ok, lupa nak bagitahu. incik M. M stands for migraine. migraine.
sebenarnya aku tak rasa aku ada penyakit ni. dan nyatanya, aku cuba elak dari mengetahui yang aku ada penyakit ini. bilamana aku konfem ada M, means aku sakit. aku tak sehat. TAKNAK!
tapi tak boleh nak kata sebab incik along juga menghidap M. dia lah yang jangkitkan ke aku ni.
tapi jugak. pelik. setahu aku, M itu sakit. exactly memang aku sakit kepala. one side only. tapi...incik wiki kata tanda2 M, muntah, emo atau apa2 saja. aku tak ada rasa macam itu pon.
cuma yang paling ketara, kepala aku sakit belah kiri gila2. gila3. lihat banyak gila kan. nampak tak betapa gila sakitnya? ini serius. aku tak main2 punya. sakit gila. rasa macam nak hantuk ke kepala katil. rasa macam nak cucuk dengan pisau. sakit.
sakit. sekarang dah rasa kurang sikit. aku mula sakit semalam. tidor tak lena. tak tahu lah kalau malam ini berjangkit ke sebelah kanan kepala pula. aura sakit dah terasa dah. mujur aku tak kerap sakit begini. ianya datang sangat jarang. mungkin 6 bulan sekali. atau kadang lebih kerap. mujur bukan setiap bulan. sakitnya yang amat. Tuhan saja yang tahu.
puan mama suruh pergi check. aku taknak. takut nak terima kenyataan. makan panadol adalah langkah yang terakhir. bilamana aku mula terasa aura sakit, aku akan pergi basuh rambut. lama. picit2. then, aku akan tidor. tapi kadang2 tidor itu lebih menyakitkan. sebab bila bangun, sakitnya akan terasa seperti kebas. korang dapat rasa tak? alah, macam tangan atau kaki korang kebas. it was like that. cuba bayangkan. tak terasa apa. tapi itu kejab je. sejam atau setengah jam selepas itu, kau akan terasa something cucuk kau punya kepala hotak. cucuk yang gila kejam.
sakit doh.
tapi cik wiki kata lagi, simptom2 M ni banyak. muntah lah. emo lah. apatah lagi. masalahnya, aku tak hidap itu semua. aku cuma sakit kat kepala yang amat sangat. pernah sekali, aku sakit gila masa kat kolej. masa tu rumet aku bukan kumi. dia cuma pengganti kumi. dia jadi risau gila. sebab aku huru-hara atas katil. siap tendang2 dinding. tambah lagi, aku ketuk kepala aku dengan henfon. dia cuba bagi aku panadol. aku telan 4 biji. tak ada kesan langsung. itu sakit yang paling aku ingat lah. sebab biasanya bila aku terkena sakit yang sebegini rupa, cuma aku sorang yang tahu. biasalah. aku kan manusia berlagak. berlagak sehat. tak mahu sesiapa tahu. kecuali bila sakitnya yang amat.
alah, lagiponn sakitnya tak selalu. syukur alhamdulillah.
bukan M kot. bila nak dekat baik, aku dah lupa nak pergi check. nanti bila dia datang lagi, aku ingat nak pergi check. then bila baik, aku jadi lupa. macam itulah berulang-ulang. tiada noktah.
dah lah. kepala sakit ah. sebenarnya aku nak cherita pasal ahli keluarga baru. tapi esok2 ah. bila aku dah sehat. betul2 sehat.
daaaa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.