Rabu, 3 November 2010

perempuan itu.


nono kata nini kapel sama momo. tapi semalam nunu nampak nini pegang2 tangan sama mumu. baru kejab tadi pulak nunu nampak lagi nini sembang berdua sama meme. haish. nunu sudah pening.

dengan siapa sebenarnya nini kapel?
apa kapel cuma pada nama saja kah?
atau sebenarnya nini tak kapel pon sama momo. dia kapel sama mumu. dan cuma teman tapi mesra sama meme.

jadi apa masalahnya?

nini tak ganggu hidup nunu kan? apa yang mahu dirunsingkan?

situasi beginilah yang biasanya. lagi2 dengan adanya teknologi yang berbagai rupa sekarang. dengan sekali klik, sudah tahu dia itu empunya siapa. fb kata nini kapel sama momo. jadi betullah apa yang nono cakap. jadi nunu kena percaya itu. tapi apahalnya nini pegang2 tangan sama mumu? momo tak tahu kah?

itu sebab aku cakap. life is complicated kan. atau nini saja manusia yang complicated. tak mahu puas sama realiti hidup dia sekarang. tak mahu bersyukur sudah punya momo. masih mahu pegangan tangan sama mumu.

oh, baru nunu tahu. momo jauh diperantauan. jadi siapa mumu di hati nini?
(seems nunu ini sangat penyibuk orangnya!)

kekasih gelap mungkin.
tapi nini tak tahu kah mumu sudah ada steady girlfriend?

fikir punya fikir, nunu syak nini cuma mahu main2 sama mumu. cuma mahu berada di sisinya di kala momo jauh di perantauan sana. sekarang tak tahu perasaan mumu macammana. nini chantek. takkan mumu tak terpikat?

meme? oh lupa. meme cuma sembang sama nini. tiada lain. tapi nunu pernah nampak mereka keluar sama2 juga sebelum ini. (haih, banyak pulak si nunu ni tahu! paparazi ke apa si nunu ni?) jadi sekarang, nini sama siapa? nanti kalau mumu jauh, nini rapat sama meme pulak kah?

serius shit ini perempuan. dia fikir dia siapa? asal jauh sikit sudah mahu cari yang lain. kalau aku jadi momo, sudah lama aku tinggalkan.
kalau aku jadi mumu, sudah lama aku tinggalkan.
kalau aku jadi meme, sudah lama aku tinggalkan.

tapi.
aku bukan momo.
bukan mumu.
bukan meme.

atau kita semua terpaksa terima kenyataan yang nini chantek dan berhak dapat itu semua. momo kah. mumu kah. atau meme kah. semua nya dia punya hak. tapi masalahnya kau kapel banyak2 pon untuk apa? sebab duit kah? atau sebab cuma mahukan perhatian seperti yang aku cakap tadi. momo jauh, jadi nini cari mumu. sekarang nak kata nini manusia/perempuan yang tak boleh ditinggal sendiri lah? mahu disayang. mahu dibelai. mahu diperhatikan setiap masa?

kamonlah. bukan mati pon kalau kau tak kapel.

iyalah.
kalau kau kapel setakat kau nak duit dia, baik kau kerja part-time.
kalau kau kapel setakat kau nak selalu sama dia, baik kau kahwen sama dia.
kalau kau kapel setakat kau nak tunjuk bukti chinta kau sama dia, macam yang aku cakap tadi, baik kau kahwen sama dia!

dia taknak?
but then buat apa kau kapel sama dia?
dapat apa?
setakat pujian manusia yang katakan, "Oh, kau kapel sama dia? kiutnya kau orang!"
hah. padahal kau dengan dia tak rancang pon nak kahwen. itupun kau sudah bagi dia pegang kau lebih2. haram. atau paling tidak pon, "Lepas habis belajar kita kahwen lah". itu belum kira tambah sem sebab extent. atau pon takkan kau nak kahwen sebaik sahaja grad? nak makan apa? pasir? weh, pasir pon mahal tahu?
paling tidak 5 tahun dari sekarang. itupon kalau kau kapel sekarang ah. sepanjang nak ke 5 tahun, macam2 kau dah bagi dia pegang. halal-haram tolak tepi. kata kau, "Kami dah nak kahwen!". jadi, biarlah.

tup2. sampai sahaja tahun ke lima. kau orang tak jadi kahwen pon. biasalah. curang. ketahuan. begitulah. rasa rugi tak? rugilah. kau dah bagi dia pegang kau sana-sini. tapi dia tak jadi hak kau. dan kau pon tak jadi hak dia. apa kau dapat?

nothing kan.

mungkin sekarang kau suka dengan gelaran yang manusia2 lain bagi kat kau. iyalah kau chantek, ramai orang suka. kapel pon bersilih ganti sudah serupa tukar kau punya baju. sampaikan kau tak boleh beza suka, chinta dan nafsu. tapi tak apalah. kau selesa begitu kan. aku mampu kata apa. mungkin kapel dengan lelaki2 itu buat kau bahagia. oh atau mungkin, benar kau tak kapel. cuma kau cuma suka manja2 sama mereka. aku benci bila manja2 sama lelaki yang aku tak kenal. sudah kenal juga tak suka. oh mungkin sebab aku rok. kau tidak.

apa yang penting, aku tak rugi apa2. kapel bukan penting. manja2 sama lelaki asing juga tak penting. atau mungkin aku terlalu jaga imej aku. tak suka dikaitkan dengan mana2 lelaki. dan mungkin imej kita sangat berlainan. kau suka imej yang selalu saja dikaitkan sama lelaki mungkin. jadi kita beda.

mungkin kau suka pamer senyum pada semua, aku tidak. jadi kita beda.
aku lebih rela diiktiraf sebagai sombong dari diiktiraf sebagai suka melayan. tolonglah jangan jadi perempuan seperti itu.

aku ingatkan diri aku sendiri. sebebas mana aku pon, aku masih jaga. aku masih punya incik ayah dan puan mama yang perlu aku jaga maruahnya. aku masih punya Tuhan, ALLAH yang satu. aku harap aku tak terdedah dengan gejala2 yang begini. lagi senang kalau orang nak kata aku tak laku pon. tapi Tuhan itu kan tahu. jodoh semua kat tangan Dia. jadi untuk apa runsing2 sampai pening2 nak cari.

bila betul masa dan ketika, kita pasti akan jumpa. PASTI.

4 ulasan:

  1. kalau fb ni dah lama aku 'like'...huhu btw u yg jd paparazzi ni..ye x?hak3

    BalasPadam
  2. nunu ni available lagi tak?
    tolong cakap kt die, aku nak kenal.
    HAHAHAHAHA

    BalasPadam
  3. nunu tu suka ambil tahu hal orang, kau nak ke?

    better jgn nanti dia tak bg kau kapel sama cik chantek anggun kau tu.

    HAHHAHAHAHA.

    BalasPadam

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.