Jumaat, 5 November 2010

balik kampung sebab member gua nikah.

penuh onak dan liku perjalanan balik rumah aku ini hari. sejak pagi yang tiba2 aku kena balik dengan pengangkutan awam. padan muka. itulah, mentang sudah ada kemudahan, naik ktm, bas semua kau dah lupa. memang padan sangat lah. cuma nasib tak kena tipu je. dan untuk pengetahuan ya, baru tadi aku tahu keretapi tanah melayu sudahpon tubuhkan koc untuk wanita. suara diulang, WANITA sahaja. tujuannya untuk mengelakkan gangguan seksual atau kasi istimewa lah sama wanita.

tapi sia- sia. aku pon tak pasti apa yang mereka2 yang lelaki ini fikir. mungkin mereka tak sempat nak tahu bahawasanya wujud koc untuk wanita. mereka tahu redah sahaja. bukan satu. bukan dua. ramai!

ini atas pemerhatian aku sendiri lah. cuma silap sebab tak ambil gambar saja tadi. kalau tidak, sudah boleh publish. gambar yang ada ni, sila ucap terima kaseh sama incik goo. tapi serius li, punyalah banyak pelekat. masa tengah tunggu pon punyalah besar kain rentang yang pihak ktm pasang, takkan lah tak perasan. mengong betul.

ok bagi sesiapa yang tak tahu, ya. koc wanita disediakan oleh pihak ktm sendiri. most keretapi diorang sekarang sudahpon ditampal dengan pelekat koc wanita. atau paling hebat, sudah dicat bahagian badannya dengan kaler merah cair. tapi yang tadi aku naik, belum lagi. dan lagi satu, koc ini mudah dikenali. ok, sekarang korang2 cuba bayangkan keretapi yang datang. itu kan dalam 3 koc. maksudnya dalam 3 bahagian. alah, kalau korang main permainan punya keretapi pon masih 3 bahagian jugak. konfem. dan bahagian TENGAH. iaitu koc yang KEDUA. saya ulang ya, KEDUA. TENGAH. itu adalah koc WANITA.

punya banyak huruf besar. kalau tak faham, gua tak tahu lah. tapi based on apa yang gua dapat dari incik goo tadi, hanya wanita yang boleh masuk koc itu. tapi tak pula nyatakan what if lelaki yang masuk. yang half2 pon dia tak nyatakan. alaa, lagipun mana ada pengawal nak jaga. kalau ada pon, kita sendiri sebagai masyarakat ah. kalau nampak lelaki nak masuk, bagitahu lah secara sopan.

"Bang, ini koc wanita. tak baca ke? abang ni lelaki kan? pergilah koc depan atau belakang. terima kaseh!"

hah, macam tu pon boleh. kena ganas tapi bersopan sikit. koc wanita kan. kiranya semua wanita pon jadi duta koc lah. ambik peranan. bukan susah sangat nak cakap pon kan. tapi oleh sebab gua pening2 lalat dalam ktm tadi, brader depan gua cuma dapat jelingan tajam lagi membencikan saja lah. sapa suruh berdiri depan gua. dalam koc wanita pulak tu. lepas tu boleh dia buang tin air dia ke luar masa pintu dah nak tutup pulak tu. celaka betul jantan tu. kalau gua dah makan roti canai pagi tadi, memang kaki gua dah melekap kat pipi dia dah. cuma masalahnya gua makan nasi lemak je pagi tadi. jadi kaki berat sikit.

tapi itulah. orang hormat kita, kita pon akan hormat orang balik. kalau ini langkah kerajaan nak lindungi kaum wanita, apa lah salahnya kita follow the rule. tak mati tak. koc wanita untuk wanita. kalau kau jantan atau separuh2 kau boleh pergi koc depan atau koc belakang. yang tengah, biar wanita.

ok. sekarang memang lari gila tajuk. itu baru cerita bab perjalanan balik ke kampung tu. belom cerita bab member gua nikah lagi. haihh. sabar je korang kena baca karangan budak sekolah menengah gua ya. sapa tak suka sila komen. tapi masalah nya gua tak terima komen yang tak kasi gua karang panjang2 pon lagi. so gua bantai karangan 2004 patah perkataan lah kan.

ok dah.

act gua senyum je bila nampak member gua dah siap2 baju kuning dia. kejab lagi dia nikah. time tu pukul 2 petang. kelam kabut nak pergi masjid baru. itupon tunggu 30 minit juga sebab tok kadi tak sampai2. eh, bukan tok. pakcik kadi. sebab dia nampak muda.

dan bermulalah pengalaman gua. bukan pengalaman nikah. pengalaman menyaksikan akad nikah. sebenarnya nikah bukanlah selalunya yang kita tengok dalam televisi. bohong semua tu. nikah ni ada macam2. boleh jadi ada hantaran sama. boleh jadi tidak. boleh jadi batal air sembahyang kat situ jugak. boleh jadi tidak. jadi terpulang pada si pengantin. asalkan sudah mematuhi rukun nikah. itu sudah cukup. apa hal rukun nikah pon aku nak kasi tahu? korang2 kan dah pandai kapel2, dah pandai fikir mahu kawen, takkan lah rukun nikah pon terkulat- kulat.




dulu masa sekolah memang tak syak cik kuning ni nak kawen dulu. sebab dia jenis suweet2 biasa. tiada skandal atau apa kalau tak silap aku. tapi akhirnya dia kahwen dulu. chantikkan dia. tapi sebenarnya semua wanita pon kalau jadi pengantin memang chantik. Tuhan sengaja mahu tunjuk kan.

malam esok dia akan berinai. alaa semua itu kira adat la. dan ahad baru bersanding. aku tak dapat tengok dia tukar2 baju sebab ktm punya hal. lambat. tapi tak apalah, yang penting aku dapat tengok dia nikah. dia dengan laki dia kiut kan. anak2 dia nanti mesti lagi kiut. hish. tak sabar aku.

sebenarnya nanti aku nak buat satu entri untuk dia. tunggu ah. tunggu idea. ok lah. sekian. tunggu cerita malam esok dengan hari minggu pulak ya. daaa..


3 ulasan:

  1. wah. cun gambar beb. ni nunu ke nini ke nono?
    HAHAHAHHAHAHA

    BalasPadam
  2. isk..rugi nyer.. ak smpai uma jumaat mlm la.. tringin sgt nk tgk real punye akad nikah.. anyway, thanx ye amik ak dgn hawa kat uma, ak mmg xkan lupe la kat ko.. tiap kali nk kemana ko dtg amik...best sgt ade kwn mcm ko.ak bsyukur~

    BalasPadam
  3. kalau aku tak dtg amik kt rumah, tak best ah???

    hahahhahaa

    BalasPadam

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.