Sabtu, 20 Februari 2010

rasa lebih baik.

persetankan semua apa yang manusia lain mahu kata. yang nyata kamu tetap tidak akan luak. berat badan kamu akan masih sama. tiada lemak yang akan hilang. jadi, apa susah?

hati?
tidak kesah jika hati tidak dihiraukan sebentar. semua pun boleh berpura. jadi kenapa kamu tidak?
jangan terlalu ikutkan hati. nanti mati. sendiri sakit, manusia ini kejam. tidak akan hirau rasa apa hati kamu. jadi untuk apa?

menyusahkan bukan.

hipokrit kalau aku kata. aku masih aku. sesekali aku berlakon juga. kita perlu sesuaikan diri apa. jika kita hanya mahu ikut kepala. siapa yang mahu dekati kamu. siapa yang mahu sokong kata- kata kamu. bukan mahu menyokong yang suka hipokrit. tapi itu nyata hidup. hidup ini bukan kita sorang. banyak lagi manusia. banyak lagi ragam.

cumanya, kita hanya mampu kadang- kadang berlakon. setuju dengan suatu keadaan. setuju dengan suatu pernyataan. yang kadang2 juga, kita rasa tak patut. tak patut berlaku. tak patut dinyatakan. kalau aku, aku cuma mampu tersenyum tapi mencaci di dalam hati. kita tak boleh nak terlalu jujur dengan manusia yang hatinya batu. yang mana semuanya, segalanya hanya dia yang betul. kita yang berhati fleksibel ini perlu, kena beralah. berlakon yang kita setuju.

inilah yang dikatakan normal.
itu yang aku cuba jadi. normal dan neutral.

tapi biasalah manusia, kan.
sejauh mana mampu tahan.
aku manusia baran. kejam.

jadi aku tak biasa tahan lama.
akan datang juga tarikh luput aku.

dan bila ianya sudah sampai, aku akan kembali menjadi aku.

semua orang mahu masuk surga. tapi tak siapa mahu mati.
habis tu, macammana?
semua nya pun mahu play safe. tak mahu berubah kepada sesuatu yang mendatangkan susah pada diri dia. manusia semacam ini jenis yang tak mahu fikirkan status manusia laennya. cuma pentingkan diri. dia juga tak mahu susah. hanya idamkan yang senang2 belaka.

aku pun kadang2 begitu. sebab itu adalah normal.

dan aku akan kembali seperti aku jika aku tersedar. yang mana maksudnya aku tidak normal. tapi aku yakin setiap manusia akan punya sikap tidak normal ini di dalam diri masing2. walau tidak banyak. walau cuma secebis. tapi tetap ada.
tapi juga, kalau hati sudah hitam. diri sudah tidak serupa manusia. apa yang dirinya nampak cuma impian dirinya. dan impian manusia lain cuma sampah.
apa boleh buat?

dia akan tetap go on dengan pemikiran dia. dia bukan manusia fleksibel.
bukan.

jadi. kadang2, aku akan jadi aku. serius bosan bila cuba sedaya upaya menjadi yang lain. terpulang manusia laen mahu kata apa. cuma jangan disampahkan aku sudahlah.
jika mahu aku berubah, come see me and talk face to face. jangan khabarkan buruk dan busuk aku pada seantero dunia. sebab aku juga punya malu.

khabarkan ke aku, ya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.