Isnin, 8 Februari 2010

kapel.

banyak kali dalam hidup aku mengelak untuk kapel.
sampai aku lupa antara sebab-musabab aku buat keputusan sebegitu rupa.
tapi bukanlah nak kata ramai yang approach aku atau apa. cuma aku sudah nampak peluang untuk kapel itu. dan aku mengelak.

semalam sebelum tidur baru aku sedar.
ini pun sebab ianya jadi di sekeliling aku lah.

nanti. aku nak tanya.
betulkah kalau kita kapel, kita lupa member kita?
sebab sibuk sangat dengan kekasih hati.
kalau dulu masa sekolah. manusia semacam ini sudah disabotaj habisan.
tapi sedang di uni ni, terasa tak boleh dibuat macam tu pulak.
atas alasan, kita sudah besar. habis belajar, kalau tak ada aral boleh kahwin.

jadi yang mana mahu diutamakan?
kawan yang selalu bersuka-ria atau teman hidup bersama mati berdua?

sebab kalau nak diikutkan. zaman uni sekarang, ke semua tempat boleh berdua. jadi, untuk apa ada kawan pun tak sure. cukuplah kalau ada kekasih hati seorang. kerna dikhabarkan, kekasih itulah yang akan bersama dengan dia walau apa sekalipun. tampak romantik.

mungkin dirinya yakin yang kekasih hatinya tidak mungkin akan tinggalkan dia. jadi hati kawan2 sudah tak perlu diambilkesah sangat. cukup sekadar sampingan2. kasihan benar kawan dia.

dan aku yakin. ini adalah antara sebab yang tidak melayakkan aku untuk berchinta lagi. aku takkan tinggalkan kawan2 aku. ini janji. kawan bagi aku adalah segalanya. even aku ada kekasih atau apa nanti, aku tetap kena ada juga kawan aku. hidup bukan untuk kekasih hati saja. bukan. jadi kalau kekasih aku nanti tak mahu terima kawan2 aku, pergi berambus. maaf, aku bukan pentingkan diri. aku manusia pentingkan kawan.

jadi taraf kawan pada aku memang sangat tinggi kelasnya. boleh dikatakan beruntung jadi kawan aku.

dan lagi, antara sebab aku tak kapel lagi. mungkin aku terlalu berdikari. tapi macam tak logik. sebab angah aku pun jenis berdikari dan punya self-esteem yang tinggi. tapi dia sudah punya steady bf.
kalau diikutkan, kebanyakan kapel ke sana ke mari berdua. bermotor atau berkereta. semua berdua. then kalau aku kapel macammana?

aku sudah terlalu biasa lonely ranger. ke sana ke mari sorang. tak perlu minta kebenaran sesiapa. tak perlu tanya atau report pada sesiapa. aku bebas.
tapi bukanlah mahu kata yang bila kamu kapel kamu tak bebas. seronok apa keluar berdua. boleh pegang2 tangan. tambah2 dosa. kan.

aku bukan manusia yang terlalu baik. tapi cukuplah sekadar aku menjaga batas pergaulan aku. walau aku duduk jauh dari mamaayah. haha. jauh la sangat, kan. tapi aku kena jaga juga nama baik mereka. untuk pengetahuan, parents kegilaan ku itu public figure. jadi, kalau sedara2 terjumpa aku berdating dengan kekasih. apa akan jadi?

bukan aku takut untuk dengar apa yang mamaayah aku akan cakap. aku tahu mereka takkan menembak aku sesuka hati. cuma aku risau sedara2 itu akan membuka mulut kepada yang lain.

"Eh, kau tahu...anak Hj Din tu...potpetpotpet..."

macam tu lah.
mamaayah mana yang tak percaya anak nya?

jadi mungkin itu sebab aku mengelakkan budaya kapel ini. sangat naif. tapi aku rasa bersyukur juga. tak perlulah nak menambah2 masalah yang sedia ada. kan.

bukan juga aku cakap kapel ini membawa masalah.
tapi kalau sudah bersama kan. mula2 memang segalanya manis. tapi bila sudah lama. sudah khatam tabiat masing2. setan itu akan mempengaruhi manusia yang lemah ini juga. jadi sebab ambil kau lambat pergi kelas pun, kau nak muncung sedepa. bengong. sapa suruh kau suruh kekasih kau jadi driver kau!

ini satu masalah pompuan. tak reti nak berdikari. kau ingat kau pompuan, kau keje duduk dapur?
ehem, keje duduk dapur pun at least kenalah pandai naik basikal atau apa. mudah nak pergi beli sayur. ini tidak. beli perencah adabi pun kau nak suruh kekasih kau pergi beli. nonsense.

oh, mungkin itu romantik.

wadehel. tapi terpulanglah. setiap manusia punya prinsip hidup masing2. kalau aku, sampai bila aku nak utamakan kawan2 aku, kan. suatu hari nanti aku akan jumpa kekasih hati aku juga. samaada aku akan buat seperti mana yang manusia lain buat atau aku dating ajak kawan2. haha. itu belum tahu. tapi hope ianya takkan mengundang kehancuran hati mana2.

sebab sudah beberapa tahun ini. jatuh bangun aku bersama famili, adikbradik dan kawan2. kalau seorang yang bernama lelaki tiba2 mahu mengambil alih segalanya tanpa belas kepada mereka yang telah banyak berbakti kepada aku. aku mahu hadiahkan dia sebiji penumbuk.

jadi kalau mahu kapel dengan aku. siap sedia untuk menjalani kehidupan sebagai separuh daripada aku. siap sedia untuk terima siapa famili besar aku. siap sedia untuk terima burukbaik kawan2 aku.dan yang penting siap sedia untuk terima manusia bernama aku.

tapi nonsense lah.
aku pun jenis manusia yang tak pandai nak berchinta2. ini semua salah kekasih lama aku sebab dulu masa kami berchinta. tak sempat nak keluar dating. tak sempat nak belajar berchinta. jadi, aku kurang ilmu2 sebegitu.
jadi aku harap sangat. bila aku sudah tidak punya sesiapa nanti, mamaayah akan buat pilihan yang terbaik.

ya.
aku kan terima apa saja pilihan mamaayah. sebab aku tahu mereka lebih tahu. ini bukan berserah. tapi mungkin berchinta selepas kahwin itu lebih menarik. halal kan bagus.

jadinya, untuk apa peningkan kepala fikir soal ini semua?
lagipun Tuhan sendiri sudah janji yang mana Dia jadikan kita semua ini berpasangan. sudah tertulis jodoh kita masing2. untuk apa mengeluh. untuk apa mencari2.

dia lelaki.
tunggu dia jemput aku nanti sudah.
senang kan jadi perempuan?
hehe.

dan aku yakin dengan jodoh yang Tuhan sudah tetapkan. yakin.

apa yang perlu sekarang. habiskan apa lagi yang tak langsai dalam hidup aku. belajar. commission. grad. kerja. kumpul harta. balas jasa mamaayah. sudah janji buatkan rumah besar untuk parents kegilaan aku itu. realitikan label sendiri. buat kerja kemasyarakatan.

ya, Tuhan. terlalu banyak plan. bantu aku.

2 ulasan:

  1. uhuks....
    trase cm makan asam pedas cicah cili padi la mak long oit...
    tapi aku masih ada kaki tok ke kelas sendiri...xperlu ada org jd tongkat aku kan...
    niway maklong,manusia ni banyak jenis..
    pompuan dan lelaki pom bnyk jenis...
    tapi kalu aku..
    aku sokong la mak long..
    sebab dulu akak aku penah pesan...
    kalu nak wat pape kat famly..wat b4 kawen...
    kalu nk berjoli2 bersama kawan pom...b4 kawen laa...
    means, wat skang ni..penting la kawan dan famly dulu..

    tapi aku pom berchinta cintun gak...
    cinta tu ada d hati..tapi kalu antara dia n asyikin..kuasa asyikin lagi kuat untuk keputusan aku kot..sebab dulu lelaki tu pesan, kawan terbaik adalah kawan pompuan..bukan kekasih hati..itu lelaki yang nasihat tu...

    BalasPadam
  2. eh ceh2. iya la tuh.
    weyh suka ati aja panggil aku maklong!

    haram.

    kira kalau aku dah boleh bg impact dlm decision making kau, kira okay lah tuh.

    haha. bangga seh.

    BalasPadam

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.