chinta, ya. insya-ALLAH aku datang kalau kad korang sudah sampai ke rumah. tapi kalau tak ada kad pun, aku akan datang menyemak, ya.

so, hujung minggu ini. jemput datang walimatulurus AISYAH and her beloved future husband. nanti aku suruh dia upload gambar, and aku curi lah mana untuk paste kan di sini.


p/s: alamama, nak pakai apa hujung minggu ni?

Rabu, 10 Februari 2010

kekasih dikasihi.

banyak kali dalam hidup kita takkan berjalan se-sempurna apa yang kita rancang. inilah yang dikatakan, kita hanya merancang, Tuhan yang tentukan. klise kan. tapi nyatanya statement inilah yang perlu kita hadap tiap kali kita kehilangan punca.

banyak kali dalam hidup kita tak boleh nak kontrol apa yang jadi dalam hidup kita. waima kita sudah buat perancangan yang sangat terbaik. entri ini aku dedikasi kan buat dua kawan aku yang baru dipatahkan hatinya.

sangat nonsense.
tapi nyatanya inilah yang dinamakan chinta.
bila chinta kita dikhianati. kita akan marah dan fikiran mula tak tentu arah. apa saja yang dilakukan serba tak kena. semua salah juga akan diletakkan pada bahu pihak yang satu lagi. sampaikan apa salah atau kurangnya kita, kita dibutakan.

bukan aku mahu menyokong pihak aku. tapi kalau ada relevannya di situ. apalah salahnya.

boleh atau tidak kalau aku cakap, kamu dan dia cuma kapel. tidak mengishtiharkan apa- apa. dan secara relevannya, dia berhak memilih yang lain jika yang lain itu punya value added yang lebih daripada kamu. di sini, bukan mahu kata kamu atau pilihan dia yang tidak bagus. mungkin keduanya bagus. atau mungkin keduanya, sama.

pernah dengar satu kenyataan yang mana, kalau benar chinta itu milik kita. ianya tetap milik kita. tak perlu dicari atau dipaksa supaya ianya ada.
mungkin aku bukan manusia terbaik mahu menyibuk soal chinta kamu2. tapi aku terpanggil bila masing2 sudah salah-menyalahi.

mana perginya chinta kalian?
bukankah kalau benar chinta, kalian takkan paksa?
bukankah kalau benar chinta, kalian akan mahu lihat dia bahagia?

kalaupun ianya boleh menyebabkan hati kalian dipatah2kan. ianya kan chinta.
aku paling tak gemar manusia merendahkan chinta. bukanlah aku nak agungkan chinta ini. tapi bagi aku, ianya sesuatu yang suci. indah.

cuba tanya diri sendiri semula. jika benar kalian chinta. apakah ini yang kalian akan lakukan?
manusia yang penuh dengan chinta, waima dikhianati sekejam manapun. jika chinta itu ada, rasa dikhianati itu akan hilang juga. tak perlu lah hebahkan kepada semua bahawa kalian dicurangi. dan berhenti berkata. bahawa ianya adalah bukan salah kalian. kalianlah penchinta setia.

wadehel. tolong lah gelakkan diri sendiri.
kaji semula di mana letaknya chinta kalian.

mungkin aku bodoh sebab tak benci kekasih lama aku bila hubungan kami sepakat putuskan dulu. tapi perlu kah? tujuannya apa?
bukankah kalian dan dia pernah bersama atas dasar chinta?
jadi chinta itu pergi mana.

curang memang patut dihukum. tapi sejauh mana pula kita boleh pasti yang kita juga tak pernah curang?
pasti?

*geleng*

tak payahlah mahu berlagak setia wahai kawan2 yang aku suka sekalian.
kita masing2 masih kosong tentang chinta. kalau sudah dia bukan jodoh kita. doakan yang baik sajalah untuk dirinya. walaupun doa manusia yang dikhianati itu mudah termakbul. tapi untuk apa?
atau mungkin seseorang sudah mendoakan kamu sebegitu rupa. Tuhan saja yang tahu.

jadi jangan disalahkan chinta jika kamu dicurangi.
jangan disalahkan chinta jika kamu dikhianati.
jangan sesekali disalahkan chinta jika kamu dan dia sudah tiada hati.

chinta itu suci. hak Tuhan. hayati.

sedikit lagi nasihat. kuatkan hati. Tuhan hanya mahu menguji.

Isnin, 8 Februari 2010

kapel.

banyak kali dalam hidup aku mengelak untuk kapel.
sampai aku lupa antara sebab-musabab aku buat keputusan sebegitu rupa.
tapi bukanlah nak kata ramai yang approach aku atau apa. cuma aku sudah nampak peluang untuk kapel itu. dan aku mengelak.

semalam sebelum tidur baru aku sedar.
ini pun sebab ianya jadi di sekeliling aku lah.

nanti. aku nak tanya.
betulkah kalau kita kapel, kita lupa member kita?
sebab sibuk sangat dengan kekasih hati.
kalau dulu masa sekolah. manusia semacam ini sudah disabotaj habisan.
tapi sedang di uni ni, terasa tak boleh dibuat macam tu pulak.
atas alasan, kita sudah besar. habis belajar, kalau tak ada aral boleh kahwin.

jadi yang mana mahu diutamakan?
kawan yang selalu bersuka-ria atau teman hidup bersama mati berdua?

sebab kalau nak diikutkan. zaman uni sekarang, ke semua tempat boleh berdua. jadi, untuk apa ada kawan pun tak sure. cukuplah kalau ada kekasih hati seorang. kerna dikhabarkan, kekasih itulah yang akan bersama dengan dia walau apa sekalipun. tampak romantik.

mungkin dirinya yakin yang kekasih hatinya tidak mungkin akan tinggalkan dia. jadi hati kawan2 sudah tak perlu diambilkesah sangat. cukup sekadar sampingan2. kasihan benar kawan dia.

dan aku yakin. ini adalah antara sebab yang tidak melayakkan aku untuk berchinta lagi. aku takkan tinggalkan kawan2 aku. ini janji. kawan bagi aku adalah segalanya. even aku ada kekasih atau apa nanti, aku tetap kena ada juga kawan aku. hidup bukan untuk kekasih hati saja. bukan. jadi kalau kekasih aku nanti tak mahu terima kawan2 aku, pergi berambus. maaf, aku bukan pentingkan diri. aku manusia pentingkan kawan.

jadi taraf kawan pada aku memang sangat tinggi kelasnya. boleh dikatakan beruntung jadi kawan aku.

dan lagi, antara sebab aku tak kapel lagi. mungkin aku terlalu berdikari. tapi macam tak logik. sebab angah aku pun jenis berdikari dan punya self-esteem yang tinggi. tapi dia sudah punya steady bf.
kalau diikutkan, kebanyakan kapel ke sana ke mari berdua. bermotor atau berkereta. semua berdua. then kalau aku kapel macammana?

aku sudah terlalu biasa lonely ranger. ke sana ke mari sorang. tak perlu minta kebenaran sesiapa. tak perlu tanya atau report pada sesiapa. aku bebas.
tapi bukanlah mahu kata yang bila kamu kapel kamu tak bebas. seronok apa keluar berdua. boleh pegang2 tangan. tambah2 dosa. kan.

aku bukan manusia yang terlalu baik. tapi cukuplah sekadar aku menjaga batas pergaulan aku. walau aku duduk jauh dari mamaayah. haha. jauh la sangat, kan. tapi aku kena jaga juga nama baik mereka. untuk pengetahuan, parents kegilaan ku itu public figure. jadi, kalau sedara2 terjumpa aku berdating dengan kekasih. apa akan jadi?

bukan aku takut untuk dengar apa yang mamaayah aku akan cakap. aku tahu mereka takkan menembak aku sesuka hati. cuma aku risau sedara2 itu akan membuka mulut kepada yang lain.

"Eh, kau tahu...anak Hj Din tu...potpetpotpet..."

macam tu lah.
mamaayah mana yang tak percaya anak nya?

jadi mungkin itu sebab aku mengelakkan budaya kapel ini. sangat naif. tapi aku rasa bersyukur juga. tak perlulah nak menambah2 masalah yang sedia ada. kan.

bukan juga aku cakap kapel ini membawa masalah.
tapi kalau sudah bersama kan. mula2 memang segalanya manis. tapi bila sudah lama. sudah khatam tabiat masing2. setan itu akan mempengaruhi manusia yang lemah ini juga. jadi sebab ambil kau lambat pergi kelas pun, kau nak muncung sedepa. bengong. sapa suruh kau suruh kekasih kau jadi driver kau!

ini satu masalah pompuan. tak reti nak berdikari. kau ingat kau pompuan, kau keje duduk dapur?
ehem, keje duduk dapur pun at least kenalah pandai naik basikal atau apa. mudah nak pergi beli sayur. ini tidak. beli perencah adabi pun kau nak suruh kekasih kau pergi beli. nonsense.

oh, mungkin itu romantik.

wadehel. tapi terpulanglah. setiap manusia punya prinsip hidup masing2. kalau aku, sampai bila aku nak utamakan kawan2 aku, kan. suatu hari nanti aku akan jumpa kekasih hati aku juga. samaada aku akan buat seperti mana yang manusia lain buat atau aku dating ajak kawan2. haha. itu belum tahu. tapi hope ianya takkan mengundang kehancuran hati mana2.

sebab sudah beberapa tahun ini. jatuh bangun aku bersama famili, adikbradik dan kawan2. kalau seorang yang bernama lelaki tiba2 mahu mengambil alih segalanya tanpa belas kepada mereka yang telah banyak berbakti kepada aku. aku mahu hadiahkan dia sebiji penumbuk.

jadi kalau mahu kapel dengan aku. siap sedia untuk menjalani kehidupan sebagai separuh daripada aku. siap sedia untuk terima siapa famili besar aku. siap sedia untuk terima burukbaik kawan2 aku.dan yang penting siap sedia untuk terima manusia bernama aku.

tapi nonsense lah.
aku pun jenis manusia yang tak pandai nak berchinta2. ini semua salah kekasih lama aku sebab dulu masa kami berchinta. tak sempat nak keluar dating. tak sempat nak belajar berchinta. jadi, aku kurang ilmu2 sebegitu.
jadi aku harap sangat. bila aku sudah tidak punya sesiapa nanti, mamaayah akan buat pilihan yang terbaik.

ya.
aku kan terima apa saja pilihan mamaayah. sebab aku tahu mereka lebih tahu. ini bukan berserah. tapi mungkin berchinta selepas kahwin itu lebih menarik. halal kan bagus.

jadinya, untuk apa peningkan kepala fikir soal ini semua?
lagipun Tuhan sendiri sudah janji yang mana Dia jadikan kita semua ini berpasangan. sudah tertulis jodoh kita masing2. untuk apa mengeluh. untuk apa mencari2.

dia lelaki.
tunggu dia jemput aku nanti sudah.
senang kan jadi perempuan?
hehe.

dan aku yakin dengan jodoh yang Tuhan sudah tetapkan. yakin.

apa yang perlu sekarang. habiskan apa lagi yang tak langsai dalam hidup aku. belajar. commission. grad. kerja. kumpul harta. balas jasa mamaayah. sudah janji buatkan rumah besar untuk parents kegilaan aku itu. realitikan label sendiri. buat kerja kemasyarakatan.

ya, Tuhan. terlalu banyak plan. bantu aku.

indahnya ciptaan Tuhan.

entri hari ini aku mahu memuji. walau hari masih muda. tapi serius li hati aku senang. terimakaseh wahai mahluk Tuhan paling sek...eh bukan! Mahluk Tuhan paling sempurna mungkin.
aku sendiri tak sure berapa lama aku termenung memandang dia yang sungguh kachak. semua orang setuju kot. dengan gaya yang memang jelas profesional.
nanti2 kalau dia sudah buntu cari kerja, akan aku panggil untuk wakili syarikat aku kelak. untung2 semua kerja jadi dengan jayanya.

dia suka berlakon. pandai berlakon. bersuara jantan. tinggi. cerah secerah matahari. mulut tak busuk. i mean, tak suka mengata macam setengah lelaki yang tak faham sensitiviti bila bercakap. tapi dia faham. sangat baik bila bercakap. kemas dengan kemeja kelabu, slack hitam, kasut hitam, rambut hitam dan spek hitam. memang stylo kelas atasan.

apa lagi aku nak puji dia?

speechless sungguh.

aku tak sure dia ni ikut muka mak atau ayah. tapi jelas dia kachak. kalau berlakon mesti popular. aku undi untuk dia. haha. aku dah gila ke apa ni?

tapi serius. sangat indah ciptaan Tuhan yang satu ini. tak percaya? try tanya dr.gurcharan.

p/s : aku rasa kalau dia pakai baju melayu kaler merah mesti lagi kachak.

Sabtu, 6 Februari 2010

hilang dalam ramai.

banyak kali dalam hidup, kita takkan dapat apa yang kita mahu. itu sebab aku jarang merancang. sebab aku tahu, jika ianya tak jadi seperti yang aku harapkan, hati pasti sakit. dan aku pula jenis confident tak kena tempat. jadi bila terkena tu, terasa semacam dihentak jatuh. penyek lagi.

aku bijak. cuma buktinya tak ada.
kalau mahu singkap zaman kegemilangan aku di sekolah menengah atas. kebanyakan piala atau sijil2 mula dikumpul waktu itu. kiranya, nama aku selalu jugalah disebut2 dalam meeting. ini pun aku tahu lepas aku sembang dengan cikgu matematik aku yang cun dan berlagak. ini pun nasib dia nak cerita.

tapi zaman mula berbeza. menjejak kaki di UM. buatkan aku benar2 hilang dalam ramai. mungkin keputusan yang silap atau apa. UM bukan untuk aku mungkin. standardnya terlalu tinggi. aku jadi semakin hilang, semakin hilang...

dan aku yang kadang cuma hidup dengan pujian manusia. jadi mati.
hilang segala janji. hilang segala mimpi.
mula bangun dari lena yang panjang. sedar bahawa diri sudah dilupakan orang.

gelakkan lah diri sendiri.
dekat UM bukan nama kau tak disebut. sebut jugak apa. dalam meeting. sebab pointer rendah. sadis kan.

inilah yang dikatakan, manusia tak bersyukur.
bila sudah dapat, mahu lagi. lagi dan lagi.

dan semakin hari. kawan yang dulunya kawan juga hilang. mula jumpa arah yang lebih pasti. aku pula yang ditinggalkan terkontang-kanting. kadang sampaikan manusia lain tak tahu wujudnya seorang aku.
bukan aku tak cuba untuk tonjolkan diri. sudah banyak kali rasanya. tapi mungkin ianya belum cukup. belum mampu untuk buka mata manusia lain tentang aku.

untuk senangkan hati.
"tak apa lah. asalkan famili aku tahu aku siapa. sudah lah"

tak habis2 nak berlagak positif. padahal kau lah yang selalu jatuhkan diri. biarkan diri dipijak dengan senang oleh manusia lain. kau sebenarnya tak sedar bahawa diri kau sudah lama jatuh. bukan ditimpa tangga. ditimpa eskulator barangkali.

mungkin inilah yang dikatakan manusia dengan hidup bagaikan roda. kalau dulu mungkin aku di atas. dan sekarang perlu akur dengan keadaan aku yang sedang merana di bawah. aku pernah kata jika aku penat bermain roda di atas, dengan tenang aku akan turun dan berada di bawah. tapi nyatanya, aku tidak tenang. aku rasa hari2 aku semakin gelap. menunggu entah siapa mahu terangkan. bukan aku tak cuba untuk teranginya sendiri. cuma...aku tak mampu.

dan kini. aku semakin hilang.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
hilang.

Selasa, 2 Februari 2010

mula nyanyi lagu chinta.

Oh, secret admirer
When you're around the autumn feels like summer
How come you're always messing up the weather?

Just like you do to me..


My Silly admirer

How come you never send me bouquet of flowers?

It's whole lot better than disturbing my slumber

If you keep knocking at my door

Last night in my sleep

I dreamt of you riding on my counting sheep

Oh how you're always bouncing
Oh you look so annoying. (Please!)

Dear handsome admirer

I always think that you're a very nice fellow
But suddenly you make me feel so mellow
Every time you say: "HELLO!"

And every time you look at me

I wish you vanish and disappear into the air

How come you keep on smiling?

Oh! You look so annoying. (Not again!)


My secret admirer

I never thought my heart could be so yearning
Please tell me now why try to ignore me

'Cause I do miss you so

My silly admirer

My handsome admirer

Dear secret admirer
'Cause I do miss you so

banyak kali sebenarnya aku dengan dia jumpa secara tak sengaja. diulang, secara tak sengaja. sounds macam jodoh. tapi agak nonsense. sudah nama satu kolej, memang lah jumpa.

keluar pintu pagar kolej, berselisih motor.
keluar dewan makan, berselisih jalan.

dan baru kejab tadi. aku pergi hantar adik aku dengan kereta. dia lintas depan. dia punya pandang. pergh. betul2 buat jantung aku nak gugur. dia berdiri dekat dengan kereta aku. serius dekat. lepas saja kereta aku dah lepas, aku pandang belakang. and guess what?

dia pandang. lama!

oh Tuhan. ujian apakah ini?
plis la. aku belum bersedia untuk ini semua. mintak jauhkan.

dan plislah. apa yang encik apa nama ni fikir?
okay, sekarang cuma ada dua kemungkinan.

pertama : dia tahu selama ni aku dok usha dia. means dia sengaja nak tunjuk bahawasanya aku ni benar2 suka kat dia. so nanti dia boleh banggalah. or aku menjadi bahan dia bergelak-guling dengan member dia.

kedua : dia tahu selama ni aku terusha dia. so, dia pun try2 usha aku. then tersuka. means, dia pun suka kat aku. tu sebab dia pandang aku sampai macam tu tadi.

tapi, konfius.

yang pertama atau yang kedua?

encik apa nama. plis jangan main2. kalau suka, cukup2 la bagi isyarat. aku tak faham. blur. sudahnya aku terbayang hah kau pandang aku tadi. berdosa tahu tak.


Isnin, 1 Februari 2010

famili dinner dengan bulan.

malam tadi kami makan di oldtown. entah apa mimpi ayah sengaja bawa kami ke sana. mulanya aku agak sensitif sebab ayah langgar selipar aku dan tak mahu alihkan. tapi kemudiannya, sebaik sahaja kereta kecil ayah berlalu pergi. baru aku ambil balik selipar aku. sudahlah ini saja selipar yang aku ada. miskin, kan. haha.

lupakan. kami terus berjumpa di oldtown tempat teha kerja dulu. mula jadi jakun sikit. sebab pertama kali makan di oldtown. before ni duduk lepak pesan twister oren je. itupun dah macam beli sebotol twister harganya. mahal seh.

nak pesan makanan pun pelik. tengok menu punyalah lama. tapi it stated that 'take your time'...so tak jadi masalah lah.

selesai saja pesan, beberapa minit after itu. makanan pun sampai. aku rasa makan kat mamak lagi bagus dan murah. makanan majoriti nya adalah berasaskan mee. kembang rasa perut. tapi mahal la semua.

to guys, better jangan bawa kekasih anda candlelight dinner di oldtown, ya. kecualilah anda baru kena loteri. hehe. nothing, gurau. my ayah tak perlukan loteri untuk bawa isteri dan anak2 kesayangan famili dinner kat luar, ya. kasi respek sama hj. Din.

tapi something yang memukau kami malam itu. untuk pengetahuan, malam itu bulan mengambang. ya ALLAH, sangat chantik.

saksikan, ya.

then, balik sahaja. aku memandu tenang. cukup tenang. then tiba- tiba kat simpang. ada kereta follow rapat gila kat belakang. dia sengaja nak bakar atau mahu cepat. entah. aku pantang macam ni. aku pun sengaja slow. bunyi kereta dia mengaum jugak. eleh, anak muda. cepat sangat naik darah. boleh blah, gua tak cuak.

time dia potong, aku pamerkan senyuman paling menjengkelkan. dia pandang tak puas hati aja. tapi sama aja. bukan dia potong aku, dia boleh pergi jauh. macam lah aku tak tahu highway yang satu ni. sori, sir. saya dah sangat arif dengan highway yang satu ini. aku pulak sengaja bakar dia. follow rapat2. haha. padan muka. lainkali, jangan gentar halilintar...dapat?

tapi aku terpaksa belok di simpang. dah masuk jalan ni tak boleh nak membakar dah lah. follow kereta ayah kot. nak bakar kereta ayah?. nak mam***???

tagline jaga jarak anda digunapakai. haha.