biarkan waktu terusan berputar
mencintai kamu penuh rasa sabar
meski sakit hati ini kau tinggalkan
ku ikhlas tuk bertahan
cintaku padamu begitu besar
namun kau tak pernah bisa merasakan
meski sakit hati ini kau tinggalkan
ku ikhlas tuk bertahan
kau meninggalkan ku tanpa perasaan
biarku jatuhkan air mata
kekecewaan ku sungguh tak berarah
biarkan ku harus bertahan
jangan pernah kau cuba utk berubah
tak rela kan yang indah hilanglah sudah
jangan pernah kau cuba utk berubah
tak rela kan yang indah hilanglah sudah
mencintai kamu penuh rasa sabar
meski sakit hati ini kau tinggalkan
ku ikhlas tuk bertahan
cintaku padamu begitu besar
namun kau tak pernah bisa merasakan
meski sakit hati ini kau tinggalkan
ku ikhlas tuk bertahan
kau meninggalkan ku tanpa perasaan
biarku jatuhkan air mata
kekecewaan ku sungguh tak berarah
biarkan ku harus bertahan
jangan pernah kau cuba utk berubah
tak rela kan yang indah hilanglah sudah
jangan pernah kau cuba utk berubah
tak rela kan yang indah hilanglah sudah
ramai yang tak tahu. cintaa aku bermula ketika di darjah 4. terlalu awal bukan. tapi inilah pertama kali aku marasai inilah cinta. pandangan pertama.
aku ingat lagi. time tu pertama kali jumpa, tika itu bulan ramadhan. dia suka lepak di rumah atuknya, berhampiran dengan rumah aku. time tu kawasan rumah tengah under construction. untuk buat highway. aku dan jiran aku nakal bermain di salah satu mesin di situ. dia juga ada.
sejak itu aku dan dia bagaikan dipukau. ceh...jiwang la pulak.
dan aku ingat lagi, ketika di sekolah agama...kelas aku dan dia berhadapan. sweet nya nampak dia intai aku. dan pertama kali aku terima surat daripadanya sebagai tanda perkenalan. aku sedih bila fikirkan yang aku tak simpan segala surat yang dia beri. aku kecik sangat time tu. makna menghargai belum aku fahami betul.
tapi aku tahu aku senang dengan hadirnya dia. dan nonsense nya, kami punya hubungan sedara. susah aku nak explain di sini.
perjalanan hidup aku di sekolah agama dan sekolah kebangsaan mula berjalan dengan segala kenangan manis dengan dia. time tu dia darjah 6, sebaya dengan angah aku. dia juga selalu tolong ayahnya di gerai roti canai. kiranya roti canai ayah dia memang top la kat kampung.
tapi aku tahu senyum tak selamanya indah. sebaik sahaja usia menginjak. dia telahpun ke tingkatan satu. dan aku darjah lima. sekolah pun dah berasingan. aku tak tahu. mungkin dia jumpa orang lain atau bosan. aku masih tak fahami isi hatinya. hubungan kami putus.
apa yang sakitnya, aku perlu jumpa dia setiap kali raya pertama. sebab kami akan jumpa di rumah sedara aku. rumah pak ngah aku. susahnya sembunyikan rasa hati. dan ini akan berulang dari tahun ke tahun.
dan bayangkan macammana aku nak cari lain kalau setiap kali raya pertama, kami bertentang mata dan dia tersenyum manis pada aku. seumpama senyuman itu buat aku sorang!
aku pernah dengar dari seorang teman, dia tak menginginkan perpisahan tapi masa yang merubah segalanya.
tapi itu semua dah berlaku. dan aku tahu dia dengan aku memang susah untuk bersama. aku tahu keluarga dia macammana. dia tahu keluarga aku macammana. sehingga sekarang aku tak berani mahu bertindak apa- apa sebab aku takut hadapi dua buah keluarga besar yang saling mengenali. dan aku pernah minta dia cari yang lain.
satu hari setelah beberapa tahun, aku nampak dia dengan seorang wanita. aku teka itu teman wanitanya sekarang. aku hanya pandang. dan dia perasan. mulanya aku mahu terus melupakannya. tapi...
dia menguntum senyum manis dan mengangkat tangan rendah.
tak tahu apa yang dia rasa. mungkin perasaan dulu dah lama hilang seiring dengan masa.
aku tak tahu. cuma aku minta dia jangan berubah sebab aku dah fahami maksud sebenar menghargai dalam hidup aku.
berubahnya dia akan mengubah segalanya. SEGALANYA.
ini kesah aku.
aku cinta dia.
persetan dengan manusia lain yang anggap aku tak faham, apa itu cinta!
kerana aku lebih mengetahui.
lagu untuk entri kenangan ini : hanya kamu yang bisa by tiket
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
gila amat menghargai jika anda tinggalkan NAMA atau LINK anda beserta komentar ok. tenkiu.