Isnin, 1 Februari 2010

famili dinner dengan bulan.

malam tadi kami makan di oldtown. entah apa mimpi ayah sengaja bawa kami ke sana. mulanya aku agak sensitif sebab ayah langgar selipar aku dan tak mahu alihkan. tapi kemudiannya, sebaik sahaja kereta kecil ayah berlalu pergi. baru aku ambil balik selipar aku. sudahlah ini saja selipar yang aku ada. miskin, kan. haha.

lupakan. kami terus berjumpa di oldtown tempat teha kerja dulu. mula jadi jakun sikit. sebab pertama kali makan di oldtown. before ni duduk lepak pesan twister oren je. itupun dah macam beli sebotol twister harganya. mahal seh.

nak pesan makanan pun pelik. tengok menu punyalah lama. tapi it stated that 'take your time'...so tak jadi masalah lah.

selesai saja pesan, beberapa minit after itu. makanan pun sampai. aku rasa makan kat mamak lagi bagus dan murah. makanan majoriti nya adalah berasaskan mee. kembang rasa perut. tapi mahal la semua.

to guys, better jangan bawa kekasih anda candlelight dinner di oldtown, ya. kecualilah anda baru kena loteri. hehe. nothing, gurau. my ayah tak perlukan loteri untuk bawa isteri dan anak2 kesayangan famili dinner kat luar, ya. kasi respek sama hj. Din.

tapi something yang memukau kami malam itu. untuk pengetahuan, malam itu bulan mengambang. ya ALLAH, sangat chantik.

saksikan, ya.

then, balik sahaja. aku memandu tenang. cukup tenang. then tiba- tiba kat simpang. ada kereta follow rapat gila kat belakang. dia sengaja nak bakar atau mahu cepat. entah. aku pantang macam ni. aku pun sengaja slow. bunyi kereta dia mengaum jugak. eleh, anak muda. cepat sangat naik darah. boleh blah, gua tak cuak.

time dia potong, aku pamerkan senyuman paling menjengkelkan. dia pandang tak puas hati aja. tapi sama aja. bukan dia potong aku, dia boleh pergi jauh. macam lah aku tak tahu highway yang satu ni. sori, sir. saya dah sangat arif dengan highway yang satu ini. aku pulak sengaja bakar dia. follow rapat2. haha. padan muka. lainkali, jangan gentar halilintar...dapat?

tapi aku terpaksa belok di simpang. dah masuk jalan ni tak boleh nak membakar dah lah. follow kereta ayah kot. nak bakar kereta ayah?. nak mam***???

tagline jaga jarak anda digunapakai. haha.

2 ulasan:

  1. Tak ajak pown...aku rindu rumah sgt2!!!
    tapi theres something makes me standing alone here.to learn how to be strong and dont make my parents worry...am i at the right path?

    BalasPadam
  2. jalan yg btul tu kau sendiri yg tentukan.
    for the sake of what...diri sendiri.

    mama&ayah xpenah paksa.

    ala, CNY nnt pon bley serbu old town lg. kalao ayah xmoh bwk, ak bwkkan la. tp just minum twister je la. adikko ni miskin kot.

    BalasPadam

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.