Isnin, 1 November 2010

hampir ke situ.

pejam celik, pejam celik.
sudah masuk bulan november ini hari.
dan tarikh itu semakin hampir.

berdebar kan. tarikh itu kurang beri kesan pada aku mungkin. tapi ianya akan memberi sejuta kesan pada along aku. tarikh yang menjadi saksi dia bakal dinikahkan sama chinta hati dia. cuma yang menjadi kesukaan aku, perkahwinan ini adalah perkahwinan pertama dalam famili aku. dah nama pon along kan. mestilah dia yang kahwin dulu. takkan aku pulak. haishh.

incik along.

dan untuk pengetahuan, perkahwinan dia akan diadakan di dalam padang futsal dibelakang rumah aku. 15 khemah akan dinaikkan di dalam padang itu. sampai sekarang aku masih tak percaya boleh muat 15 khemah. tapi adik aku mati2 yakinkan aku. tak apa, nanti kita tengok macammana kebijaksanaan incik ayah dan pakcik aku muatkan 15 khemah dalam itu.

along dapat orang kulim. atau lebih spesifik, bandar baru kulim. nanti sudah sah, aku pertontonkan gambar mereka ok. cuma apa yang aku mahu cerita, perjalanan ke arah tarikh itu. tarikhnya kian hampir. rumah perempuan, 1hb Januari 2011. sempena dengan sambutan tahun baru mungkin. dan di rumah aku, minggu depannya, 9hb Januari 2011.

kalian dijemput hadir ok. dijemput. sangat2 dijemput. mari sama2 meriahkan majlis along aku ok. jangan risau, aku takkan suruh korang2 basuh pinggan. jangan khuatir ya.

sejak jumaat sampai ke hari ini, aku melepak di rumah. banyak hal yang nak diuruskan puan mama dan incik ayah bersempena dengan perkahwinan anak sulungnya ini. dan lagi, incik ayah seorang public figure. aku dah dapat aura ramai gila orang yang datang ni.

haha.

nanti esok2 aku cerita lagi perkembangan majlis ok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.