Sabtu, 6 Februari 2010

hilang dalam ramai.

banyak kali dalam hidup, kita takkan dapat apa yang kita mahu. itu sebab aku jarang merancang. sebab aku tahu, jika ianya tak jadi seperti yang aku harapkan, hati pasti sakit. dan aku pula jenis confident tak kena tempat. jadi bila terkena tu, terasa semacam dihentak jatuh. penyek lagi.

aku bijak. cuma buktinya tak ada.
kalau mahu singkap zaman kegemilangan aku di sekolah menengah atas. kebanyakan piala atau sijil2 mula dikumpul waktu itu. kiranya, nama aku selalu jugalah disebut2 dalam meeting. ini pun aku tahu lepas aku sembang dengan cikgu matematik aku yang cun dan berlagak. ini pun nasib dia nak cerita.

tapi zaman mula berbeza. menjejak kaki di UM. buatkan aku benar2 hilang dalam ramai. mungkin keputusan yang silap atau apa. UM bukan untuk aku mungkin. standardnya terlalu tinggi. aku jadi semakin hilang, semakin hilang...

dan aku yang kadang cuma hidup dengan pujian manusia. jadi mati.
hilang segala janji. hilang segala mimpi.
mula bangun dari lena yang panjang. sedar bahawa diri sudah dilupakan orang.

gelakkan lah diri sendiri.
dekat UM bukan nama kau tak disebut. sebut jugak apa. dalam meeting. sebab pointer rendah. sadis kan.

inilah yang dikatakan, manusia tak bersyukur.
bila sudah dapat, mahu lagi. lagi dan lagi.

dan semakin hari. kawan yang dulunya kawan juga hilang. mula jumpa arah yang lebih pasti. aku pula yang ditinggalkan terkontang-kanting. kadang sampaikan manusia lain tak tahu wujudnya seorang aku.
bukan aku tak cuba untuk tonjolkan diri. sudah banyak kali rasanya. tapi mungkin ianya belum cukup. belum mampu untuk buka mata manusia lain tentang aku.

untuk senangkan hati.
"tak apa lah. asalkan famili aku tahu aku siapa. sudah lah"

tak habis2 nak berlagak positif. padahal kau lah yang selalu jatuhkan diri. biarkan diri dipijak dengan senang oleh manusia lain. kau sebenarnya tak sedar bahawa diri kau sudah lama jatuh. bukan ditimpa tangga. ditimpa eskulator barangkali.

mungkin inilah yang dikatakan manusia dengan hidup bagaikan roda. kalau dulu mungkin aku di atas. dan sekarang perlu akur dengan keadaan aku yang sedang merana di bawah. aku pernah kata jika aku penat bermain roda di atas, dengan tenang aku akan turun dan berada di bawah. tapi nyatanya, aku tidak tenang. aku rasa hari2 aku semakin gelap. menunggu entah siapa mahu terangkan. bukan aku tak cuba untuk teranginya sendiri. cuma...aku tak mampu.

dan kini. aku semakin hilang.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
hilang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.