Rabu, 2 September 2009

rabu untuk apa?

pagi lagi dah bangkit.
sempat sahur dengan sekeping roti plus jem cokelat, air milo dan sekeping biskut.
sedar sejak kebelakangan ni selera makan semakin hilang. kenapa?
risau jugak. nak paksa makan pun tak boleh.
nanti aku jugak sakit perut.

then, terus siap untuk solat subuh dan rowcall. rabu yang biasa. baju no. 3 yang biasa. cuma yang bezanya, aturan tugas untuk hari ini.

suo : pklk fauzan
juo senior : pklkw cp
juo inter : pkkw na

maybe na tu memang da biasa la. taruhan basit untuk hari ini menimbulkan aura tenang. tapi dalam hati terbit jugak. kenapa? mesti fauzan nak buat something!

dan naluri itu tetap naluri.
selesai sahaja juo lapor pada fauzan, terus kami kena.

alkesah dengan ketidakpuashatian fauzan dan rakan- rakan dengan kehadiran di surau. sesuai dengan ramadhan almubarak ni, memang patut kenalah kalau tak turun.
apa itu kerjasama?--yang setia turun pun kena jugak.
ini baru palapes.
dalam hati aku, no hurt feeling. jujur.

berterabur jugak lah fauzan membebel. bg aku normal. cukup untuk buatkan aku sedar di mana bumi yang aku pijak. tidak lagi terawang- awangan.
lama tak kena PT, aku tengok masing- masing dah macam kena bakar. haha.
then macam biasa, peringatan demi peringatan.

dan sebelum bersurai. sabahan datang depan. mahu bercakap.
bercakap soal situasinya yang akan pulang ke sabah hari ini, flight dalam pukul 6 dan bercakap lagi soal kemungkinan tak kembali semula ke sini. aku terasa. aku tahu keadaannya. tapi...
aku hanya mampu pandang wajahnya. kebanyakan dari kami agak terkejut. terutama ladies sebab tak tahu menahu. nasib aku pandai korek cerita.
sabahan ambil kesempatan ni mengucapkan selamat hari raya dan minta diampunkan segala salah silapnya. dan katanya kalau panjang umur kita jumpa lagi.

serius li nak nangis.
tapi sedar. menangis, meratap dan meraung takkan mampu ubah keputusan yang dia dah ambil. dia perlu pilih jalan lain untuk dia teruskan hidupnya jika jalan yang ada sekarang adalah jalan mati baginya.

so, kawan- kawan lelaki plan nak hantar sabahan ke airport. dan berbuka puasa bersama.

rabu.
inilah palapes.
pagi rowcall.
tahu sabahan nk balik sabah--tak tahu samaada kembali semula ke um atau tidak.
semangat--aku nampak itu di mata intake-29. jelas.
sedih dengan perkhabaran yang diterima.

tapi apa yang pasti.
rabu ini belum habis.
rabu depan akan muncul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.