Rabu, 10 Februari 2010

kekasih dikasihi.

banyak kali dalam hidup kita takkan berjalan se-sempurna apa yang kita rancang. inilah yang dikatakan, kita hanya merancang, Tuhan yang tentukan. klise kan. tapi nyatanya statement inilah yang perlu kita hadap tiap kali kita kehilangan punca.

banyak kali dalam hidup kita tak boleh nak kontrol apa yang jadi dalam hidup kita. waima kita sudah buat perancangan yang sangat terbaik. entri ini aku dedikasi kan buat dua kawan aku yang baru dipatahkan hatinya.

sangat nonsense.
tapi nyatanya inilah yang dinamakan chinta.
bila chinta kita dikhianati. kita akan marah dan fikiran mula tak tentu arah. apa saja yang dilakukan serba tak kena. semua salah juga akan diletakkan pada bahu pihak yang satu lagi. sampaikan apa salah atau kurangnya kita, kita dibutakan.

bukan aku mahu menyokong pihak aku. tapi kalau ada relevannya di situ. apalah salahnya.

boleh atau tidak kalau aku cakap, kamu dan dia cuma kapel. tidak mengishtiharkan apa- apa. dan secara relevannya, dia berhak memilih yang lain jika yang lain itu punya value added yang lebih daripada kamu. di sini, bukan mahu kata kamu atau pilihan dia yang tidak bagus. mungkin keduanya bagus. atau mungkin keduanya, sama.

pernah dengar satu kenyataan yang mana, kalau benar chinta itu milik kita. ianya tetap milik kita. tak perlu dicari atau dipaksa supaya ianya ada.
mungkin aku bukan manusia terbaik mahu menyibuk soal chinta kamu2. tapi aku terpanggil bila masing2 sudah salah-menyalahi.

mana perginya chinta kalian?
bukankah kalau benar chinta, kalian takkan paksa?
bukankah kalau benar chinta, kalian akan mahu lihat dia bahagia?

kalaupun ianya boleh menyebabkan hati kalian dipatah2kan. ianya kan chinta.
aku paling tak gemar manusia merendahkan chinta. bukanlah aku nak agungkan chinta ini. tapi bagi aku, ianya sesuatu yang suci. indah.

cuba tanya diri sendiri semula. jika benar kalian chinta. apakah ini yang kalian akan lakukan?
manusia yang penuh dengan chinta, waima dikhianati sekejam manapun. jika chinta itu ada, rasa dikhianati itu akan hilang juga. tak perlu lah hebahkan kepada semua bahawa kalian dicurangi. dan berhenti berkata. bahawa ianya adalah bukan salah kalian. kalianlah penchinta setia.

wadehel. tolong lah gelakkan diri sendiri.
kaji semula di mana letaknya chinta kalian.

mungkin aku bodoh sebab tak benci kekasih lama aku bila hubungan kami sepakat putuskan dulu. tapi perlu kah? tujuannya apa?
bukankah kalian dan dia pernah bersama atas dasar chinta?
jadi chinta itu pergi mana.

curang memang patut dihukum. tapi sejauh mana pula kita boleh pasti yang kita juga tak pernah curang?
pasti?

*geleng*

tak payahlah mahu berlagak setia wahai kawan2 yang aku suka sekalian.
kita masing2 masih kosong tentang chinta. kalau sudah dia bukan jodoh kita. doakan yang baik sajalah untuk dirinya. walaupun doa manusia yang dikhianati itu mudah termakbul. tapi untuk apa?
atau mungkin seseorang sudah mendoakan kamu sebegitu rupa. Tuhan saja yang tahu.

jadi jangan disalahkan chinta jika kamu dicurangi.
jangan disalahkan chinta jika kamu dikhianati.
jangan sesekali disalahkan chinta jika kamu dan dia sudah tiada hati.

chinta itu suci. hak Tuhan. hayati.

sedikit lagi nasihat. kuatkan hati. Tuhan hanya mahu menguji.

2 ulasan:

  1. bercerita perihal chenta..
    susah dan senang..
    bahagia dan derita..
    itu lumrah..

    sayang dan cinta Nabi pada Tuhan Yang Esa..
    ada jua saat datang dugaan...beri hidup tidak senang..

    sayang Rasul pada isterinya..
    ada masa pergi jua tinggal kan Nabi keseorangan..

    tapi cinta dan sayang itu tetap kukuh..

    benar kata manusia yang senyum pada dunia...
    cinta itu agung..
    jangan hilang percaya pada cinta kerana kita pernah kecewa...kecewa itu dugaan...
    jangan buang perasaan cinta kerana kita dicurangi...curang itu ujian..
    jangan benci pada cinta kerana kita tertipu...tipu itu cabaran...

    cinta agung..sentiasa ada untuk semua manusia..tapi mungkin...
    masa yang berbeza...
    cara yang lain...
    bentuk yang tak sama..
    kerana Tuhan itu Agung..
    hikmah dariNya...pada tiap ciptaanNya...

    walau hanya pada sepatah kata C.I.N.T.A

    BalasPadam

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.