Ahad, 14 Februari 2010

selamat hari chinta.

ucapkata untuk penchinta2 setia di muka bumi Tuhan ini. aku bukanlah manusia yang asyik dengan chintanya. tapi tahun ini terasa terisi juga. dengan chinta2 dari famili yang panas(hot) dari rantau panjang. sebab kalau diikutkan sejak beberapa tahun yang lepas. hari chinta ini seerti tiada beza dengan hari biasa. sarcastik kan.

tapi tak apa. sekurangnya, aku sudah boleh adapt dengan something2 yang begini. jangan kasihankan aku. jujur, aku lebih suka hidup begini. sendiri. bukan tak mahu berteman. cuma masanya belum tiba mungkin. banyak kali dalam hidup aku, aku mahukan masa sendiri. terlalu banyak plan yang aku mahu laksanakan nya sendiri. aku manusia negative. bagi aku, kalau berteman mungkin segala apa yang aku plan, kurang menjadi.

"kau ni tak percaya dekat lelaki, ya?"

seorang kawan utarakan soalan ini. serius li aku terdiam.
sebenarnya, aku bukan tak mahu percaya. jujur, aku mahu.
cuma bila aku sudah bersedia untuk percaya, tiap kali itulah percaya aku di noda.
contohnya pada encik apa nama. aku percaya sikit2 aku mula suka dia. tapi tiap kali itulah. banyak benda negative datang. dia itulah, dia inilah.

jadi?

itu bukan salah aku kan. lelaki itu yang tak mahu aku percaya. sampaikan aku sendiri tak tahu apa yang manusia bernama lelaki ini mahu. aku masih percaya yang lelaki hanya mahu 'kecantikan'. percayalah mana2 lelaki yang tak mahu teman istimewanya chantek menawan?
tipu. dengan aku, tak usah tipu. aku sudah hidup 22 tahun. aku kenal macam2 jenis lelaki. walau aku sendiri belum khatam. tapi aku tahu. aku banyak memerhati. aku banyak membaca.

tapi aku cuma harap. dengan ishtiharnya hari ini hari chinta. biarlah semua orang berchinta dengan landasan yang betul. hindari hubungan terlarang. Tuhan tahu semua. jangan lah jadikan chinta itu landasan dosa, sebab chinta itu indah. sangat indah.

bukan aku tak tahu chinta itu penyebab segala masalah. cumanya, aku tak mahu ambil tahu. sebab ianya belum terjadi pada aku. dekat sekeliling tak usah cakaplah. setiap masa aku dengar pasal chinta itu, pasal chinta ini.

bagi aku yang masih fresh pasal chinta ini, aku begitu memandang tinggi chinta. itu sebab aku jaga cukup baik chinta aku. terimakaseh kepada kekasih lama aku yang tak pernah mahu rosakkan rasa chinta aku. kamu tetap terbaik. cumanya jodoh kita, tiada. doa aku akan sentiasa untuk kamu ya.

dan untuk kawan2 yang baru di'ujian'kan chintanya.

mungkin rasa yakin kamu2 pada chinta sudah kurang. tapi harus ingat bahawa semua itu kerja Tuhan. chinta, jodoh...itu semua Tuhan punya kerja.
aku sebenarnya tak tahu macammana mahu tenangkan hati kamu2 yang baru dipatahkan hatinya. sebab aku tak punya pengalaman. cuma dri pembacaan. itupun perlu sentiasa positive.
jadi, jika dari sudut negative...sumpah, aku tak tahu.

cuma aku harap, sempena dengan hari chinta ini. semua pasangan kekasih akan bergembira dengan kekasih masing2.

aku tak mengharapkan bunga.
aku tak mengharapkan candle-light dinner.

cuma aku mahu dia ada!

aku sudah bersyukur.

p/s: tapi bila ya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.