sudah aku bilang, banyak kali dalam hidup kita tidak seindah seperti apa yang kita selalu rancangkan. kita mahu begini, jadinya begitu. dan bilamana kita mahu sangat begitu, jadinya pula begini. inikan kehendak Tuhan. siapa mampu lawan?
kawan yang sangat rapat tanyakan pada aku,
bila kau nak ada kekasih?
aku katakan,
nanti2 lah. lagipun aku masih belum puas sendiri.
dia menempelak. katanya, sudah 22 kot. nak tunggu apa?
lucu lah kawan aku yang sorang ini. apalah masalahnya kalau sudah 22 sekalipun.
apa sudah tamatkah dunia?
sudah tak bolehkah berpoya?
aku masih aku, kan.
kalau Tuhan kata aku bertemu jodoh umur 40. then, 40 lah.
dan bilamana aku masih 22. sudah tentulah aku masih sendiri. tapi aku tak mengharapkanlah bertemu jodoh bila berumur 40. itu hanya misalan.
mungkin aku lebih suka play safe. aku sudah cukup selesa begini. berteman tapi mesra. jujur aku cukup selesa. jadi untuk cari seseorang yang punya kredibiliti sebagai kekasih aku sangat payah kot. mungkin orang kata, kenapa tidak cari pengalaman dulu? try la bercinta dengan sesiapa.
woi, ingat aku apa?
nak maen try2. wadefreak. itu bukan cara aku. biarlah manusia laen kata aku naif. bodoh. skema. atau apa saja.
cuma yang pasti. aku akan bercinta bila benar2 aku cinta. bodoh. ingat cinta boleh buat main2?
tapi ada betulnya kata teman aku. bercinta ni kurang lebih seperti kerja. ada yang part-time bukan. so begitulah. mahu cari pengalaman katanya. hah, kelakar.
tapi jelas2 aku pun bukan jenis manusia suka part-time. jadi tiadalah istilah bercinta part-time juga. so, aku tak payah mahu libatkan diri.
selamat.
ya, aku memang suka play safe. ini lebih baik dari biarkan hati luka dilukai. haha, lagu pulak.
untuk kawan aku yang sangat caring,
jangan risau. suatu hari nanti aku akan bertemu juga dengan kekasih hati aku. jangan risau bahawa aku akan sorang. aku sudah terlebih biasa. kawan kamu yang satu ini pandai berdikari. rock saja okay.
sebenarnya dia risau lah tu. aku masih sorang. dia pula sudah bahagia bercinta dengan kekasih dari sabah. hah, jauhnya aku nak mengantar nanti. haha. tapi serius. kau dengan kekasih kau memang sweet2 lala. bukan sebab dia belanja air tadi. ini ikhlas. dan dia bijak sembang dengan aku. aku nampak dia budak baik. insya-ALLAH lebih baik dari kekasih lama kau. aku doakan untuk korang ya.
aku bahagia kalau semua manusia di sekeliling aku bahagia. ikhlas.
aku takkan sendiri kalau korang2 masih ada.
sayang korang sampai mati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.