Ahad, 7 November 2010

diam-diam ubi berisi.

baik, ini hari aku mahu cherita perihal seorang lelaki.
lelaki. ya, lelaki. ini dia.


nama dia pojan. nama penuh sila cari sendiri. kami kenal sejak kami jadikan palapes sebagai dunia kedua kami. dia anak kedah. budak pengajian islam.

weh weh wehhh...ini bukan cherita chinta ok. kejab, aku nak tukar gaya bahasa.

.
..
...
..
.

sebenarnya aku nak cherita pasal dia ni dah berjaya. berjaya dengan gaya. tak siapa sangka dia akan pilih jalan ni. sebabnya pada pemerhatian aku, dia ni bukan seorang yang sangat menonjol bila dalam tahun pertama dan keduanya dalam palapes. boleh kata dia ni biasa2. biasa2 yang biasa. tiada pangkat untuk dia. tapi satu aku respek dengan dia, dia imam. sebab bagi aku, kalau nak tahu pemimpin itu benar2 selayaknya pemimpin, cukup sekadar dia tunjuk yang dia boleh jadi imam. selepas itu, aku akan suruh dia belajar memimpin pula.

tak tahu memimpin tak apa. asalkan kau berjaya sebagai seorang imam, itu sudah cukup. apalah adanya seorang pemimpin kalau kau tak bisa jadi imam even pada kawan2 kau sendiri. dulu memang aku fikir, "kenapa tak pojan?"

tapi aku ni siapa lah nak bagi orang efek atas kata2 aku.
ramai sebenarnya yang kata mahu teruskan dalam dunia tentera ini bila habis tauliah. tapi aku lihat, semua nya bagaikan tak menjadi. siapa terasa, padanlah. itu orang dulu2 cakap, jangan cakap besar. nanti tak ke mana. yang dikejar tak dapat, yang dikendong habis berciciran.

memang ada yang patut cemburu dengan pojan ni. dia bukan siapa2 bila dia masuk palapes. tahun ketiga baru dia diberi tanggungjawab segala. aku rasa memang tak fair. tapi bukan aku punya kerja nak kena tentukan siapa layak atau tidak. dan aku dengar, nama pojan naik bila latihan tauliah masa kami di tahun dua. alah, biasalah. yang pergi sana akan berhempas-pulas mengatakan yang di sana itu-di sana ini. sebolehnya di mahu kasi tahu seantero dunia bahawa dialah yang pergi sana.

persetankan semua itu. sejak dua tiga hari ini, aku dah belajar menerima. menerima kutukan atau pun kata2 bangsat manusia. terima kaseh atas segala. terima kaseh. terima kaseh.

untuk pojan, ini mungkin anugerah Tuhan atas segala jerit perih kau yang kami tak pernah nak tahu, tak pernah nak ambil tahu atau tak pernah cuba nak tahu. even aku tak tahu hati budi dia macammana, aku tahu dia budak baik. dan dia budak yang akan memperjuangkan segala apa yang benar. kalau kau rasa teraniaya, pergi jumpa sama dia. mintak tolong sama dia.

dan kadang, atas kelantangan dia, jiwa terseksa juga. sebab atas apa yang kita anggap satu gurauan, dia tidak. tapi aku tahu dia cuba memahami. dia budak baik.
tapi walau apa2pon. dia sudah buktikan bahawa dia hebat. aku akan doakan yang terbaik untuk dia. insyaALLAH. nanti kalau dia dah berjaya, aku takkan mintak dia ingat kami2 semua. sebab aku tahu dia memang akan ingat.

aku tahu kerendahan hati dia. dengan cara dia bercakap, dengan cara dia layan kawan2 dia. aku tahu. dan sekarang, rasanya semua akan memuji2 dia. pojan itulah, pojan inilah. syukur alhamdulillah. tiada lagi kata2 nista.

*senyum*


p/s: semoga berjaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.