Jumaat, 12 Februari 2010

kekasih dikasihi 2.

banyak berfikir buatkan kita tak perasan something yang betul2 di hadapan kita. bulan ini, bulan februari. hujung minggu ini, 14 februari. bukan mahu bercherita pasal hari kekasih. tapi pasal dua kekasih yang akan disatukan pada hari yang aku rasa cukup istimewa. kalau satu dunia mengishtiharkan 14 feb sebagai hari kekasih dan kamu2 bakal disatukan chintanya pada 14 feb juga, kamu2 adalah manusia2 yang sangat istimewa kot.

semua orang juga akan meraikan hari anda.
erm, begitu lah kot.

tiba2 sahaja mood bertukar kan. kalau kekasih dikasihi bahagian satu bercherita tentang kecewa chinta. ini pula soalnya bahagianya chinta. bukan mahu mempermainkan. tapi inilah chinta. jika betul jumpanya, bahagia itu milik semua orang. semua orang.

jangan kecewa kalau anda dikecewakan sekarang. Tuhan hanya mahu menguji. bangkit, ya.

dan oh lupa.
aku mula kembali dengar lagu2 chinta. oh Tuhan, aku ni kenapa?
setiap kali aku masuk kereta, pasang radio, lagu chinta. aku rasa aku dah buka hotfm. tapi entah kenapa tukar balik ke sinar. konfius aku.
mahu kata aku tengah berchinta. tak kot. dengan encik apa nama yang tiba2 hilang. entah siapa yang culik. bosan dah aku cari !

apa2 pun tahniah buat kawan2 yang mahu membina masjid hujung minggu ini. doa aku akan sentiasa untuk kamu2. dan bertasbihlah chinta, ya. insya-ALLAH aku datang kalau kad korang sudah sampai ke rumah. tapi kalau tak ada kad pun, aku akan datang menyemak, ya.

so, hujung minggu ini. jemput datang walimatulurus AISYAH and her beloved future husband. nanti aku suruh dia upload gambar, and aku curi lah mana untuk paste kan di sini.


p/s: alamama, nak pakai apa hujung minggu ni?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.